Bekas pelakon yang kini bergelar usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Baginya, ia adalah sebagai satu kepuasan diri sendiri dan mahu mengisi masa terluang dengan melalukan perkara berfaedah.

Malah, ketika ini Rebecca bakal memasuki semester kedua.

“Saya buat benda ini (sambung belajar) adalah untuk meluaskan pengetahuan dalam bidang perniagaan kerana saya juga seorang usahawan dan mempunyai produk sendiri. 

“Dalam masa sama, ia juga untuk mendorong anak-anak saya untuk minat belajar dan sekurang-kurangnya mereka menceburi bidang perniagaan,” kata Rebecca ketika dihubungi MH. 

Bijak membahagikan masa antara pelajaran, keluarga dan perniagaan, bintang berusia 33 tahun ini tidak berhenti berdoa agar segala urusannya dipermudahkan Allah.

IKLAN

“Kalau nak ikutkan masa, memang sentiasa tak cukup, tapi alhamdulillah, Allah banyak tolong permudahkan segalanya menjadi lebih lancar dan teratur.

“Saya juga berusaha sedaya upaya untuk menjadi seorang ‘super woman’ dari aspek seorang ibu, wanita bekerjaya dalam perniagaan dan seorang pelajar di UUM.

“Ini juga adalah atas sokongan dan dorongan semua pensyarah dan rakan-rakan universiti, keluarga, suami,anak-anak,” kongsi Rebecca yang bakal menduduki peperiksaan akhir (final exam) pada bulan depan. 

IKLAN

 

Dalam pada itu, Rebecca bersyukur kerana dianugerahkan suami yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buatnya.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab kurniakan seorang suami yang sentiasa memberi sokongan, kata-kata postif dan banyak mengajar saya.

“Dia juga adalah teman hidup saya di dunia ini dan semoga Allah temukan kami di syurga,” luah Rebecca.

IKLAN

Imbas kembali, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada Januari 2011.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Adam Daniel,11 tahun, Nor Anggun Raverra, 7 tahun, Nor Anggerik Renesmee, 6 tahun, Nor Aliff Al-Raffael, 3 tahun dan Nor Ahmet Al-Reaggan, 1 tahun.

Di samping itu, Rebecca memiliki dua orang anak tiri iaitu Nor Arif Qayyum 23 tahun, Nor Khayrin Sofiya, 17 tahun dan anak Anugerah Nor Aurora Riana Norazam, 10 bulan.

View this post on Instagram

Parents With 6 Kids💖Cinta Hati Mummy Becca,SuamiKu,Anak anak Ku😘Sebenarnya Ada Lagi 2 Anak,Tapi Dua lagi dah besar Dan Berada Di Asrama,,So total Mummy Becca ada 8 orang anak,Wow,bayang kan Kalau Semua ni Pun dah besar,And Semua Ke University or Asrama,,Pasti Sunyi..Nasib la Masih ada baby Yg kecil2 lagi,Menjadi Peneman Dan PengHibur Kami…😅❤️Alhamdulillah Syukur,Mereka La Rezeki Yg Paling BerHarga Sekali,Tulang Belakang Mummy Becca 💪…. . . Anak anak ini La Yg Tiap tiap Hari Membawa Keceriaan Dan Rezeki Di Dalam Rumah😍Thank You Allah 🤲🙏Jaga La Mereka Semua UntukKu🤲…. . . May Jannatul Firdaus Be Our Last Destination for the whole family,Love them LillahHiTaAllah 😭❤️Sayang Sgt2…. . . #mrsazam #CintaHatiSaya #CintaHatiMom #LoveAlways #20092019 #MyFamily #MyKids #SentiasaDalamDoaKu 🤲 #DoaIbuTiadaHijabNya #AllahLindungiAnakAnakKuSentiasa 🤲 #1145pm #GoodNightFromUs 😘

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Foto : Instagram Rebecca Nur Al Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI