Selepas hos, Awal Ashaari memaklumkan kepada peminat bahawa isterinya, Scha Al Yahya sedang hamil anak kedua mereka, rata-rata peminat menyatakan rasa teruja dan tumpang gembira dengan berita tersebut.

Lalu, masing-masing meneka bayi yang bakal lahir pada usia kandungan Scha sudah hampir lapan bulan.

“Seperti Biasalah Dia Sorok Muka Lagi,” – Awal Kongsi Foto Terkini Ultrasound Bayi, Peminat Teruja & Tumpang Gembira

Bagaimanapun baru-baru ini, menerusi Instagram, Awal Ashaari ada berkongsi perkembangan terkini kandungan isterinya dengan paparan imbasan ultrasound kepada umum.

Malah, pengacara program hiburan, Melodi ini turut berseloroh mengenai hidung bayi mereka di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

“Assalamualaikum, as usual la dia sorok muka lagi. Tapi tang hidung je dia tunjuk. Ni hidung mommy ke, hidung daddy ke, hidung Lara?,” tulis Awal.

IKLAN

Lalu, kapsyen santai itu nyata meraih perhatian peminat lalu masing-masing memberikan reaksi. Antaranya;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

“Seperti Biasalah Dia Sorok Muka Lagi,” – Awal Kongsi Foto Terkini Ultrasound Bayi, Peminat Teruja & Tumpang Gembira “Seperti Biasalah Dia Sorok Muka Lagi,” – Awal Kongsi Foto Terkini Ultrasound Bayi, Peminat Teruja & Tumpang Gembira “Seperti Biasalah Dia Sorok Muka Lagi,” – Awal Kongsi Foto Terkini Ultrasound Bayi, Peminat Teruja & Tumpang GembiraSebelum ini, Awal menerusi media ada berkongsi ragam isterinya ketika di awal peringkat berbadan dua.

Jelasnya, selain mengalami alahan, ada ketikanya emosi Scha berubah-ubah.

IKLAN

“Seperti Biasalah Dia Sorok Muka Lagi,” – Awal Kongsi Foto Terkini Ultrasound Bayi, Peminat Teruja & Tumpang Gembira

“Jika dahulu selepas usia kandungan tiga bulan ketika mengandungkan Lara Alana, Scha sudah okay dan boleh keluar berjalan-jalan. Tetapi, kali ini, dia mengalami muntah dan lenguh badan. Memang berbeza keadaannya.

“Sebelum ini dia sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan. Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari,” dedah Awal.

IKLAN

Bagaimanapun, situasinya kini mulai berubah dan meminta ramai agar mendoakan kesejahteraan Scha dan anal yang dikandung.

Terdahulu pada Ogos lalu, Awal atau nama lengkapnya, Ahmad Awaluddin Ashaari mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua menerusi akaun Instagram dengan memuat naik foto yang memaparkan anak pertamanya, Lara memegang alat pengesan kehamilan.

“Seperti Biasalah Dia Sorok Muka Lagi,” – Awal Kongsi Foto Terkini Ultrasound Bayi, Peminat Teruja & Tumpang Gembira

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Putrajaya.

Foto: Instagram Awal Ashaari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI