Kini muncul dengan single terbaru berjudul Sakit yang mendapat maklum balas positif di kalangan pencinta muzik, Achey dilihat turut menitipkan ucapan istimewa buat isteri, Nor Hasanah Yahaya.
Kongsi Achey, wanita berkenaan sentiada ada sisi dan menjadi pembakar semangat paling kuat buat diri, selain ibu tersayang.
“Selain mak saya.. dialah wanita yang sentiasa ada saat saya sering memerlukan perhatian.
”Dia kebanyakannya menonjol saat sukar, disaat kejayaan, kata2 tahniah dia yang saya tunggu kerana dia saksi setiap tugas saya dan bagaimana saya menjalankannya.
Ads
”Dia tau walaupun saya tidak mengadu,dia tau. Yea dia tau #sakitnya, dia selalu jugak berkata keyakinan untuk menonjol di samping saya agak kurang dek kerana rupa paras.
”Tapi alhamdulillah dia dihiasi dengan sikap yang ikhlas… tq @anne_achey love u,” tulis Achey.
Pada masa sama, pelawak ini turut merakam momen video yang dimuat naik.
Ads
”Masa ni g event permotoran yang ada bagi y15r banyak giler tu, kat maeps serdang.
“Apa ke nama nya… kriss je kita pepah… tq semua sahabat permotoran malaysia dan rakyat malaysia,” maklum Achey lagi.
Pelakon, Azar Azmi kini telah sah bergelar tunang dengan jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang penerbit filem, pada petang Ahad.
Menurut sumber Harian Metro, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi mengikat tali pertunangan bersama seorang duda anak dua.
Bintang berusia 30 tahun itu memaklumkan bahawa sudah mengenali jejaka tersebut lebih 5 tahun yang lalu dan merancang untuk mengikat tali pertunangan selama setahun.
Melihat di ruangan komen Instagram milik bintang drama Nur 2 ini, rata-rata peminat memberi ucapan tahniah kepada Azar.
Majlis pertunangan serba ringkas itu diadakan secara tertutup di Mesra Avenue, Keramat.
MH mengucapkan tahniah kepada Azar dan semoga selamat melayari fasa pertunangan.
Dewi Remaja 2019 telah melabuhkan tirai malam tadi apabila peserta dari Kuala Lumpur, Shaza Bae diumum sebagai juara yang bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selain senarai pemenang yang menjadi perhatian, jom ikuti 10 corat-coret menarik sepanjang Dewi Remaja 2019!
1. Pembukaan majlis dengan persembahan dari artis BBNU iaitu Andi Bernadee dan Ismail Izzani.
Mula menyanyikan lagu nyanyian masing-masing, Donde dan Bidadari selain lagu duet terbaru, Hello.
Sekali gus, memperkenalkan finalis Dewi Remaja 2019.
2. Persembahan Ruffedge dengan lagu Da’Bomb menghangatkan pentas dengan memperkenalkan top 12 Dewi Remaja 2019. Nyata menggamit memori!
3. Kemunculan kumpulan De’Fam beraksi dengan bertenaga membuatkan penonton terpukau dengan persembahan mereka dengan lagu terbaru,Panas.
Mungkin ramai tertanya-tanya di mana lagi seorang anggota kumpulan ini iaitu
Azira Shafinaz?
Rupanya… Azira kini sedang bercuti di luar negara bersama keluarga tercinta.
4. Tidak patah semangat apabila jatuh tersungkur sebanyak tiga kali ketika catwalk di sidang media Dewi Remaja, Farzana Zainul atau Zaza kali ini tampil berkeyakinan di pentas akhir Dewi Remaja 2019.
You go girl!
5. Kamal Adli menggalas tugas sebagai co-host, bergandingan dengan pengacara tetap program itu iaitu Amelia Henderson.
Malah, juara Hero Remaja 2007/2008 ini kelihatan spontan dan bersahaja ketika mengacarakan program ini.
Adakalanya, mencuit hati juga. Betul tak?
6. Dr Soo Wincci selaku juri jemputan telah memberikan komen bernas kepada kelima-lima finalis.
Malah, Ratu Cantik Malaysia/World 2008 ini juga tampil cantik dengan busana berwarna hitam yang tampak elegan.
Wincci yang juga pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan
doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia ini tidak lekang dengan senyuman saat program ini berlangsung.
7. Mencipta kelainan sepanjang Dewi Remaja selama tiga dekad ini, finalis Syamira Izzati satu-satunya finalis berhijab yang berjaya ke peringkat akhir.
Dinobatkan sebagai tempat keempat, anak kelahiran Selangor ini membawa wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.
8. Diberikan tugasan khas, finalis ini tampak tenang apabila menjawab soalan dari juri.
Meski ada yang kelihatan sedikit gugup, namun mereka berjaya menjawab soalan yang diberikan.
9. Antara selebriti yang pernah menyertai Dewi Remaja sebelum ini turut memberikan semangat kepada finalis.
Antara yang hadir, Ramona Zamzam, Fify Azmi dan Datin Rebecca Nur Islam. Kemunculan Juara terdahulu, Raysha Rizrose turut mencuri perhatian!
10. Mahkota kemenangan disampaikan oleh Scha Al-Yahya selaku juri tetap program itu kepada juara, Shaza Bae.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui berdepan dengan masalah kewangan baru-baru ini hingga dirinya hampir mahu membuat pinjaman dengan along.
Jelasnya seperti yang dipetik Harian Metro, dia merancang untuk berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang bagi menjelaskan sewa rumah dan kehabisan duit poket.
Bagaimanapun, bapa tunggal ini bersyukur kerana ia tidak berlaku.
“Saya hilang punca pendapatan apabila kumpulan OAG berehat daripada membuat persembahan. Malah, fikiran saya juga tidak menentu membuatkan semuanya jadi kucar-kacir.
“Ditambah pula dengan hutang sewa rumah dua bulan tidak berbayar menyebabkan saya terpaksa menghubungi beberapa syarikat pinjaman wang tidak berlesan untuk meminjam RM10,000 namun bersyukur Allah melindungi saya apabila permohonan itu tidak diluluskan,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, Radhi ditemui media pada majlis sidang media Tempatan Fest Universe 2019, pada Khamis.
Sementara itu Radhi turut menjelaskan, dia bersyukur kerana ketika dirinya buntu memikirkan soal kewangan, dia bertemu dengan insan tepat pada waktu, atas kehendakNya.
Malah, kerjaya seninya juga akan lebih tersusun selepas ini apabila bakal diuruskan syarikat sama.
“Bayangkan ketika tertekan untuk mencari duit, Allah hantar individu yang memiliki syarikat percetakan dan berbesar hati membantu saya menjual baju eksklusif kumpulan OAG, The Last Chapter.
“Alhamdulillah, dalam tempoh dua minggu baju itu sudah terjual dan saya dapat membayar beberapa hutang yang tertunggak. Insya-Allah syarikat Famsy ini juga akan menguruskan kerjaya seni saya selepas ini,” akui Radhi.
Dalam perkembangan lain, Radhi memberitahu dia bersama anggota kumpulan OAG lainnya iaitu Amal (gitar), Qi Razali (dram) dan Nazrin (gitar) bakal menghangatkan konsert Tempatan Stage pada 28 Disember ini di Strand Mall, Kota Damansara.
Radhi menjelaskan, persembahan terbabit akan menjadi yang terakhir buat kumpulan berkenaan apabila mereka difahamkan bakal membawa haluan masing-masing selepas ini.
“Konsert ini akan menjadi sebuah acara yang sangat istimewa. Ia akan menjadi persembahan terakhir kami sebelum membawa haluan sendiri.
“Secara peribadi saya merasakan sudah tiba waktunya kami fokus untuk kerjaya solo memandangkan setiap anggota ada perancangan tersendiri,” akhiri Radhi yang bakal mempunyai single sendiri tidak lama lagi.
Foto: Instagram Radhi OAG
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.