Mengakui kerap menerima mesej daripada netizen yang mengesyorkan dirinya agar dia memperbaiki giginya, Usop sebaliknya memaklumkan dia berbangga dengan keadaan gigi sedia adanya.
Malah atas sebab itu jugalah, dia lebih dikenali dan memudahkan urusannya mencari rezeki.
“Benda ni selalu orang dm…Nak cakap sikit ja saya bangga ada gigi macam ni…sebab gigi saya la orang ramai kenai saya and alhamdulilah dengan gigi ni la saya cari rezeki,” jelasnya jujur.
Beberapa bulan lalu, pelakon Amyra Rosli mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil dengan imej berhijab, menutup aurat.
Lalu bintang ini memberikan pencerahan memandangkan mungkin ada yang keliru dengan watak sebagai wanita bertudung yang pernah dibawa.
“Mungkin ramai yang keliru dengan penampilan saya yang sekaran ini (berhijab) kerana ia seiring dengan lakonan drama saya kerana saya memegang watak bertudung.
“Apabila saya bertudung, orang akan fikir saya hanya promosikan dama tersebut dan ada juga yang cakap ketka itu saya baru pulang dari Mekah.
“Jadi saya tak nak cakap banyak-banyak, cukup sekadar mereka tahu perkembangan saya di media sosial.
“Apa yg boleh saya katakan adalah sekarang ini saya masih belajar dan banyak lagi benda yang saya perlu dalami,” kongsinya menerusi video di Zayan.My
Menurut pelakon drama Cemburunya Seorang Perempuan itu, ada kalanya dia bertanyakan pendapat suaminya, Amar Baharin mengenai penampilan terbarunya itu.
“Saya selalu bertanya pada dia, nak berjalan dengan isteri yang free hair atau bertudung, tapi Alhamdulillah, saya mempunyai suami yang sangat supportive.
“Masa saya free hair dulu, saya bukanlah seorang yang seksi. Kalau baju saya ternampak apa yang tak patut terdedah sana, sini , dia akan tegur cara pemakaian baju itu supaya tutup sikit.
“Dari situ saya tahu dia seorang suami yang menjaga isteri dia. Jadi saya mahu menjaga suami saya di akhirat kelak untuk sama-sama samapi di sana,” kongsinya jujur.
Pelakon Hafreez Adam mengakui hubungannya dengan tunang yang juga pelakon, Zara Zya ketika ini sedang dilanda dugaan.
Bagaimanapun, dirinya yakin untuk mengawal situasi yang berlaku secara matang.
“Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini.
“Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Dalam pada itu, Hafreez juga sudah tidak lagi mengikuti Zara di platform Instagram.
Hafreez seperti yang dilapor menjelaskan, tiada istilah sudah putus tunang atas apa yang berlaku.
Sebaliknya, ia dibuat bagi memastikan dirinya tidak menerima sebarang tekanan berkaitan dengan hubungan yang sedia terjalin.
“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.
“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram.
“Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya lagi.
Pada masa sama, bekas finalis Hero Remaja 2011/12 itu turut mendedahkan, dirinya pernah berdepan dugaan bertunang apabila ada cubaan untuk merosakkan hubungannya dengan Zara.
Jelas Hafreez, sebelum menjalinkan ikatan pertunangan, mereka tidak pernah bergaduh.
“Sepanjang dua tahun bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi.
“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang,” akhirinya.
Terdahulu, Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.
Keduanya difahamkan sudah menjalin hubungan cinta kira-kira dua tahun sebelum ke fasa pertunangan.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.