Hanya dengan sekali lafaz Mohamed Amirul Yunus selamat menjadi suami kepada pelakon Farah Nabilah pada majlis pernikahan yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Royal Chulan, Damansara disini jam 9:04 minit malam.
Pasangan itu dinikahkan bapa Farah, Datuk Saipuddin Ahmad dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu, termasuk keluarga dan kenalan terdekat.
Pada majlis itu, Farah menerima mas kahwin sebanyak RM1000 dengan berbalas tujuh hantaran masing-masing.
Ads
Sementara wang hantaran pula sebanyak RM77,777.77.
Ads
Bertemakan Melayu Tradisional, pasangan sama cantik sama padan ini tampil mengenakan busana berwarna putih.
Ads
Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi pada 28 Disember (belah lelaki) dan 5 Januari depan (belah perempuan).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nor Albaniah Raffie akui dia sering kali menerima watak sebagai wanita kampung, berpenampilan tidak menarik atau sebagai orang sakit di dalam kebayakan naskhah drama yang dilakonkan.
Jelas pelakon berusia 48 tahun itu lagi, dia bagaimana pun tidak kisah dengan watak tersebut dan menerimanya dengan positif.
Malah cuba untuk galasnya sebaik mungkin.
“Aku selalu dapat watak buruk, kampung, sakit. Aku tak kisah. Sebab watak tu. Aku terima.
“Dan aku sangat suka… Aku tidaklah secantik org2 lain yg skrg ini diperlukan. peace…yooooi!” tulis Albaniah menerusi Instagram miliknya.
“Jangan show off,jangan sombong”. Itu antara pesanan isteri penyanyi Black,Naquia Yasirah Mohd Khairi buat suaminya itu.
Mesra disapa Cira, dia sentiasa mahukan yang terbaik buat suami dan keluarganya agar tidak terlalu bermewah-mewahan dalam kehidupan.
“Hari2 aku pesan kt laki aku, jangan show off, jangan sombong, kena ada saving, jangan membazir, Kita xtau lagi kedepan.
“Low profile lagi bagus dari menunjuk2.. Ada masalah, ada duit ka x, org pun xtau…
“Tak perlu tunjuk apa yang kita ada cukup sekadar bersyukur. Manusia skg mmg tunggu nak tepok tangan jaa.
“Dan terus dia perli ajak aku naik kancil, tapi aku ok.. sbb bukan keta pinjam, minyak pun jimat. awat icon peace tu itam,” kongsi ibu kepada dua orang anak itu.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, yang telah sah bergelar suami kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz pada pagi Ahad, 22 Disember 2019 di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.
Issey dan Noor Aimi dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran.
Majlis tersebut disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!