Pelakon Nadya Syahera semalam ada menitipkan kata buat suaminya, Fizul Nawi bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.
Meski pernah dilanda dugaan sepanjang bergelar suami isteri, namun ibu kepada dua cahaya mata ini mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina akan berkekalan selamanya.
“Happy anniversary to my roommate @fizulnawi_ . 4tahun dah oiii.
Ads
“Walaupun pernah diduga dengan ribut taufan tsunami dalam rumahtangga kita. insyaAllah i akan terus fight demi kebahagiaan kita dan anak2. Dah dah la duga i.
“Thanks utk hari2 indah bersama
Thanks sbb sabar dan terima i dlm hidup u and thanks for everything. Thanks jugak utk BUNGA harini.
Ads
“Esok birthday hadiah apa plak. Doakan kitorg panjang jodoh and kekal hingga jannah,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #doaygbaikbaik, #cakapygbaikbaik, #tulisygbaikbaik dan
#penyondolmohonpencen.
Selesai menunaikan fardhu haji buat kali kedua beberapa minggu lalu, Neelofa mengakui pemergiaannya ke tanah suci kali ini penuh makna, apatah lagi turut disertai oleh ibu tercinta serta dua adik lelakinya.
Malah, hos MeleTop ini tidak menafikan pelbagai pengalaman menarik telah dihadapi mereka sekeluarga sepanjang menunaikan ibadah haji.
Neelofa bagaimanapun reda dan menyifatkan apa sahaja situasi yang berlaku adalah sebagai antara ujian dari Tuhan buat hambaNya.
“Cabaran saya Allah duga ketika kami sekeluarga mahu pulang ke tanah air. Apapun, banyak perkara hal menarik yang boleh dikongsikan, tetapi apa yang saya ingin beritahu adalah kesusahan yang dihadapi ketika ingin memasuki balai berlepas dan imigresen.
“Kami ‘direject’ empat kali. Untuk tempoh lebih kurang hampir tiga jam, saya terpaksa berulang alik dalam keadaan yang sesak. Kemudian, saya mengambil teksi untuk ke terminal haji, iaitu kira-kira 20 minit dari terminal antarabangsa.
“Bila sudah berada di sana selama tiga jam, apabila mahu berlepas, pihak mereka meminta saya untuk mengambil ‘shuttle bus’ dan pergi balik ke terminal yang asal.
“Tiba-tiba bila dalam perjalanan dalam bas sekitar 30 minit, mereka memberitahu untuk kembali ke terminal sebelumnya kerana kapal terbang menghadapi masalah penerbangan dan terpaksa tunggu lagi sejam,” katanya kepada MH.
Ujarnya lagi, dia juga sudah mengalami sakit badan, kesan dari Influenza yang dialami.
“Jadi saya kembali ke terminat terdahulu untuk sejam, naik balik ‘shuttle bus’ untuk kali yang kedua dan pergi balik terminal sama untuk kali ketiga. Saya pula pada ketika itu dalam keadaan yang menggeletar dan tidak sedap badan kerana virus mulai menyerang.
“Jadi dalam keadaan saya di lapangan terbang yang agak mencabar itu, saya dalam keadaan berselimut dengan sejadah saja, guna apa adanya saja.
“Ia sungguh sukar dan begitu mencabar bagi saya. Tetapi saya dan keluarga tidak berkata apa-apa kerana kami reda, Dia sudah berikan yang terbaik sepanjang tunai haji.
“Kita perlu reda atas ujian yang diberikan,” katanya yang kini berada di Amerika Syarikat bagi memenuhi undangan beberapa jenama fesyen di sana bersempena dengan Minggu Fesyen New York.
Bekas pelakon yang kini bergelar usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Baginya, ia adalah sebagai satu kepuasan diri sendiri dan mahu mengisi masa terluang dengan melalukan perkara berfaedah.
Malah, ketika ini Rebecca bakal memasuki semester kedua.
“Saya buat benda ini (sambung belajar) adalah untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan kerana saya juga seorang usahawan dan mempunyai produk sendiri.
“Dalam masa sama, ia juga untuk mendorong anak-anak saya untuk minat belajar dan sekurang-kurangnya mereka menceburi bidang perniagaan,” kata Rebecca ketika dihubungi MH.
Bijak membahagikan masa antara pelajaran, keluarga dan perniagaan, bintang berusia 33 tahun ini tidak berhenti berdoa agar segala urusannya dipermudahkan Allah.
“Kalau nak ikutkan masa, memang sentiasa tak cukup, tapi alhamdulillah, Allah banyak tolong permudahkan segalanya menjadi lebih lancar dan teratur.
“Saya juga berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang ‘super woman’ dari aspek seorang ibu, wanita bekerjaya dalam perniagaan dan seorang pelajar di UUM.
“Ini juga adalah atas sokongan dan dorongan semua pensyarah dan rakan-rakan universiti, keluarga, suami,anak-anak,” kongsi Rebecca yang bakal menduduki peperiksaan akhir (final exam) pada bulan depan.
Dalam pada itu, Rebecca bersyukur kerana dianugerahkan suami yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab kurniakan seorang suami yang sentiasa memberi sokongan, kata-kata postif dan banyak mengajar saya.
“Dia juga adalah teman hidup saya di dunia ini dan semoga Allah temukan kami di syurga,” luah Rebecca.
Imbas kembali, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel,11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, 1 tahun.
Di samping itu, Rebecca memiliki dua orang anak tiri iaitu Nor Arif Qayyum 23 tahun, Nor Khayrin Sofiya, 17 tahun dan anak Anugerah Nor Aurora Riana Norazam, 10 bulan.
Berita penahanan Mamat Exist di Johor Bahru nampaknya telah mendapat reaksi penganjur Konsert Exists Reunion di mana ia akan berlangsung pada 28 September di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.
Menurut kenyataan Shiraz Projects, berita ini amat mengejutkan dan menyedihkan. Namun, jelasnya sehingga ke saat ini konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan isu tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, Mamat Exists ditahan polis di Taman Perling, Johor semalam dan difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Memetik Kosmo, vokalis Exists ini dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.
Hasil ujian air kencing yang dibuat juga mendapati suspek positif.
Foto : Kosmo dan Shiraz Projects
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida tidak menyangka apabila tiket untuk menonton filem Bisikan Nafsu bersama heroin yang juga anaknya, Azeva Natassha, selama lima hari...