Usahawan sensasi Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil membawa bunga tangan emas 916 di majlis perkahwinan seorang rakannya, baru-baru ini.

Bunga tangan emas berkenaan dianggarkan berharga kira-kira RM500,000.

Vida, 51, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman lapor Harian Metro berkata, barangan kemas berkenaan tersebut antara koleksi terbaharunya, bagi menggantikan tas tangan.

“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.

“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.

Sebelum ini, Vida yang popular menerusi lagu I Am Me dan Ku Ikhlaskan itu juga sering dilihat menggayakan rantai dan gelang tangan emas bersaiz  dempak dengan anggaran keseluruhan RM1 juta.

Artikel Berkaitan;

‘SWIPE’ ALYPH Suskes Trending, Ulas Sebab Tampilkan Vida; “DSV Sangat Sempurna Dengan Karakter Itu.”

Baru Jer Puji ‘Sang Pari-Pari’, Diyla Tertanya Kenapa Kena ‘Block’ Vida Di Facebook; “Terima Kasih…”

Netizen Usik, Tertanya Saiz Bibir Vida

“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja.

“Orang kata ‘less is more‘ tapi konsep ‘less is more‘ saya adalah kena pakai yang besar. Tak banyak tak apa, janji kena bersaiz besar.

“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta.

“Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” katanya lagi yang turut mengupah beberapa pengawal peribadi bagi tujuan keselamatan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI