Perkongsian isu kekeluargaan penyanyi senior, Noorshila Amin menerusi program Gegar Vaganza 6 (GV6), memberi inspirasi buat ramai orang untuk lebih menghargai keluarga dan adik-beradik.

Malah, pendedahannya itu sebolehnya boleh menjadi pengajaran yang boleh dimanfaatkan.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Noorshila yang sinonim disapa Mama mengakui sudah lama terdetik rasa rindu untuk kembali berada dalam satu institusi kekeluargaan yang harmoni seperti sebelum ini.

“Pengajarannya di sini, walau anda rasa sangat hebat, orang kata macam kaya berbanding adik-beradik yang lain, tapi kekeluargaan itu anda akan rindu.

“Meski rasa macam tidak mengapalah aku ada suami dan anak-anak. Itu yang saya buat dulu. Tapi jauh di sudut hati, saya rindui mereka.

“Itulah momen yang sangat tenang. Selama 20 tahun saya simpan, hanya dalam beberapa saat… Saya rindu sangat pelukannya. Kepada semua, kembalilah kepada keluarga anda,” katanya kepada MH.

IKLAN

Noorshila pada masa sama turut memberi peringatan agar menghargai dan menjaga ibu dengan sebaiknya.

“Saya tahu masing-masing ada ego. Akan tetapi ia akan terdetik rasa rindu pada hati. Sebabnya, ia sangat peribadi. Apa pun, kalau ada ibu jagalah dia.

“Kepada anak lelaki, ibu adalah keutamaan. Bukan isteri anda. Ibu hingga ke hujung nyawa. Dahulukan ibu.

IKLAN

“Allah sudah berjanji, kalau ibu yang anda angkat insyaAllah rezeki akan melimpah kepada kita semua,” jelasnya.

Ditanya siapakah yang memulakan usaha untuk berbaik, Noorshila akui sebagai adik, dia terlebih dahulu cuba menjernihkan situasi.

“Sudah tentulah saya, dia abang saya. Malah saya sendiri tidak sangka kalau nak diikutkan sudah 20 tahun.

IKLAN

“Sebab itulah saya peluknya dan dia beritahu saya, ia raya yang sangat bermakna baginya,” akui Noorshila yang turut mengakui masing-masing perlu mengucapkan maaf andai ada khilaf.

Terdahulu, bintang ini ditemui media pada sidang media GV6 yang turut menyaksikan namanya dan Wann diumumkan sebagai peserta tersingkir dalam saingan separuh akhir program hiburan berkenaan.

Ikuti temu bual penuh mengenainya di sini;

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI