Dalam video tersebut kelihatan Aafiyah sedang asyik dan teruja menaiki kereta mainan kawalan automatik di laman rumah. Malah Aafiyah kelihatan sangat comel!
Pelakon, Ramona Zam-Zam telah kehilangan ribuan gambar di akaun Instagrammya miliknya baru-baru ini.
Difahamkan, perkara itu terjadi apabila aplikasi media sosial Ramona itu dikatakan telah digodam seorang lelaki dipercayai dari Turkey.
Malah, lelaki berkenaan juga telah menutup ruangan komen bagi setiap gambar.
Bagaimanapun, bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 itu telah membuka akaun baru yang kini memiliki hampir 2,000 pengikut.
Menerusi Instagram Storiesnya pula, Ramona kelihatan tenang dan reda akan perkara yang berlaku.
“Hello hai gais, saya sedang menunggu feedback dari pihak Instagram berhubung perkara ini. Hopefully dpt balik IG yg asal. Sedihnya!!!,” kata Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam.
Terdahulu,perkara sedemikian pernah terjadi kepada selebriti lain seperti Aliff Aziz,Jihan Muse dan Janna Nick.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengenali penyanyi Azza sudah sinonim dengan panggilan ‘Azza Elite’, memandangkan dia merupakan salah seorang anggota kumpulan popular sekitar tahun 90-an itu.
Bagaimanapun, baru-baru ini Azza bercadang mahu menukar namanya dan meminta pendapat peminat untuk memberikan nama yang unik dan mudah diingati.
“Ce korang beri suggestion azza zawari ke azza rima buat masa ni kekza mcm nk gabungkan azzarimazawariofficial mcm la celebrities ada official kt blkng nyeghh tp mcm panjang pulok! over ek.
“Mana gang onion kekza nih ayuh dong tulong rokiah rumba pilih nama sat,” tulis Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari itu.
Tiket Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang telah mula penjualannya pada pukul 12.00 tengahari tadi, laku seperti pisang goreng panas!
Menurut syarikat penjualan tiket AJL33, My Ticket, tiket aras Arena yang bernilai RM55 telah habis dijual dalam masa satu jam.
Pada masa sama, Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Encik Muhamad Sufian Che Isa berkata situasi tersebut amat mengejutkan pihaknya semua kerana mereka lazimnya memberikan tiket AJL secara percuma kepada orang ramai dan kelab peminat finalis.
“Tambahan pula, semenjak pengumuman penjualan tiket ini hari Jumaat lalu, kami turut mendapat kecaman dari pihak netizen yang mengemukakan ketidakpuasan hati mereka.
“Namun, kami tetap positif dengan semangat peminat finalis dan AJL itu sendiri, Alhamdulillah penjualan tiket ini berjalan dengan lancar.
“Ini juga membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu ini masih relevan pada industri muzik tanah air dan masih menjadi kegilaan peminat meski telah mengecapi edisi yang ke-33 penganjuran.”
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Walaupun tiket arena (RM55) telah habis dijual, tiket AJL33 di Aras 3 dan Aras 4 masih dijual seperti biasa dengan harga RM35 (Aras 3) dan RM25 (Aras 4).
Para peminat AJL 33 boleh dapatkan tiket mereka di laman web www.myticket.asia.
Anugerah Juara Lagu 33 yang akan berlangsung pada 3 Febuari 2019 depan, membariskan finalis-finalis hebat seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Altimet, Haqiem Rusly, Syamel, Ara Johari, Kaer dan Amylea, serta ramai lagi.
Sekiranya para peminat ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan AJL33, mereka boleh layari laman media sosial @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter.
Mereka juga dialukan untuk menggunakan tanda pagar #AJL33 untuk menghangatkan perbualan di media sosial.
Foto: Instagram Muzik-Muzik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!