Video tersebut merakamkan gelagat dua beranak tersebut, di mana penyanyi I An Me itu menghadiahkan sebuah buku dengan muka hadapan (cover) jenama Louis Vuitton.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai.
Ads
Terdahulu, DSV telah memuat naik sepotong video ketika membeli hadiah berkenaan.
Kakak kepada pelakon Emma Mamebong iaitu Beby Maembong sering mendapat kecaman netizen kerana penampilannya yang dikatakan agak seksi.
Malah, warna rambutnya yang diwarnai dengan merah turut memberikan reaksi yang pelbagai.
Meski berstatus isteri kepada Nazri dan ibu kepada empat orang anak, Beby tetap tenang menerima komen negatif dari netizen.
Bagaimanapun, Beby atau nama sebenarnya Nurulaini Ismail ada menyuarakan pendapatan mengenai kritikan netizen di akaun Instagramnya.
“Kenapa saya selalu positif walaupun org comment pelik2?
“Bila org fitnah kita.. org pandang rendah dekat kita.. Nampak kita ni hina.. Xpe… KITA SENYUM JE.. Xperlu pon nk kata apa apa… Xperlu nak maki dan hina dia balik pon.. Level kita lain.. And Mmg lumrah manusia nampak yg keburukan shj. Standard la tu kan…
“So why nak battle? Why nak berbalas? Why nak betulkan? Sebab mereka x dengar pon.. Mereka sentiasa betul.. So be happy..
“Biarkan shj apa nk org nk ckp.. Yg penting org yg kita syg tahu siapa kita.. Tu je,” tulisnya.
“Ramai yang DM Beby macam mana Beby boleh kekalkan semangat positif dan respon secara baik bila berdepan dengan komen negatif.. actually, kita ada pilihan sama ada nak marah, happy or sedih..
“Kalau marah kita tak dapat apa-apa.. Kalau sedih pun benda dah jadi..
“Saya pilih happy untuk jaga hati saya sendiri daripada nak jaga hati orang … better kita move on.. biarlah orang nak komen apa pun,” tulis Beby.
Terdahulu, Beby pernah dihentam teruk apabila warna rambutnya itu tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu, selain beberapa posing seksi saat melakukan penggambaran.
Tidak sampai beberapa jam memuat naik foto seperti najis di laman Instagramnya, Datuk Aliff Syukri bertindak memadam gambar tersebut selepas dikritik netizen.
Peminat yang berang menyifatkan ia sebagai promosi murahan.
Apa tidaknya, gambar najis tanpa sebarang suntingan dikongdi secara terus di laman sosial.
Tidak memberi sebarang kenyataan, namun tindakan usahawan itu memadam foto tersebut dianggap sebagai memahami kemarahan yang diluahkan.
Foto : Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, pelakon Fasha Sandha ada memberikan nukilan buat anak keduanya, Putri Raysha Jemyma yang kini sudah pun menginjak usia 4 tahun.
Tulisnya seperti yang dipetik menerusi Instagram milik Fasha sendiri, dia berpisah dengan bekas suami, Jejai ketika usia kanak-kanak itu setahun dan ketika itu Jemyma masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
“Terjaga dari tidoq sbb Elisya baru masuk bilik tadi, sampai sekarang takleh nak tidoq, jadi nak berkarangan sikit la.
Putri Raysha Jemyma, anak dara ibu umuq 4 tahun 2 bulan. Ibu berpisah dengan dada dia masa dia umuq setahun 1 bulan, masa tu dia kecik dan tak paham apa2.
“Tapi ibu besaqkan dia dan ajar dia kasih sayang.dari dia baby dia akan ikut ibu pi bagi makan kat ikan2… setiap minggu pastu kami akan cari waktu to feed ikan di tasik,”kongsi Fasha.
Pada masa sama, pelakon Teratai Kemboja ini turut berkongsi mengenai kisahnya bersama cahaya matanya itu.
“Dia paham ibu pesan, we must share our food. Dia letak dalam otak dia. Hari ni dia ajaq ibu benda baru, kena bagi semut makan, sbb semut lapaq. Adoi tak terpikir la pulak nak bagi semut makan… dia pulak ajar ibu.
“Inilah dia anak2…, kadang2 kita rasa kita banyak ajar depa, sebenarnya depa yang banyak ajar kita tentang kehidupan.
“Ibu mintak maaf sayang, sebelum ni ibu tak dapat bagi keluarga sempurna to u and abang, tapi ibu dah ajar kita semua untuk sayang menyayangi, jangan ada benci, hormat dan hargai orang sekeliling dan alam sekitar.
“Semoga anak2 ibu membesar dengan baik, sihat dan bijak. Jemyma suka buli ibu dan buat ibu penat, tapi ibu bersyukur sbb jemyma membesar dengan bijak , sihat dan pandai jaga hati orang.
“Abang pula jarang membuli ibu.. tapi kerenah jemyma ni selalu buat ibu rindu. Walaupun ibu penat… siapa rapat dengan ibu tau la… macam mana jemyma and rayfal. They’re my world,” katanya lagi.
Malah, Fasha juga bersyukur kerana ia sebagai ibu dia mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya.
“Ibu bersyukur sbb ibu mendapat hak penjagaan untuk anak2 ibu walaupun ibu kerja penat dan ibu tak banyak waktu utk diri sendiri. Ibu bersyukur…ibu yakin … tempat anak2 adalah pada seorang ‘ibu’…
“Semoga lepas ni..keluarga kita akan sempurna diatas kehadiran keluarga baru dalam keluarga kita. Insyaallah.
“Ibu sayang Rayfal dan Jemyma, nyawa ibu.
A mother is she who can take the place of all others but whose place no one else can take,” tulisnya panjang lebar.
Lalu, apa yang dikongsi Fasha turut membuatkan netizen meninggalkan komen yang pelbagai mengenai hubungan seoranf ibu dan anak.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!