Tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila bintang Ipman, Donnie Yen mengikutinya di laman Instagram, Hairul Azreen hal itu menerusi video yang dikongsi.
Bintang berkenaan ada berkunjung ke negara ini bagi mempromosikan filem IP Man 4 yang terkini.
āIm speechless @donnieyenofficial follows my instagram. Thank you so much sifu,ā tulisnya.
Pada masa sama dalam menerusi posting terdahulu, pelakon Wira ini turut memuat naik beberapa keping foto dan video sewaktu bertemu superstar Hong Kong itu sewaktu tayangan perdana Ipman di Kuala Lumpur.
Ads
Donnie Yen turut meninggalkan komen menyatakan hasrat untuk bekerjasama di masa akan datang.
āThank you @donnieyenofficial, it is such a great honour to meet one of the world greatest action star yet a very humble person.
Ads
āGrowing up with his movie and i still canāt believe that i had a chance standing next to him. Who knows maybe one day we will be standing next to each other in a movie… one fine day.
Azhan Rani ada berkongsi rakaman video kanak-kanak di Muslim Uighur memanjatkan doa memohon agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan Allah SWT.
Kanak-kanak ini turut menangis memohon agar ibu bapa tidak dipisahkan daripada anak-anak dan negara mereka terus dilindungi.
Doa tulus si kecil ini turut merentap hati penonton yang turut mengalirkan air mata sambil menadah tangan kepada Yang Maha Esa.
āKita menangis kerana doanya.. dan mereka terus meratapi kezaliman manusia.
āMereka sedang dizalimi.. dunia hanya memerhati dan ambil sikap tak peduli. pak menteri kata berita palsu.
āDunia terus membisu dan membatu maka kita terus sibuk lagi bertelagah sesama kita, isu2 penunggang agama selebriti yang tak habis2 mencalar dan merobek kesucian agama kita, pak lebai, pak ustaz topeng yang mengketedarah duit jemaah umrah dan haji sedang hasrat mereka ke tanah suci terkubur begitu saja dek nafsu serakah mereka yang memperdagangkan agama.
āJuga segala jadah jenayah di mahkamah yang kita baca melibatkan mereka yang menjerut kita bernafas selesa.
āKisah2 mereka yang diapaparkan dihentam diterajang kerana dikatakan menjatuhkan islam. namun tanpa teguran tanpa mengakui segala kepincangan diri sendiri bersediakah kita menghadiahkan generasi kita menghadapi tragedi seperti ini?ā luah pelakon hebat ini.
Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi netizen di ruang komen. Rata-rata berdoa agar umat Islam Uighur mendapat pembelaan sewajarnya.
Terdahulu, media antarabangsa melaporkan kumpulan hak asasi manusia sebagai berkata, lebih sejuta orang Uighur dan umat Islam lain ditahan di pelbagai kem di Xinjiang untuk menyeragamkan populasi itu bagi mencerminkan budaya orang Han di China.
Saksi berkata, China memaksa etnik Uighur tidak meneruskan amalan Islam seperti berpuasa pada Ramadan, tidak mengambil alkohol dan daging babi.
Foto : Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pelakon versatil Datin Diana Danielle ada berkongsi cerita bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengimbau kembali kenangan dan kisah ketika dirinya masih bujang dan belum berkahwin.
Menurut aktres jelita ini, dia amat mengemari kasut tumit tinggi sebelum melalui fasa perkahwinan dan situasi berkenaan berubah selepas dia mendirikan rumah tangga.
āSo true!!!!! Dulu waktu single tak nak keluar kalau tak pakai 5 inch heels.
āsekarang, kalau nampak heels nak baling dalam tong dan bakar!,ā tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut pelbagai reaksi terhadap perkongsian bintang Gol & Gincu Vol 2 itu.
Untuk rekod, Diana dan suaminya, Datuk Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.