Gadis yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi akibat kesukaran bernafas, pada Isnin.

Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, difahamkan telah dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah.

Wakil kepada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim yang dikenali sebagai Muhammad Shah memberitahu gadis berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan kuman di paru-paru, memetik mStar.

Menurutnya lagi, Wani berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut selepas menjalani pembedahan bariatrik (potong usus) pada Ogos tahun lalu berikutan dia tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan susulan.

“Wani dikejarkan ke hospital sekitar pukul 9 pagi tadi selepas dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Selepas melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di paru-paru Wani.

“Selepas Wani melakukan pembedahan potong usus, dia tak pernah pergi buat pemeriksaan susulan. Kita memang berniat untuk bawa dia menjalani pemeriksaan untuk tahu status sebenar apabila mengetahui dia tidak menjalani sebarang rawatan dan pemeriksaan susulan.

“Mengenai punca jangkitan… saya serah pada pihak hospital dan kita lihat keadaan Wani memang tidak berapa sihat semenjak pertemuan pertama di Jerantut.

IKLAN

“Cuma kita memerlukan masa bagi menyediakan bantuan supaya Wani boleh mendapatkan rawatan,” katanya seperti dipetik. 

Sementara itu, Wani menerusi Instagram dan Instastory turut memuat naik foto dia berada di sebuah hospital mendapat perhatian netizen di laman sosial.

“Wani Sakit. Tolong Doakan Wani,”  – Masuk Hospital, Wani Comel Alami Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

“Wani kena tahan di hospital. Wani sakit. Tolong doakan Wani,” tulis Wani pada Instastory.

IKLAN

Sebelum ini, Wani yang mengalami masalah berat badan hampir 300 kilogram meluahkan rasa kecewa dan mendakwa seorang usahawan kosmetik terkenal menabur janji manis selain menyediakan kontrak yang didakwa sebagai perjanjian berat sebelah.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat lalu, Wani berharap masalah berat badannya selesai selepas menjadi duta produk ubat kurus usahawan kosmetik terkenal berkenaan, sebaliknya yang berlaku.

Justeru, gadis malang itu terpaksa bertindak menuntut pampasan sebagai ganti rugi kerana mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti dijanjikan.

IKLAN

Menceritakan lebih terperinci, Wani berkata pada Ogos tahun lalu usahawan berkenaan tampil menawarkan pembiayaan bagi menjalani pembedahan bariatrik serta mengikatnya sebagai duta produk pelansingan badan.

Sementara itu, Shah turut menjelaskan buat masa sekarang, Wani masih ditahan di wad zon kuning sementara menunggu keputusan pemeriksaan ujian makmal.

Tambahnya Wani pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak dia menjalani pembedahan tersebut.

“Doktor terpaksa tahan Wani di wad sementara menunggu hasil ujian kesihatan. Pihak hospital juga terpaksa berbuat demikian agar pemeriksaan lanjut boleh dijalankan untuk mengetahui status kesihatan Wani.

Saya harap semua orang boleh doakan untuk keadaan kesihatan Wani,” ujarnya.

Sumber/Foto: mStar, Instagram Wani Comel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI