Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat berkongsi sepotong video pendek bersama penyanyi, Nourul Depp ketika mereka sama-sama bertemu.
Sajat yang kini tinggal di negara Kanggaru itu menyifatkan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Kerana Terluka berkenaan sebagai seorang yang merendah diri.
Di dalam video berkenaan, Sajat meminta Nourul menyanyikan lagu kegemarannya ketika sama-sama berada di dalam kereta.
“Khas untuk Sajat yang baik hati, yang Tuhan kasihi,” kata Nourul sebelum mengalunkan lagu.
“Sedap betul suara akak kita yang humble dan cantik tak dapat Di bawa meeting @nouruldepp. Thank you sis menyanyikan lagi untuk Sajat!
“I love you so much.. take care sis, next time kita boleh jumpa lagi,” tulis Sajat pula menerusi ruangan kapsyen.
Mereka juga sempat melakukan ‘live’ di TikTok bersama-sama.
Terahulu, Nourul berkongsi pertemuan dengan penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu di Sydney ketika bercuti di negara tersebut di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Nourul turut meminta ramai agar tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap perjalanan kehidupan seseorang dan berhenti bertanya mengenainya.
Sehingga kini, video yang dimuat naik Sajat sudah pun menerima hampir 5,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rindu Tiada Akhirnya, Zulin Aziz Ziarahi Pusara Arwah Bapa, “Setiap Tahun Aku Pegang Batu Nisan Tu Dan…”
Zulin Aziz ada berkongsi kisahnya setiap kali melawat pusara arwah bapa, Allahyarham Abdul Aziz Jaafar.
Jelasnya, dia dan keluarga tidak pernah terlupa untuk menziarahi pusara bapa tersayang setiap kali pulang ke kampung halaman di Perak.
“Setiap kali raya kami sekeluarga balik kampung di perak ziarah kubur arwah abah. Setiap tahun aku pegang batu nisan tu dan ckp dlm hati mengadu mcm2 kat abah.
“Hari ini aku sempat singgah ziarah kubur abah. Aku janji jaga keluarga baik2, ya aku janji.
“Sesiapa ternampak posting ni minta sedekahkan Al-fatihah untuk arwah ya? Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on
Lalu, perkongsian yang dimuat naik itu turut menerima dedikasi serta ucapan takziah dari para peminat dan rakan selebriti.
Foto: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Datuk Z Seorang Yang Baik Dan Banyak Bimbing Saya Dalam Uruskan Perniagaan,” – Chacha Maembong
Pelakon Chacha Maembong menafikan usahawan yang hanya dikenali sebagai Datuk Z sebagai teman istimewanya ketika ini.
Sebaliknya, pemilik nama lengkap Siti Aisyah Ismail, 24, ini menjelaskan, lelaki berusia awal 30-an itu tidak lebih sekadar rakan niaga yang banyak memberikan dorongan serta tunjuk ajar mengenai dunia perniagaan.
Malah, Datuk Z juga banyak membimbing dalam menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.
“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.
“Dia seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsikan minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta cari idea.
“Sementara dalam proses untuk melancarkan produk pertama ini juga, dia banyak tolong dalam segi pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran,” katanya.
Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Cacha sepanjang majlis selain turut mengenakan persalinan dalam rona sedondon.
Mahu mengejar impian menjadi ahli perniagaan berjaya yang boleh membantu keluarga selepas ini, Cacha pada masa sama tidak menolak Datuk Z banyak membawa perubahan positif kepada dirinya.
“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.
“Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.
“Saya mahukan kerjasama dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.
“Jadi lebih baik untuk kenalinya secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z dan ada ahli keluarga yang mengenalinya juga,” jelas Cacha.
Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.
“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.
“Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.
“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.
“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.
“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya optimis.
Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu.
CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah ‘v-shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
View this post on InstagramA post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“7% Bole Tahan Juga, Good Start,” – Jentera Kurang 10 Orang & Guna Dana Sendiri, Lando Tetap Bangga Pencapaian Di PRU15
Pelakon dan aktivis masyarakat, Lando Zawawi tetap berbangga dengan pecapaian dirinya dan seluruh jentera meskipun terpaksa akur dengan kekalahan besar di kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Lando yang bertanding dia atas tiket parti Gerakan Tanah Air (GTA), dia tidak menganggap keputusan ini sebagai satu kekalahan sebaliknya ia merupakan permulaan yang baik bagi karier politiknya.
Katanya lagi, dia bersyukur kerana berjaya meraih undian sebanyak tujuh peratus meskipun terpaksa berdepan pelbagai kekurangan ketika berkempen.
“Terima kasih kepada semua pengundi di Tanjong Karang dan semua pihak yang menyokong perjuangan kami. Pada kami, ini bukanlah satu kekalahan.
“Sebagai individu yang baru dua minggu guna logo parti, tidak menjadi ahli parti, guna bajet sendiri, melawan perikatan-perikatan besar dan jentera yang kurang daripada 10 orang, angka 7% (undian) ni boleh tahan juga. Ia permulaan yang baik,” katanya.
Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran video di aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, pelakon filem Janji Diana ini juga tetap memaklumkan dirinya akan terus menyumbangkan khidmat bakti buat para penduduk di Tangjong Karang.
“Saya salute kepada semua. Yang penting kita akan tetap komited untuk membantu terutamanya dalam hal laluan trafik sesak dan jalan berlubang di Tangjong Karang.
“Bagi tempat lain pula, kita lihat sendiri nanti kepimpinan calon mereka. Kita tengok nanti, mereka boleh ‘layan’ tak segala tanggungjawab ini,” kongsinya lagi.
Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) Zulkafperi Hanapi memenangi sebanyak 18,054 undian manakala Lando pula mendapat 3,557 undi sahaja.
Peratus keluar mengundi di kawasan itu adalah 82.33 peratus atau 51,205 pengundi.
Pertembungan di kerusi parlimen itu menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Barisan Nasional (BN), Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), PN, GTA dan Bebas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Lando Zawawi & Tik Tok Brotherhood Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI