Tindakan Syatilla Melvin ‘menerkam’ ke arah suaminya, pelakon Shaheizy Sam sebaik selepas menunaikan solat mendapat kritikan ramai apabila rata-rata netizen tidak bersetuju dengan konten video yang dibuat pasangan itu.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram milik Syatilla dan Sam, aktres itu dilihat terus meluru ke arah suaminya sebelum menghidu bahagian leher Sam.

Tindakan ibu kepada tiga cahaya mata itu dikatakan tidak manis kerana seolah-olah mempermainkan solat demi menghasilkan konten di media sosial.

“Semua benda nak buat main-main.

“Nak buat konten pun tak payahlah dengan benda-benda sensitif macam ni. Macam memainkan solat pula.

IKLAN

“Dah tiada idea nak buat konten ke apa.

“Solat pun buat konten ke? Dunia dah akhir zaman.

“Maaf bang nak bagi tahu sikit.. kalau solat tu betul masa rakam, tidak mengapa. (Tapi) kalau solat cuma berlakon, haram hukumnya,” komen sebahagian netizen.

IKLAN

Video Syatilla Melvin ‘Terjah’ Sam Lepas Solat Netizen Tak Setuju; “Dah Tiada Idea Nak Buat Content Ke Apa.”

Bagaimanapun, Syatilla dan Sam dilihat telah menutup ruangan komen selepas video mereka mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

Untuk info, Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

IKLAN

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, Sarima Samhiezy, 4, dan Salama Samheizy yang kini berusia lapan bulan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI