Tidak salah bersiap sedia menghadapi hari kematian. Jelas pengacara Iesya Toh, adalah lebih baik andai menempah tanah kubur sebagai persediaan kerana mati tidak mengira waktu, jika ajal sudah menjemput.
Walau bagaimanapun ulasnya lagi menerusi Instagram, tanah kubur di Jannatul Baqi tidak mampu dibeli hatta seorang jutawan.
“Honestly kalau boleh tempah kubur siap-siap adalah lebih elok dan bersiap sedia. Mati itu anytime tapi jutawan man pun takkan boleh beli tanah di Jannatul Baqi’.
Ads
“Betapa semua umat Islam menginginkannya,” kongsi pengacara itu.
Sekadar imbasan, bapa pengacara RTM ini, Sanny Toh bin Abdullah, 65, dilaporkan telah meninggal dunia di Madinah selepas rebah dalam perjalanan menuju ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, pada 8 Februari 2018.
“Rasa tak tercapai dek akal, alhamdulillah.” Itu reaksi awal Naim Daniel apabila lagu Sumpah hasil ciptaan sepenuhnya dari dirinya sendiri dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.
Berjaya mengetepikan saingan dari 11 buah lagu yang bertanding, bintang berusia 23 tahun ini akui saingan yang hadir cukup sengit dan masing-masing mempunyai kekuatan sendiri.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai lagu terbabit yang sebelum ini disebut-sebut mempunyai harapan cerah untuk menang, Naim tidak menafikan wujudnya tekanan.
”Saya ada tengok satu status di Twitter dalam jam 3 lebih, Neelofa dan Syafiq Kyle ada jangka lagu Sumpah, korang ni…
“Jadi tekanan itu memang ada akan tetapi saya merasakan ia bagus untuk kita rasa gementar kerana itu boleh buatkan kita tahu yang kita ‘hidup’. Cuma kena halakan tekanan itu kepada sesuatu yang betul.
“Jadi bila naik pentas, saya rasa inilah masa untuk saya buat persembahan, tanggungjawab saya adalah untuk menghiburkan penonton di luar sana.
”Saya tidak rasa malam ini adalah persembahan saya, tapi ia adalah persembahan kepada semua yang berikan sokongan. Lepas tu rasa lega, turun je nangis,” jelas Naim.
Ditanya mengapa menitiskan air mata, pemilik nama penuh Muhammad Naim Daniel Baharin ini menyifatkan diirinya masih tidak percaya kerana berpeluang untuk bersama-sama bersaing di pentas berskala besar seperti AJL.
“Tak percaya untuk berada di sini sebab kebanyakan yang bertanding adalah alumni juara, yang sudah bertanding banyak kali.
“Jadi untuk berada dalam barisan orang-orang hebat ini, kita rasa selama ini untuk mempunyai satu karya yang diangkat itu begitu seronok rasa dia.
“Malah, ia menjadi satu macam semangat untuk lebih berkarya pada masa depan dengan lebih baik dan lebih banyak material baru insyAllah,” jelasnya optimis.
Selain Sumpah yang diangkat sebegai juara utama, anugerah muzik tahunan edisi kali ini turut menyaksikan lagu Jatuh Bangun dendangan Aman Ra diumumkan sebagai pemenang kedua.
Anta Permana yang dibawa Bob Yusof yang turut menampilkan penyanyi asalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kedudukan ketiga.
Sementara itu, persembahan sarat emosi cinta dari Hafiz Suip menerusi lagu Kisah Cinta Kita pula berjaya memenangi kategori Vokal dan Persembahan Terbaik.
Penampilan pelakon, Liyana Jasmay yang tidak mengenakan tudung menerima reaksi pelbagai netizen.
Malah, posting terkininya di platform Instagram turut mendapat perhatian dan pelbagai respon peminat mulai memenuhi ruangan komen.
Menerusi foto tersebut, bintang berusia 31 tahun itu merakam foto bersama rakan pelakon, Intan Ladyana di sebuah lokasi di luar negara.
“Having so much fun with my bebe @intanladyana at Dreamworld Gold Coast Australia! #glampergirls #thisisqueensland #VacaywithAirAsia #EmbraceGoldCoast #travels,” tulisnya.
Mempertaruhkan dua tema berbeza malam tadi, enam peserta Dansa Dan Sing telah berjaya melakukan persembahan penuh bertenaga di pentas separuh akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Bertemakan Costume pada pusingan pertama, enam peserta yang terdiri daripada Chubb-E, Sophia Liana, Shiha Zikir, Waris, Wani Kayrie dan Raja Syahiran.
Menurut juri tetap, Linda Jasmine, setiap peserta telah memberikan prestasi baik setiap minggu.
“Malam ini (malam tadi) merupakan sesuatu yang mencabar buat kesemua peserta kerana mereka perlu melakukan dua tugasan yang berbeza berdasarkan tema Costume dan 360.
“Malah, mereka bukan sahaja perlu menghafal lagu,tetapi juga perlumelakukan banyak pergerakan tarian untuk menarik perhatian juri dan penonton.
“Apa jua cabaran yang dihadapi peserta,mereka perlu tahu konsep ini adalah mengutamakan rentak tarian,” katanya.
Pada pusingan kedua yang bertemakan 360 pula, setiap peserta telah tampil dengangenre yang berlainan dari kebiasaannya.
Terdahulu, Chubb-E danSophia masing-masing mendapat markah 19.4%, manakala Raja Shahiran 17.3% berdasarkan undian online.
Peserta yang mendapat markah rendah adalah Shiha 14.9% ,Wani 14.6% dan Waris 14.4 %.
Bagaimanapun, Shiha berjaya berada dalam kedudukan baik apabila mendapat markah tertinggi dari juri sebanyak 86.57%, diikuti Wani 84.88% dan Waris 82.92%.
Mengejutkan, tiada peserta yang diumumkan tersingkir dan kesemua mereka bakal bersaing diminggu final, merebut gelaran juara Dansa Dan Sing yang pertama.
Program ini telah dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Hady Mirza, manakala juri tetap adalah Linda Jasmine dan Datuk Rizalman.
Zizan Razak pula merupakan juri jemputan minggu ini.
Untuk makluman, minggu depan merupakan konsert akhir bagi program ini yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Foto:Instagram Dansadansing, Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.