Tindakan pelakon, Dynas Mokhtar memuat naik sepotong video di Instagram pada Selasa nyata telah menarik perhatian ramai pihak.
Menerusi video yang memaparkan momen-momennya bersama keluarga itu, Dynas turut menyelitkan videonya yang sedang memegang ‘baby bump’.
Perkongsian tersebut ternyata telah menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen.
Malah, di ruangan kapsyen juga, Dynas seakan mengiayakan segala persoalan tersebut selain turut memohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Dynas dan suami.
Ads
“Happy to see you glowing mommy,” komen pelakon, Afifah Nasir.
“Weee number four club,” balas pengacara, Daphne Iking.
“Syukur Alhamdulillah,” kata Vanida Imran.
Ads
“Congratulations Nynas. Alhamdulillah,” komen penyanyi, Faradhiya.
“Tahniah. Semoga dipermudahkan segalanya,” komen seorang netizen.
Setakat ini, video yang dikongsikan oleh pelakon siri KL Gangster Underworld itu telah pun meraih lebih 60,000 jumlah tontonan.
Ads
Sekadar informasi, Dynas telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din pada April 2018.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Edriel Obil yang lahir pada tanggal 17 Mei 2019.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa dan Muhamed Haqaish.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dynas Mokhtar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara juga ratu cantik, Vivienna Alfred mendedahkan dia banyak belajar dan menimba pengalaman sewaktu penggambaran program yang meneroka keindahan dasar laut di Malaysia, Deep C.
Menurut Vivienna atau lebih mesra disapa Vivi, dia pernah diserang panik kerana tangki oksigen tidak berfungsi secara normal sewaktu menyelam di dasar laut.
Deep C terbitan Peak Project bakal ditayangkan bermula esok, jam 9.30 malam di TV Okey (Astro Saluran 146) sebanyak 13 episod berdurasi 30 minit setiap Sabtu.
Bergelar ratu cantik, Vivi, 25, yang juga pemenang tempat kedua Miss Grand Malaysia 2022 sentiasa idamkan cabaran lasak untuk dirinya.
Malah minatnya terhadap aktiviti menyelam bertitik-tolak sejak empat tahun lalu selepas mencuba aktiviti terjun udara.
“Pada 2018, saya lakukan terjun udara di Dubai dan ia antara pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup saya. Dapat melihat keindahan bumi dari pandangan udara ketika itu sangat menakjubkan.
“Justeru, saya berfikir suatu hari nanti wajib meneroka keindahan dasar laut pula bagi melihat sisi lain dunia pula. Aktiviti menyelam memang sentiasa dalam senarai wajib cuba saya dan akhirnya dapat realisasikannya menerusi Deep C,” katanya.
Bagi Vivi, setiap program memiliki kekuatan tersendiri dan bukan sekadar program ‘kosong’. Deep C adalah bukti terdekat bahawa sesebuah program mampu memberi tunjuk ajar mendalam serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat.
Persiapan dilakukan Vivi sebelum memulakan penggambaran juga dibuat dengan sangat teliti. Dia perlu siapkan aspek fizikal dan mental kerana aktiviti menyelam menuntut tenaga yang cukup selain sangat memenatkan.
“Apabila berada di dasar laut, masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa disedari, kita sudah terlalu letih bila kembali ke permukaan. Sekali menyelam ambil masa sekitar 45 minit dan saya lakukannya sebanyak dua atau tiga kali setiap hari.
“Ada masa, secara mentalnya saya rasa tidak melakukan tugasan itu sebaiknya. Sebagai pengacara, bahkan mana-mana artis, pelakon, selebriti pun kena sentiasa konsisten memberikan hasil kerja terbaik sebaik kamera mula ‘rolling’,” katanya.
Mengulas mengenai situasi panik yang dihadapi, Vivi berpendapat setiap penyelam perlu bijak mengendali rasa panik apabila berdepan masalah teknikal sewaktu berada di dasar laut.
“Ada satu hari, tangki oksigen saya tidak berfungsi secara normal sewaktu sudah berada di dasar laut. Saya tidak boleh bernafas sekali gus sangat panik dan mahu cepat-cepat naik ke permukaan laut tanpa ikut prosedur betul.
“Mujur jurulatih selam saya ketika itu sangat profesional menangani situasi terbabit dan segalanya dapat diselesaikan secara baik ketika itu. Memang satu pengalaman yang membuka mata saya,” katanya.
Apapun, di sebalik cabaran tertentu dan rasa letih, Vivi menyifatkan pengalaman menyelam sehingga dasar laut sangat berbaloi. Menikmati sendiri keajaiban di sudut berbeza dunia adalah pengalaman tidak terbanding harganya.
“Paling menyeronokkan apabila dapat melihat dan mendalami sendiri keunikan makhluk di dasar laut. Setiap lokasi menyelam memiliki keunikannya yang berbeza-beza. Saya tidak sabar penonton melihat sendiri keunikan itu.
“Program ini menyeronokkan selain sangat informatif. Ia berkongsi mengenai topik tarikan pelancongan, latar belakang bersejarah, pengalaman mengenai budaya, kesedaran isu tertentu, perubahan iklim, projek perlindungan dan pemulihan berkaitan penjagaan laut,” katanya.
Pendakwah selebriti, PU Riz berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIIM) ke-38 pada Ahad.
Isterinya, pengacara dan usahawan, Neelofa Mohd Noor, 33, berkongsikan detik manis dia bersorak saat suaminya menerima skrol tersebut seperti yang dimuat menerusi Instagram Story.
Menerusi entri itu, Neelofa sempat berseloroh dengan menulis tanda pagar ‘suami muda kau ada’.
“Haha siapa suruh bawa isteri datang konvo,” tulisnya bergurau ketika bersorak melihat Haris menerima skrolnya.
Neelofa dilihat begitu gembira dan bangga dengan pencapaian akademik suami malah turut berkongsi beberapa gambar mereka bersama di sekitar universiti sebagai kenang-kenangan.
PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, mengambil keputusan menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan selepas hanya sempat belajar selama setahun di Universiti Al-Azhar, Mesir dan terpaksa pulang ekoran pergolakan yang berlaku di negara tersebut.
Sekadar info, Neelofa berkahwin dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia 11 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian foto daripada jurusolek terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini menerusi Instagram menjadi sorotan wargamaya.
Memuat naik beberapa gambar ‘posing’ dan kandid bersama suaminya, Bellaz menyatakan ia bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kini genap sedekad.
“Salam subuh, nak upload siap-siap hehe. Makeup live malam tadi haa. Look anniversary kami berdua yang ke-10.
“Setahun sekali nak buat look ni, kasi chan sikit lalu sat na. Rasa macam baru lepas (kahwin) ni padahai 4 orang duk tunggu tengok kat depan,” tulisnya seloroh pada ruangan kapsyen sambil memberikan kredit.
Sedondon mengenakan persalinan bak raja sehari, pasangan ini turut menerima komen pelbagai wargamaya, yang rata-ratanya menitip hal yang baik-baik.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 33,000 tanda suka.
Bellaz mendirikan rumah tangga bersama Anuar Ahmad dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Naelofa.
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.