Penyanyi, Naim Daniel semakin menjadi perhatian rakan selebriti dan peminat selepas meraih gelaran juara di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) menerusi lagu Sumpah.
Lalu, rata-rata rakan selebriti turut memberi ucapan tahniah atas kejayaan Naim merangkul gelaran juara di anugerah muzik tahunan berprestij itu.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah misalnya ada menitipkan ucapan tahniah seterusnya mendedahkan sikap baik Naim menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata itu, Naim memiliki bakat nyanyian yang hebat dan sangat merendah diri.
Ads
“Congratulations @naimdanielx Talented, humble and kind. 1 thing about Naim, tak pernah berubah dari kecil sampai lah dah bujang sekarang attitude tetap sama. Sangat baik dan hormat orang tua.
“Kalau jumpa bella salam and mesti akan tanya mana mama ayah even tho ayah jauh kat dalam kereta dia pergi juga sebab nak salam.
Ads
“MashaAllah didikan dari keluarga yg baik. Your parents must be proud of you! Like everyone else do,” tulisnya.
Pelakon Yatt Hamzah menasihati golongan wanita agar berpada-pada dalam mencantikkan diri.
Jelasnya semakin ramai yang mengikut trend menyambung bulu mata palsu namun tidak tahu hukum disebaliknya.
Pada masa sama Yatt turut menjelaskan, hukum memasang bulu mata palsu adalah haram andai menggunakan bahan bernajis selepas bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat.
Ulasnya lebih selamat sekiranya menggunakan maskara untuk melebatkan bulu mata.
“Makin ramai yg buat. Yg tak pernah2 pakai pun tiba2 pakai masa hari perkahwinan atau majlis makan malam Syarikat.
Mungkin masih ada yg x tahu so marilah share ilmu ni dg mrk yg x tahu. Kpd yg dah tahu, TOLONGLAH JGN BUAT2 TAK TAHU. Kita ni pahala x banyak, so janganlah tambah dosa pula.
“Umpama kita x bersyukur dg kejadian Allah kpd kita. Boleh je nak cantik, Allah x larang cuma jgnlah sampai memudaratkan ibadat dan kesihatan.
“Pakai gam bulu mata dan extention tu memudaratkan. Pakai mascara yg bersifat sementara dan lbh selamat adalah penyelesaian kalau nak bulu mata cantik lebat.
“Macam mana rezeki nak berkat bila buat apa yg Allah haramkan.. NAUDZUBILLAH..
“Hukum menyambung bulu mata palsu yang kini turut menjadi trend d kalangan wanita ;
“Dalam isu pemakaian bulu mata palsu ini juga, perlulah dilihat daripada beberapa sudut:
“Kesucian
Memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat dan jika di luar, haram kerana sengaja menajis badan tanpa ada keperluan (al-tadammukh bi al-najasah). Jika menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan gam yang akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan setiap bulu mata, mata hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wudhu’ dan mandi wajib.
“Qias dengan larangan menyambung rambut
“Ini kerana rambut dan bulu mata adalah bulu-bulu yang tumbuh pada badan manusia yang menjadi perhiasan tubuh badan dan tidak disunatkan untuk mencabutnya.
“Justeru, haram hukum menyambung bulu mata sama seperti haram menyambung rambut yang dilaknat dan tindakan mengubah ciptaan Allah SWT,” kongsinya.
Malah, proses kecantikan tersebut juga seolah-olah mengubah ciptaan Allah.
“Kesihatan
“Haram memakai bulu mata palsu yang menggunakan bahan-bahan yang memudaratkan nyawa dan tubuh badan manusia sedangkan tujuan Syarak adalah hifz al-nafs (menjaga nyawa manusia). Ini berdasarkan firman Allah Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)
“Kecantikan
“Haram hukumnya memasang bulu mata palsu sementara dan separa kekal bagi tujuan kecantikan dengan menggunakan bulu atau rambut manusia, haiwan, bulu sintetik, tanpa keizinan suami. Ini kerana terdapat unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah SWT.
“Namun dibolehkan memakai bulu mata palsu yang menggunakan selain rambut manusia atau bulu najis, dengan keizinan suami, dan tidak menggunakan bulu mata palsu separa kekal yang menghalang air untuk bersuci. Ini kerana bercantik dan berhias untuk suami itu digalakkan dalam Syarak. Rujuk al-Majmu’ (3/141).
“Begitu juga sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti seseorang yang ditimpa penyakit, ditimpa kemalangan, terbakar atau yang seumpamanya daripada perkara-perkara kecacatan lalu menyebabkan bulu matanya rosak atau cacat, maka pemakaiannya adalah dibolehkan pada ketika itu, tanpa menggunakan bulu manusia, bahan bernajis dan tidak menghalang air untuk bersuci. Daripada Sayyidina Ali RA, katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan pangkal rambut daripada terkena air ketika mandi janabah walaupun sehelai, Allah akan melakukan begini-begini dengan api neraka.” Ali berkata: Sejak itu aku tidak menyukai rambutku.
Riwayat Abu Daud (249).
Tegas Yatt lagi, bulu mata yang ditanam ke dalam kulit akan menyebabkan wuduk terhalang dan menyebabkan solat tidak sah.
“Adapun bulu mata yang ditanam ke dalam kulit, maka ia tidak menghalang sahnya wuduk.
“Berdasarkan kesimpulan di atas, kami menyeru agar mereka yang memakai bulu mata palsu yang diharamkan Hukum Syarak meninggalkan perbuatan berkenaan dan bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan perkara-perkara berikut:
“Hendaklah bulu mata palsu itu dicabut dan gamnya dilunturkan untuk membenarkan air sampai ke bulu dan kulit semasa bersuci.
“Jika bulu mata palsu itu tidak boleh dicabut, melainkan akan menyebabkan kecacatan kepada bulu mata dan mata, maka dibenarkan mengekalkannya sehingga dia gugur sendiri setelah tamat tempohnya. Dalam tempoh tersebut, wajiblah pemakainya berwudhu’ dan mandi wajib seperti biasa dan solat hormat waktu.
“Namun setelah tamat tempoh bulu mata tersebut, maka wajib dia mengulangi kembali mandi wajib dan semua solat-solatnya yang dilakukan dalam tempoh memakai bulu mata palsu tersebut kerana mengambil hukum faqid al-tohurain (orang yang tidak boleh bersuci dengan air atau tanah).
“Ini juga sebagai taghlizan (pengajaran yang berat) agar tidak cuai lagi dalam isu-isu kebersihan dalam Islam. Ini adalah pendapat yang lebih berhati-hati.
“Namun, jika seseorang itu lemah imannya dan ditakuti akan terjerumus ke lembah kekufuran kerana tidak mampu mengqadha’ semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh pemakaian bulu mata palsu tersebut, maka dalam keadaan darurat seperti ini diharuskan untuk bertaqlid dengan pendapat Imam al-Nawawi bahawa apabila solat itu sudah dilaksanakan pada waktunya maka tidak perlu mengulangi semula.
“Rujuk Tuhfatul Muhtaj (1/379) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami. Ini juga merupakan pendapat yang sahih dalam mazhab Hanbali. Rujuk al-Mughni (1/184) oleh Imam Ibn Qudamah. Begitu juga dalam soal mandi wajib, terdapat pendapat lemah ulama Syafieyyah yang menganggap kotoran di bawah kuku dan ruang bahagian dalam simpulan rambut, yang menghalang air, adalah dimaafkan kerana terlalu sedikit. Rujuk Kifayah al-Akhyar (hlm. 43); Hasyiah al-Syirwani (1/187).
“Semoga jawapan ini memberi kefahaman yang jelas kepada kita semua yang bahawa isu halal dan haram dirujuk kepada nas dan para ulama’ agar segala tindakan kita berbetulan dengan neraca Syarak.
“Kami nasihatkan kepada semua pihak khususnya para wanita agar berhias dan mencantikkan diri dengan kadar yang sederhana, tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak mengubah ciptaan Allah seperti mana yang dilakukan oleh kaum Jahiliyyah.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Farah Lee menerusi ruang komen turut mengulas isu ini dan menyatakan seseorang yang membuat penyambungan bulu mata sewaktu sedang melakukan umrah, tawafnya tidak sah.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat kita semua.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Hanis Zalikha ada membawa anak sulungnya, Yusuf Iskandar ke klinik gigi bagi mengetahui status kesihatan gigi permata hatinya itu.
Ujar isteri kepada Hairul Azreen ini di ruangan kapsyen, doktor yang membuat periksaan gigi Yusuf menasihatkan agar anaknya itu berhenti minum susu menggunakan botol kerana ia boleh menggaggu pertumbuhan gigi secara sihat.
“Bawa Yusuf jumpa dentist lagi. Sebab nak tengok keadaan gigi dia. Dentist cakap stop minum susu botol, walaupun sippy cup. Sebab Yusuf pun nak masuk 4 tahun dah June nanti, takut ganggu facial bone structure.
“Jadi dah 5hari dia minum susu terus dari dalam cawan saja. Anak soleh @theyusufiskandar sayang Mommy Daddy ni,” tulisnya bersama pautan video pendek.
Terdahulu, Hanis dan Hairul telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang dilahirkan Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan ushawan, Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah meluahkan rasa teruja apabila bakal bergelar nenek, menantikan kelahiran cucu sulung yang dijangka bakal lahir dalam tempoh dua bulan lagi.
Menerusi Instagram, bintang berusia 42 tahun ini berkongsi kapsyen panjang, yang antara lain tidak sangka bakal bergelar nenek pada usia muda.
“Assallamualaikum besar dah perut kakak lg 2 bln jer lg nak bersalin..2 bln jgk lah aku bakal ada cucu huhuhuhuh Dpt cucu pun kira rezeki untung org kata aku muda dah rasa ada cucu bsk cucu aku 20thn aku baru 62 thn hahhahahha in sha Allah smoga Allah pnjgkan umur aku.
“Aku panggil cucu aku #budakcheese sbb hr2 mak dia mngidam mkn #burncheesecake yelah dia lahir tahun tikus lah plak mmg hantu cheeselah.
“Alhamdulilah dia blum keluar lg mcm2 org bg kat dia murah rezeki.. sbb tu org kata setiap kt yg hdp Allah dah sediakan rezeki untk kt,rezeki mcm 2 bentuk Allah bg btl x? so korg mane nak wat review baju baby ke brg2 baby ke bole lh dm tokmamok dia ok hahhahaha gitew.
“Apa-apa pun mmg super xcited nak tggu dia keluar smoga Allah permudahkan segala2nya Aamin,” kongsi Enot panjang lebar pada entri yang turut memuat naik foto anaknya, Andriana Balqis,19, yang jelas menampakkan ‘baby bump’.