Pemergian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohad Kassim pastinya meninggalkan kesan buat rakyat Malaysia teruama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Menerusi sumber dari Facebook Azizul Asri yang merupakan sahabat arwah, Azizul ada berkongsikan momen indah saat suka dan gembira mereka bersama.
“Al Fatihah Tenang lah kau di Sana Sahabat Muhammad Adib semua kenangan kita saya akan simpan sampai bila bila, Semua orang terasa atas pemergian Mu Semua Tanya Pasal Kau Semua Orang Post Pasal kau Semoga kau di tempatkan dalam kalangan Orang Beriman Sahabat , Siapa Yang Tak sakit Hati bila kita pergi Menyelamat Tapi? Allahu,” tulis Asri disertakan dengan gambar kenagan bersama arwah.
Ads
Lebih menjentik rasa sayu dan hiba, apabila Azizul ada berkongsi video arwah sedang memotong kek sempena hari jadinya.
Lantas, video tersebut turut mengundag rasa sebak netizen melihat arwah seakan-akan malu kucing untuk memotong kek harijadinya itu.
Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat bersyukur dan terharu apabila majlis ramah mesra bersama kelab peminat berjalan dengan sukses meski berlangsungnya perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di beberapa lokasi, semalam.
Perhimpunan berkenaan turut menyebabkan beberapa buah jalan utama di ibu negara ditutup.
Bercakap mengenai program berkenaan dengan lebih lanjut, bintang yang bakal muncul menerusi single terbaru tidak lama lagi itu memberitahu, setiap tahun dia bersama kelab peminat akan memikirkan majlis yang membolehkan merapatkan hubungan dengan beramah mesra selain mengisi masa bersama.
Pertandingan boling yang diberi nama AJ Pinbusters 2.0 itu diadakan di Wangsa Bowl, One Utama, memulakan saingan sekitar jam 2.00 petang.
“Sengaja kami memilih sukan boling bagi merapatkan hubungan selain dapat meluangkan masa bersama. Mengapa tidak? Tapi mujurlah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah, saya ingat tak ramai yang hadir, rupa-rupanya mereka masih menyokong dan sudi hadir. Malah, ada peminat dari Singapura turut datang,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ayda turut berkongsi lebih 180 peminat hadir bagi meraikan program main boling tersebut di samping ada juga peminat yang bukan di kalangan ahli kelab yang turut mendaftar bagi sama-sama bersaing.
“Ada wajah yang saya kurang familiar, tetapi mereka datang untuk menyokong. Kebanyakannya di kalangan remaja. Syukur dan terima lasih buat semua. Alhamdulillah, semuanya sukses dan harapnya ini bukan yang terakhir.
Pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Nur Fazura sering menjadi perhatian ramai.
Setiap apa yang dilakukan pastinya menjadi bualan para peminat setia mereka.
Terbaru, Fattah telah memuat naik video isteri tercinta yang ketika itu sedang berswafoto di tepi pantai sambil diiringi lagu malar segar, Can’t Take My Eyes Off You.
Penyampai radio Era, Hani Fadzil berkongsi beberapa video dia menjadi hos kepada satu grup Korea Selatan, Born To Beat (BTOB) di laman Instagramnya.
Namun apa yang menarik perhatian apabila video tersebut ada menunjukkan dia termelatah di hadapan idol tersebut.
Kejadian bermula apabila salah seorang ahli grup tersebut, Sungjae terjatuhkan mikrofon menyebabkan Hani yang ketika itu berada di sebelahnya terus melatah.
“Sungjae dropped his mic next to me & i had to melatah “Opocot Jatuh” & they started imitating me.
“Hahaha WHO ON EARTH WOULD’VE THOUGHT THAT I WOULD BE THE ONE TEACHING BTOB ABOUT OUR MELATAH CULTURE. If my mama was around sure dia bebel sebab takle bawak majlis hahaha oops,” tulisnya di kapsyen.
Selain itu, Hani turut berkongsi beberapa video lain menunjukkan dia mengajar idol-idol tersebut bahasa melayu, antara perkataan yang menjadi kegemaran grup tersebut adalah ‘leklu’, cepat sikit dan argh stress.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.