Usahawan, Vivy Yusof menerusi laman Instagram memaklumkan syarikat miliknya telah memulakan polisi bekerja dari rumah untuk tempoh dua minggu ke hadapan sebagai reaksi kepada penularan wabak COVID-19.
Jelasnya lagi, walaupun ia bukan keputusan yang mudah kerana banyak aktiviti yang telah dirancang, namun soal kesihatan dan keselamatan tidak harus dipandang enteng.
Malah tambahnya lagi, jangan melakukan pembelian panik. Hanya beli keperluan asas sahaja supaya individu lain turut punya peluang untuk membeli.
“Today we announced a work from home policy for the next 2 weeks.
“Was not a simple decision because we have to adjust all of the activities that have been planned but above all, the health and safety of our teams cannot be measured.
Ads
“Instead of seeing the team happy about this, a lot were concerned and expressed how much they’ll miss the face to face interaction and the office culture. I honestly felt kind of sad too.
“It’s so ironic that social distancing is making us care for each other even more – I’ve never felt more love for my team than today.
Ads
“As we care for ourselves (usual wash hands, no handshakes, sanitise etc) please please please check in with your parents/grandparents/elderly neighbours and offer help so they can limit outings.
“Also when buying grocery, please do not panic buy. Just buy what is necessary so that others have the opportunity to feed their own families too. Also WASH YOUR HANDS. @fashionvaletcom #covid19,” kongsinya panjang lebar.
Tular di laman sosial apabila virus Covid-19 dikatakan boleh tersebar melalui udara, dan persoalan ini ada dijelaskan doktor viral dan hos, Dr Say Shazril menerusi satu perkongsian video dari World Health Organisation.
Menerusi perjelasan dari WHO, virus itu tersebar menerusi titisan pernafasan yang melekat di permukaan dan atas sebab itu setiap individu dinasihatkan menjaga jarak antara satu hingga dua meter.
Jelas Dr Say, Covid-19 tersebar melalui udara hanya kepada kakitangan perubatan yang terpaksa melakukan intubasi buat pesakit Covid-19 kerana terdedah secara langsung kepada faktor yang disebutkan tadi.
“Topik : COVID-19 TERSEBAR MELALUI UDARA?
First of all sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana hari ini Dewan Bandaraya & Majlis Perbandaran telah menarik balik peraturan mewajibkan pemakaian mask di supermarket. Pihak atasan dengar rintihan & suara kita peeps, syukur Alhamdullilah. Terima kasih juga @kementeriankesihatanmalaysia atas tindakan yg cukup pantas & cekap.
“Merujuk kepada topik arini, sy ada dapat beberapa dm berbunyi “doc, tau tak COVID-19 ni boleh tersebar melalui udara? Tak ke bahaya kalau kita tersedut udara yg ada virus ni?”.
“Well peeps, COVID-19 hanya boleh tersebar melalui udara kepada medical frontliners kita apabila mereka ingin melakukan prosedur2 invasive seperti intubasi. Atas sebab ini lah kenapa kita nampak mereka pakai suit tebal macam astronaut beserta penutup mata,” jelasnya.
Malah atas sebab itu, doktor itu turut menyarankan agar netizen menjaga jarak sehingga satu meter setiap kali bertemu individu lain.
Malah dia turut menasihati ramai agar kerap mencuci tangan.
“Senang kata kepada rakyat jelata CARA PALING UTAMA COVID-19 ni merebak adalah melalui titisan pernafasan (respiratory droplets) daripada batuk/ bersin mereka2 yg dijangkiti. Sebab itulah TERSANGAT PENTING kita menjaga jarak antara satu sama lain sebab virus in boleh merebak sehingga 1 meter.
“Lepas tu mesti korang nak tanya “virus ni boleh hidup pada permukaan, betul ke doc?”. Jawapannya ya akan tetapi ini bukanlah CARA UTAMA COVID-19 merebak. Atas sebab inilah juga TERSANGAT PENTING untuk kita kerap mencuci tangan.
“Semua benda yg disarankan ada tujuannya peeps. Takdelah KKM, WHO suruh kita laksanakan semua ni tanpa sebab. Betapa indahnya ilmu, bila kita tahu kenapa kita perlu menjarakkan diri, kenapa kita perlu kerap cuci tangan barulah kita mahu melakukannya dengan jitu.
“Walaupun sy tiada kepakaran dalam bidang ini tapi sekiranya sy berjaya menjawab persoalan yg bermain di pemikiran korang, cukup membahagiakan sy dah. #schoolingbysay,” jelasnya panjang lebar.
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah menitip kata ucapan buat suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo.
Difahamkan, mereka kini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25.
“25 thn i JAGA you
25 thn i KEMAS baju you
25 thn MESIN i CUCI baju you
25 thn i MASAK utk you
25 thn i MAKAN dgn you
25 thn i KETAWA dgn you
25 thn i NANGIS dgn you
25 thn i BERTEKAK dgn you
25 thn i MEMBEBEL kat you
25 thn i TIDUR dgn you
25 thn i DOA utk you
25 thn i HIDUP dgn you
25 thn i SAYANG you
“25 thn i belum rasa BOSAN dgn you. It has always BEEN YOU & it will always BE YOU.Happy Anniversary babe @jinggo_jspictures thank you for making my LIFE easier, better & happier.
“Love you my love #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya penuh makna.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.