Rapper dan usahawan, Caprice meluahkan rasa syukur kerana sudah pun selesai mengerjakan ibadah umrah.
Malah, Caprice turut berkongsi beberapa momen bermaknanya saat berada di tanah suci.
“Alhamdulillah just completed umrah. One thing this trip has taught me is to jaga solat no matter what.
“Jujur, caprice jarang sampai masjid awal kalau dekat KL. Kat sini… kita yang kejar azan siap sampai awal just to make alot doas and reflect on life. Maafkan kami.
“Goodbye Makkah for now.. im otw to visit our Rasullulah in Medina,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
Perkongsian tersebut nyata menerima reaksi yang pelbagai di kalangan para pengikutnya.
Menerusi posting sama, Caprice memaklumkan dirinya akan meninggalkan Mekah dan akan mengunjungi makam Rasulullah SAW di Madinah.
Mengabadikan momen sepanjang tahun 2019, bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini berkongsi hasratnya yang tergendala tahun ini.
Katanya, cita-cita untuk menunaikan umrah di Tanah Suci terbantut kerana ketika itu sedang sarat hamil anak sulung pada bulan Jun lalu.
“Semalam ain baca balik ‘ achievement goals ‘ yang dah tercapai dengan belum tahun 2019.
“Salah satu nya nak pi umrah sepatutnya bulan 6 haritu tapi takpi sebab dah sarat.
“Korang tolong doakan semoga tahun 2020 ni ada rezeki ain dengan anak dapat jejakkan kaki ke rumahNya insyaAllah . Dan semoga korang pun dapat jejakkan kaki ke sana,”tulisnya.
Genap 44 hari kelahiran permata sulung Ika Nabella dan Muhammad Zaid Aznam dilahirkan, pasangan ini telah mendedahkan wajah penuh wajah putera cilik mereka.
Memilih nama Muhammad Noah Zayn, bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.25kg pada 23 Oktober lalu turut memiliki akaun Instagram tersendiri.
Malah, ia sudah mencecah lebih 4,000 pengikut.
Sementara itu, Ika bersyukur kerana permata yang ditunggu-tunggu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga pada Julai 2016, dianugerahkan anak yang sihat dan sempurna.
“Assalamualaikum everyone! So this is @muhammadnoahzayn the love of my life.!
“I’ve been calling him “zuriat Mommy”. Dok tak dok.
“Seypa mulut chup chap chup chap ni zuriat Mommy lapaq kaaa? mau nenen ka?” “Awat teriak zuriat Mommy? Sapa kuteyyyy chek”?
“Tara tu punya la cewiiii beranakkan seketoi Noah Zayn ni anak soleh ni . Aihhh sayangnyaaaa lahai! Semoga Allah berkati kehidupan anak2 kita semua. Aminnnn,” tulis Ika.
Selebriti versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim tidak menyangka video yang memaparkan dirinya menyanyikan semula lagu hitsnya, Kini Kau Tiada bersama komposer, Brandon Lim (MFMF) mendapat perhatian banyak pihak.