Processed with VSCO with b1 preset

Awal pagi ini, Abby Abadi memaklumkan berita mendukacitakan apabila anak bongsunya yang dilahirkan secara pra-matang, Muhammad Danial Firman telah meninggal dunia pada Sabtu, 7 Disember 2019.

Berita itu dimaklumkan bintang Gerak Khas ini menerusi Instagram.

Abby dan suaminya, Faizal Zakaria ketika ini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Sambil memohon keaampunan atas pemergiaan permata hati, Abby turut memberitahu jenazah anaknya itu akan diuruskan selepas Subuh.

“Baby D, Tarik Mama Abah masuk syurga nanti ye sayang.

”Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faizal telah pergi meninggalkan kami. Maafkan Mama Abah sayang.

”Pak Ngah & Mak teh & Pak Tehnya akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaALLAH akan dikebumikan di Tanah Perkuburan ISLAM AU4, Lembah Keramat.

IKLAN

“Ini video terakhir sebelum kami tinggalkan dia utk menunaikan Umrah khamis 5/12 haritu. Maafkan Mama Abah sayang,” tulisnya pada satu entri yang merakamkan video pendek anaknya.

“Tarik Mama Abah Ke Syurga Nanti,” – Abby Abadi Maklum Baby D Meninggal Dunia Pada Usia 72 Hari

Sementara itu, suaminya turut memaklumkan berita sama dan reda atas ketentuan Illahi.

“Tarik Mama Abah Ke Syurga Nanti,” – Abby Abadi Maklum Baby D Meninggal Dunia Pada Usia 72 Hari

IKLAN

Serentak dengan pekongsian berkenaan, para peminat serta golonngan selebriti tidak putus-putus sedekahkan Al-Fatihah serta mengharapkan agar Abby dan suami reda atas ujian menimpa.

Imbasan, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan mencecah enam bulan.

Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan pada 27 September lalu selepas mengalami ‘turun darah’ atas bacaaan darah tinggi yang meningkat.

IKLAN

Sejak itu, Abby kerap berkongsi situasi terkini bayi lelakinya itu menerusi media sosial.

Pada tahun 2017 lalu, Abby juga pernah alami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Al-fatihah dan salam takziah buat Abby Abadi sekeluarga.

Foto: Instgram Abby Abadi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI