Pelakon dan penyanyi yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang, Rasimah Zaharah tiga hari lalu menitipkan rasa sedih memandangkan dua insan yang paling bermakna dalam hidupnya kini sudah tiada.
Linda memuat naik posting berkenaan sehari lalu.
“Al-Fatihah…Dua insan istimewa dlm hidup ini telah pergi Selang 4tahun je??? Tenang laa mak n Memen Di Syurga allah .. Memen jaga Mak kat Syurga ok tunggu mama pulak ke sana nanti insyaallah sygg .. Al-Fatihah Rezaimen keiflin bin azlinda 7/5/2014 dan Rasimah binti zaharah 11/1/2019,”
Rezaimen Keiflin atau lebih dikenali sebagai Memen merupakan anaknya hasil perkahwinan dengan pelumba dan usahawan, Keifli Othaman. Memen meninggal dunia setelah menderita kanser perut.
Ads
Sementara ibu Linda pun pergi mengadap Ilahi pada Jumaat lalu setelah mengalami beberapa komplikasi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA).
Penyanyi dangdut, Mas Idayu telah meraikan hari jadinya yang ke-50 tahun malam tadi bersama kawan-kawannya.
Momen indah itu dikongsikan Mas atau mesra dengan panggilan Mummy menerusi akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cintaku 100% itu turut menitipkan doa agar sahabat sentiasa ada bersamanya tidak kira susah atau senang.
“Di setiap genapnya 10 hari tahun baru, itulah hari bertambahnya usiaku hari kelahiran ku tq Allah memberi pinjaman nafas ini hingga kini, semoga mereka yang sentiasa didekatku akan selalu ikhlas syg padaku, tanpa ada keluh, kesah, dan rasa tidak ikhlas atau terpaksa menyayangi aku….
“Kerana disetiap waktu aku menerima sesiapa saja yang ingin hadir utk bersahabat, menjadi saudara islam yang sesungguhnya,”tulisnya lagi.
Anak kelahiran Kota Tinggi, Johor Bahru itu juga mahukan yang terbaik untuk sahabatnya dan moga dijauhkan dari musuh.
“Semoga dikeliling hamba tiada musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan!! Kerana hamba seorang manusia yang ikhlas menerima sahabat, untuk di jadikan saudara apa adanya …
“Hamba ikhlas walaupun siapapun menjadi teman hamba….. tq semua tq sahabat semoga anda juga ikhlas untuk bersamaku..,” tulis Mas.
Berikut adalah sekitar momen indah Mas ketika meraikan hari jadinya itu.
Pengacara, Roslan Shah berkongsi ‘screenshot’ dia membalas makian seorang individu yang dipercayai mengutuk dan mengeji dirinya di laman Instagram.
Kisahnya, kesabaran Roslan sudah ditahap maksima setelah asyik dikutuk dan dihina oleh individu tersebut.
“Hahahaha, bapak kau bapok main pondan lorong, dapat anak mulut sundal. Kesian, hahahaha. Kesian mak kau bekas bekas pelacur sebenarnya.
“Kahkahkah nak sangat kan? Ambil kau berapi mata kau dan telinga kau keluar nanah. Selamat tahun baru 2019 orang pertama kena maki hamun ya, rasakan.
“Tahun baru 2019 cik lan tak nak maki hamun dengan sesiapa pun. Tup tup IG yang bernama @ecahno tiba tiba komen nak menghina dan mengutuk cik lan dan mencabar cik lan untuk menjawab walaupun kau haters dan tak suka cik lan.
“Tak pernah cik lan komen atau kecam orang ataupun menghina orang. Inilah jawapan cik lan ya. Orang in pun komen jugak semasa pic cik lan bersama Diva AA @divaazwanavazz2019 jugak.
“MOTIF dia komen 2 Pic IG cik lan yang pic solo cik lan jugak. Apalagi ini lah bahan jawapannya.
“Orang macam ini kasi dia sedar supaya jangan sesuka hati nak kecam orang dan kacau orang walaupun kau haters supaya orang macam tidak akan kecam dengan orang lain pulak.
Pada masa sama, pengacara dan pelakon ini turut bertanya sama ada si tukang kecam itu sempurna atau sebaliknya.
“Kau tu sempurna ke, ambil kau nak sangat kecam orang kan. Hahahahahahahaha. #share3 #Love3,” tulisnya di kapsyen.
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.