“Jangan Borong Semua, Kesian Yang Tak Dapat Membeli Tu,” – Fizi Ali Nasihati Orang Ramai Ketika ‘Pembelian Panik’ 

Penyampai radio, Fizi Ali menasihati orang ramai agar tidak terlalu mementingkan diri sendiri ketika ‘pembelian panik’ di sesebuah pasar raya atau premis.

Fizi bersama isteri, Shakilla Khoriri terkilan apabila penggunaan troli telah habis digunapakai orang ramai ketika mereka mahu membeli barangan keperluan.

Lantas, mereka terpaksa menggunakan inisiatif lain iaitu ‘baby stroller’ sebagai ganti.

IKLAN

“Bila ramai duk tanya pasal barang makan semua dah simpan ke belum..kitaorang terus panik pergi la cari barang makan..sampai je ya allah berpusu pusu orang masuk…rasanya barang masih ada cuma beratur panjang sgt.

“Jadi kepada yang tengah shooping tu satu je pesan abam..jaga keselamatan dan ingat la orang lain yang tak beli lagi k,jangan borong semua..kesian yang tak dapat membeli tu,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Fizi merakam suasana di premis berkenaan yang dipenuhi orang ramai dan barangan keperluan dilihat semakin berkurangan.

IKLAN

Pasaraya atau premis dibanjiri orang ramai bermula semalam dalam ‘pembelian panik’ terutama bekalan makanan dan barangan keperluan susulan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 hingga 31 Mac ini.

Video : Instagram Fizi Ali