Processed with VSCO with b1 preset

Siapa sahaja yang tidak kenali penyanyi Elizabeth Tan yang terkenal dengan lagu Knock-Knock, Polis Entry dan Semua Sudah.

Mula aktif berlakon, namanya juga sering terkait dengan penampilan yang dikatakan seksi.

Dilabel dengan persepsi sedemikian, penyanyi berusia 26 tahun ini memberikan penjelasan.

“Saya tak rasa yang Saya seksi. Bagi saya, untuk melabelkan seseorang itu seksi dia mesti miliki tubuh badan yang cantik dan menawan.

“Macam kalau tengok badan saya tak cukup berisi dan kurus untuk menjadi seorang yang seksi?

IKLAN

“Tapi kalau ada yang kata saya seksi, mengatakan saya sering dedahkan kulit, saya selalu cakap kalau mereka boleh sokong artis Kpop, Hollywood dan sebagainya mereka semua sama sahaja. Jadi apa beza mereka dengan saya?,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, bintang Misteri Delaila ini juga tidak menyifatkan pandangan tersebut sebagai suatu kecaman.

“Kalau mama saya okey dengan gambar yang dimuat naik di media sosial, saya pun okay saja.

IKLAN

“Tambahan pula, memang tidak boleh nak kawal apa orang lain nak cakap.

“Kalau nak cakap seksi cakap sajalah dan tak anggap itu semua sebagai kecaman,” kata bintang yang mesra disapa Lizzy ini.

Dalam perkembangan lain, Lizzy telah pun melancarkan single terbaru yang berjudul Shh pada 6 Disember lalu.

IKLAN

Single tersebut nyata mendapat reaksi positif pencinta muzik.

Terdahulu, Lizzy ditemui pada lokasi terakhir siri konsert jelajah JIMBAFEST yang berlangsung di Dewan Platinum Melati, Kolej Melati UiTM Shah Alam, pada Selasa.

Selain Lizzy, rakan artis lain seperti Datin Alyah, Aizat Amdan, Sissy Iman, Awi Rafael, De Fam dan ramai lagi turut membuat persembahan di konsert berkenaan.

Foto: Instagram Elizabeth Tan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI