Linda Rafar sehari lalu ada berkongsi pengalaman menjaga salah seorang anak lelakinya, Syed Rezariiq yang telah pun selamat menjalani proses berkhatan dan sedang dalam tempoh pantang.

Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Rafar, 41, memaklumkan, momen menjaga anaknya itu seperti mengingatkan dirinya sewaktu menjaga arwah Memen di hospital tidak lama dulu.

“Terpaksa Tunda holiday.. Dlm proses menjaga org berpantang sunat.. mcm2 dugaan lepas bersunat ingat sunat x nangis,balik kira dah selesai.

“Rupanyaa balik habis ubat bius trus ngerang nangis.. mama takleh nk tido.. trus terflashback jaga arwah memen masa kat hospital.

IKLAN

“Now still proses berpantang, jaga mkn, minum, bilik xleh sejuk sgt or panas sgt.

“Standby la air,cookies bila tgh mlm mintak mkn, bukan senang ye nk lalui proses ni..lain org lain dugaan.. jom share anak2 yg dlm berpantang sunat.

“Ada x lalui sama mcm linda lalui?? Teka mme satu yg bersunat tu @rezaqiib_  @rezaliif_  @rezariiq68 @syedaiman75  #CQF #SunwayLagoonMy,” tulis Linda.

IKLAN
View this post on Instagram

Terpaksa Tunda holiday.. Dlm proses menjaga org berpantang sunat.. mcm2 dugaan lepas bersunat ingat sunat x nangis,balik kira dah selesai.. rupanyaa balik habis ubat bius trus ngerang nangis.. mama takleh nk tido.. trus terflashback jaga arwah memen masa kat hospital🤭.. Now still proses berpantang,jaga mkn,minum,bilik xleh sejuk sgt or panas sgt.. standby la air,cookies bila tgh mlm mintak mkn..🤦‍♀️.. bukan senang ye nk lalui proses ni.. lain org lain dugaan.. jom share anak2 yg dlm berpantang sunat.. ada x lalui sama mcm linda lalui?? Teka mme satu yg bersunat tu😝 @rezaqiib_ @rezaliif_ @rezariiq68 @syedaiman75 #CQF🎅🏻🏖🌞 #SunwayLagoonMy @sunwaylagoonmalaysia 🎥📹📷📸

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Terdahulu, Linda mendirikan rumah tangga dengan pelakon Syed Aiman pada Disember 2006.

IKLAN

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif berusia tiga tahun.

Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, keduanya dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin yang meninggal pada usia 12 tahun pada 2014.

Foto: Instagram Linda Rafar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI