Mahu mengabadikan memori indah arwah Abam menerusi sebuah lagu, penyanyi dan komposer Ippo Hafiz menghasilkan sebuah karya indah.
Mengambil judul #Kitabaikramaisayang, ia cukup sentimental apabila menggabungkan suara dua sahabat baik, Achey dan Fad.
Jelasnya, walaupun dihasilkan dalam masa singkat, namun karya indah ini adalah hadiah buat semua peminat arwah Abam atau nama sebenarnya Allahyarham Syed Umar Mokhtar itu.
“Doa & hajat dari ramai peminat yang mahu saya hasilkan lagu untuk Arwah @abam_bocik , kita terhasil lah atas gabungan Saudara & Sahabat @acheykintangkintung & @fadbocey , Turut bersama menjayakan Proses Rakaman Music Video ialah @sissyimann yang sangat talented.
Ads
“Kami mengambil masa yang singkat & teliti untuk menyiapkan Karya indah ini buat semua. Semoga niat murni kami ini ramai yang mendoakan dan menyokong!
“Beberapa hari saja lagi Music Video akan ada semua boleh menonton & sharekan pada semua. Ramai yang menyokong tajuk lagu : #Kitabaikramaisayang. Kerna Hashtag ini di cipta oleh Arwah @abam_bocik . AL Fatihah untuk nya,” kongsinya menerusi laman Instagram.
Enam tahun berlalu, kisah tragis pesawat Malaysia Airline MH370 yang mengorbankan 239 nyawa sehingga kini masih berbekas di hati seluruh masyarakat dunia.
Penyanyi yang juga bekas pramugara, Zarul Husin membawa kisah Intan Maizura, waris salah seorang mangsa insiden MH370 yang menitipkan pesanan kepada arwah suami tercinta.
Intan yang juga bekas pramugari dan balu kepada kru MH370, Mohd Hazrin Hasnan, menasihati agar hargai insan tersayang sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
“Kalau orang itu sudah pergi, tiada apa yang kita boleh buat.Jadi apa yang boleh saya katakan, sementara orang tersayang masih hidup, hargai mereka. Sebab bila mereka sudah tiada, tiada apa yang mampu kita lakukan.
“6 tahun sudah berlalu. Tak perasan waktu pantasnya pergi..Tiada kubur.. Tiada pesan.. Tiada lagi tangisan seperti dulu, hidup mesti aku teruskan
“Allah dah janji “mati itu pasti”. Takpe, Allah ada.. Anak2 makin membesar..Mereka membesar dengan tangisan..Tak mengerti sepatah apa.
“Hanya jawapan tipu hari demi hari..Buntu nak jawab apa lagi..Sehingga kini baru Iman mengerti, mengerti tak semestinya boleh fahami tapi semuanya samar2 hingga ke mati. Lahirnya Muhammad seorang bayi yang kuat.
“Dia fahami untuk tidak menyusahkan hati ibunya yang kosong. Sedari kecil anak ini tak pernah menyusahkan, hanya tangis bila lapar, lapar dan lapar..tidurnya mudah, senyum sahaja.
“Sedari kecik sudah berdikari.. semuanya mudah berkat dari Ilahi. Sakit kuning, batuk, demam selsema, itu biasa..ke hulu ke hilir ibu sendiri.
“Janji anak kecil ini sembuh dan tak susahkan hati mommy. Aku harapkan anak2 ini sentiasa di bawah lindungan Allah yang Esa.. menjadi anak2 yang soleh supaya dapat mendoakan papa yang berada di sana.
“Tak lekang dari bibir setiap mereka menyebut papa papa papa..
Moga cinta mereka sentiasa mekar hingga ke syurga..Ya Allah, permudahkanlah segalanya. Aamiin Ya Rabbalalamin,” luahnya.
A post shared by AIRBNB HOST (@intanmaizuraothaman) on
Sekadar imbasan, pada 8 Mac 2014, sebuah penerbangan rutin harian, pesawat Malaysia Airlines MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang bersama semua penumpang dan anak kapal.
Selepas operasi mengesan lokasi MH370 tiada sebarang petunjuk, pada Januari 2015, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa kehilangan tersebut sebagai sebuah kemalangan.
Foto : Instagram Zarul & Intan Maizura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bacaan Al-Fatihah merupakan satu antara 13 rukun solat bagi umat Islam.
Di atas sebab itu, rapper Altimet mengambil inisiatif mewujudkan aplikasi Recite bagi membantu mereka yang ingin memperbaiki dan menguatkan penghayatan bacaan surah ini.
Jelasnya, pembaca hanya perlu memuat naik aplikasi Recite dan menghantar bacaan Al-Fatihah, ia kemudian akan dinilai dan dibetulkan oleh asatizah (ustaz dan ustazah) secara audio dalam masa kurang 24 jam.
“Ni ada masa lebih ni, boleh la check, betulkan balik apa yang kurang. Siapa yg rasa AlFatihah dia kurang memuaskan boleh try app kami, check AlFatihah sebanyak yg mampu.
“Guna feature #fasihalfatihah kami. @reciteapp boleh download kat AppStore & Google Play. Moga membawa manfaat,” kongsinya.
Menurut keterangan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan, membaca Surah al-Fatihah di dalam solat adalah rukun solat bagi setiap rakaat sama ada solat sunat ataupun fardu.
Dalam kata lainnya, tidak dikira solat seseorang itu sekiranya dia tidak membaca Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah perlu dibaca dengan bacaan yang betul lagi sahih dengan meraikan bacaan dengan baris yang betul berserta dengan tajwid dan makhrajnya.
Tambahnya, hendaklah bacaan al-fatihah dibaca dengan jelas melalui lidah sebatas pendengaran kita, dan tidak pula sehingga ke tahap mengganggu makmum yang bersebelahan.
Foto : Instagram Altimet & Laman Web Mufti Wilayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Jangan terpedaya! Itu bukan brand saya,”. Demikian tegas angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha apabila menyedari terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya sebagai promosi dan iklan sebuah produk pembasmi kuman (hand-sanitizers).
Sheikh Muszapahar turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan tersebut yang mahu mengaut keuntungan semata-mata dengan menggunakan wajah individu ‘public figure’ atau selebriti tanpa pengetahuan.
“Pic – Jangan terpedaya …
“This is not my brand and I don’t endorse them.
“Jangan tertipu oleh banyak produk palsu di luar sana.
“Only buy reliable big brands to ensure effectiveness …. not one endorsed by celebrities or unknown brand.
“This is surely not the time to exploit others .
“Salam Everyone, Just sharing ….
“PS – Many DM me being sold on FB and I’m giving my response,” tulisnya.
Dalam masa sama, Sheikh Muszaphar menyifatkan bahawa individu terbabit mengambil kesempatan terhadap orang ramai kerana kekurangan produk tersebut di pasaran.
Foto : Instagram Dr. Sheikh Muszaphar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.