Tidak dinafikan, memang ramai yang kian mengikuti drama bersiri terkini di slot Akasia, Pujaan Hati Kanda yang menampilkan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai teraju utamanya.
Selain jalan ceritanya yang menarik, tak kurang yang turut ‘terikut-ikut’ dengan gelagat dan nama watak para pelakonnya.
Malah Remy sendiri misalnya, sering saja menulis kapsyen menerusi Instagram yang ada sangkut paut dengan wataknya, Megat Danish. Malah, ada penulisan berbaur humor yang seterusnya membuatkan ramai peminat terhibur!
jom stalk beberapa posting bintang ini yang diambil menerusi Instagram
Dalam video tersebut kelihatan Aafiyah sedang asyik dan teruja menaiki kereta mainan kawalan automatik di laman rumah. Malah Aafiyah kelihatan sangat comel!
Ramai netizen yang memuji kecomelan Aafiyah di dalam video tersebut.
Untuk rekod, anak kepada penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu telah dilahirkan pada 19 Mac 2018 lalu.
Video : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang, Rasimah Zaharah tiga hari lalu menitipkan rasa sedih memandangkan dua insan yang paling bermakna dalam hidupnya kini sudah tiada.
Linda memuat naik posting berkenaan sehari lalu.
“Al-Fatihah…Dua insan istimewa dlm hidup ini telah pergi Selang 4tahun je??? Tenang laa mak n Memen Di Syurga allah .. Memen jaga Mak kat Syurga ok tunggu mama pulak ke sana nanti insyaallah sygg .. Al-Fatihah Rezaimen keiflin bin azlinda 7/5/2014 dan Rasimah binti zaharah 11/1/2019,”
Rezaimen Keiflin atau lebih dikenali sebagai Memen merupakan anaknya hasil perkahwinan dengan pelumba dan usahawan, Keifli Othaman. Memen meninggal dunia setelah menderita kanser perut.
Sementara ibu Linda pun pergi mengadap Ilahi pada Jumaat lalu setelah mengalami beberapa komplikasi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA).
Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan berbanding dua kakaknya iaitu Uqasa dan Nelydia, Raysha Rizrose diakui agak jarang berkongsi mengenai teman lelakinya, Nabil Jeffri.
Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja selepas Neelofa ini cukup senang andai ditanya rakan media mengenai gerangan lelaki yang bertakhta di hatinya kini.
Raysha menjelaskan, dia sudah mengenali kekasihnya itu lebih enam tahun lalu, iaitu sejak dia terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja lagi.
“Kami kenal sudah lama, sekitar lima ke enam tahun. Malah sebelum saya sertai Dewi Remaja lagi. Senang bersama dengannya kerana dia seorang yang memahami dan punya visi untuk berjaya.
“Soal kahwin atau melangkah ke suatu fasa serius, kami masih belum terfikir lagi sebab masing-masing tengah nak kejar cita-cita. Lagi pula, biarlah kakak saya yang selesai (berkahwin) dulu,” katanya.
Terdahulu, Nabil Jeffri atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri merupakan seorang pelumba kereta profesional negara dan terkini dia merupakan seorang wakilan kepada jenama Mercedes-AMG.
Personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri mendedahkan dia lebih selesa memendam perasaan sendiri apabila menerima sebarang kritikan sepanjang bersaing program Kilauan Emas Selebriti (KES).