Pelakon versatil, Fasha Sandha kini telah mencecah usia 36 tahun pada 28 Mac lalu.
Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan tetap menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan secara bersederhana.
Sambil disertai ahli keluarga, posting bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut mencuri perhatian apabila dilihat hanya mengenakan baju kelawar ketika menyambut ulang tahun kelahiran.
“Sambut birthday pakai baju kekawaq cara #stayhome #dudukrumah #nomakeup.
Ads
“Simple sangat tapi meaningful
Terima kasih suamiku dan keluarga, love you#fashasandhaturns36 ,” tulis ibu kepada dua cahaya mata ini.
Pelakon dan pelawak, Ain Sufia hari ini berkongsi mengenai status kesihatan bapanya yang baru-baru ini dikejarkan ke Hospital Serdang dari Hospital Seremban, Negeri Sembilan bagi menjalani prosedur pembedahan membuang batu karang di kedua-dua belah buah pinggangnya.
Kongsinya menerusi Instagram, pembedahan yang dijalankan pada Khamis lalu tidak berjaya. Lalu, keadaan bapanya perlu dirujuk kepada pakar di Institut Kanser Malaysia (IKN).
“Salam semua. Terima kasih atas doa semua utk Abah. Saja nak share kat semua yg mendoakan Abah, operation yg abah buat Khamis lepas di Hospital Serdang TAK BERJAYA.
“Abah perlu di refer kpd yg lebih pakar di Institut Kanser Negara (IKN) tapi doc pakar tersebut tiada selama seminggu jadi doc Hospital Seremban buat keputusan cepat utk buat saluran kencing sementara di buah pinggang abah sblh kanan supaya tak jadi lebih teruk utk elakkan dpd dialisis.
“Buah pinggang sblh kiri mmg dah rosak dan juga ada batu karang. Jadi doc hanya fokus yg sblh kanan,” jelasnya.
Sambil mengharapkan yang terbaik buat bapa tercinta, bekas peserta Skool of Lawak ini juga turut mendoakan agar kita semua dilindungi daripada sebarang wabak dan penyakit berjangkit.
“Sementara tggu date drpd IKN abah tak boleh keluar dpd hospital lg sbb air kencing dpd saluran tu masih berdarah dan perlu diberi perhatian.
“Hari ni dah 8 hari lah abah kat hospital dan Umi yg teman abah. Ada yg ckp gilir2 lah ngn Umi tu. Kami adik beradik setelkan hal2 rumah, bawak dan masak makan minum Umi, bwk Umi blk mandi rehat dan tak perlu lah nk disenaraikn semua kat sini.
“Allah dah susun dgn baik. Insyaallah. ‘You are not in our shoes’.
“Doakan semua urusan Umi Abah di hospital dipermudahkan, batu karang abah pecah dan boleh keluar ikut saluran yg dibuat dan doc diberi petunjuk dpd Allah utk buat yg terbaik dlm rawatan abah.
“Semoga kita semua dilindungi dpd wabak penyakit, penyakit berjangkit. Aminnnn,” pohon Ain.
Menolak kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini sementelah ramai rakan selebriti lain memilih tahun 2020 untuk bergelar raja sehari, Syafiq Kyle memberitahu meski dia memasang niat untuk berkahwin, namun dia perlu membuat persediaan mental sebelum menjadi ketua keluarga.
Jelasnya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 Rico Rinaldi, dia punya impian untuk disatukan sebagai suami isteri, namun kekangan masa dan ilmu sebagai ketua keluarga harus dipelajari terlebih dahulu.
“Ibu dan bapa saya berpesan, kalau berkawan dengan wanita, yang penting kalau tiada duit nak kahwin kena pasang niat untuk berkahwin. Dan saya sudah pasang niat tapi tak kahwin lagi.
“Saya kena hormat waktu pasangan saya dan dia pun kena hormat masa saya. Dan ibu bapa membiarkan kami membuat keputusan sendiri.
“Kami bekerja dalam bidang ini dan waktu pun tidak menentu. Apa yang saya perlu buat ialah sediakan diri terlebih dahulu untuk menjadi ketua keluarga dan suami.
“Banyak tanggungjawab sebelum saya nak menjaga anak dara orang. Itu lagi penting daripada saya fikirkan bila nak kahwin,” jelasnya kepada MH.
Terlepas peluang menjadi tahun 2020 sebagai tarikh keramat, aktor popular ini berseloroh memilih tahun 2022 sebagai tahun untuk menamatkan zaman bujang.
“Kalau 2020 bila ada tarikh yang cantik lagi ya? Mendirikan rumah tangga merupakan impian setiap lelaki. Saya ada impian dan niat untuk berkahwin.
“Ada lagi tak tahun yang cantik? Mungkin 2022?,” seloroh bintang Nur ini.
Dalam perkembangan lain, Syafiq Kyle berkolaborasi dengan pereka terkenal, Rico Rinaldi untuk keluaran baju kasual raya lelaki dan perempuan dengan tema Summeraya 2020.
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19, ramai pihak berkerjasama di dalam meringankan beban dengan menghulurkan bantuan kepada masyarakat.
Pelakon jelita, Anzalna Nasir misalnya ada memaklumkan ingin memberi bantuan berupa keperluan anak kecil seperti susu dan lampin pakai buang kepada yang terlibat.
Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir menyifatkan keperluan tersebut sangat penting khasnya bagi mereka yang memiliki anak kecil.
“Sangat bersyukur dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan tak salah sekiranya kalau kita juga membantu mereka yang memerlukan.
“Anzalna dan keluarga ingin berkongsi rezeki nak belanja susu dan diapers untuk keluarga yang dalam kesempitan.
“Please DM atau comment di bawah. Tolong jangan private kan page. Thank you! #KitaMemahamiSusuDanDiapersSangatPentingSejakAdaAnak #JanganPrivatePage,” tulisnya.