Tidak ambil peduli andai ada yang menggelarkannya sebagai kuno, pelakon hebat Jalil Hamid menjelaskan, apa yang sudah termaktub dalam agama tidak harus dipersoalkan.
Jelasnya apa yang tertulis haram tetap haram dan lakonan tidak terkecuali.
Ulasnya lagi, terdapat banyak cara indah yang lain untuk menyampaikan penceritaan dan kisah cinta, namun bukan dengan bersentuhan lelaki perempuan.
“Saya selalu nyatakan pandangan namun orang menuduh saya kuno. Sebagai pelakon mengapa kita mesti meniru orang lain, mengapa perlu lelaki memegang perempuan sedangkan dia bukan mahram?
“Bersentuhan walau sekadar berlakon hukumnya haram. Kita yang berperanan membentuk masyarakat.
“Waktu saya mula-mula menceburi industri, ada yang mengatakan hiburan dan agama merupakan dua benda yang berbeza. Saya dikecam waktu itu apabila tidak bersetuju.
Ads
“Saya selalu menegur jika ada yang tidak kena dalam set lakonan, bukan mahu berdakwah namun mahu menanam nilai.
“Seperti cerita Dalam Lindungan Kaabah, pasangan bercinta disebalik papan, itu keindahan seni untuk disampaikan. Penceritaan dan seni yang cantik tidak perlu melanggar batas agama.
“Namun ramai yang sentap, kata mereka jika begitu mengapa masuk dunia lakonan. Ada juga yang bertanya mengapa saya tidak memegang anak dalam drama. Dia tetap bukan mahram saya,” katanya jujur.
Ads
Pelakon ini turut menjelaskan nilai yang dipaparkan di kaca televisyen akan mempengaruhi cara khalayak melihat orang seni.
Malah jelasnya, setiap pelakon harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakonkan.
“Saya malu apabila melihat pelakon sekarang bersentuhan bagai suami isteri. Orang akan menilai dan melihat pelakon tiada maruah.
Ads
“Nasihat saya buat orang seni, bertanggungjawablah kepada diri, keluarga, agama dan masyarakat,” katanya jujur.
Dalam perkembangan lain, pelawak ini muncul dalam program Stand Up Comedy Otai.
Program yang menjadi gelanggang kepada ‘orang lama’ dalam arena lawak beraksi itu akan disiarkan menerusi sebuah saluran berbayar, bermula 5 Disember lalu.
Selain Jalil Hamid, seramai 17 lagi artis bakal menjayakannya, termasuk AR Badul, Salih Yaacob, Fauziah Nawi, Angeline Tan, Rama, Wan Maimunah, Imuda, Ebby Yus, Sathiya dan Sheila Mambo.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Satu entri Instagram pelakon, Fasha Sandha mengundang perhatian apabila bintang versatil itu menempelak seorang individu yang didakwa telah merakam fotonya tanpa izin seterusnya membuat kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah gara-gara tidak dapat merakam foto bersamanya.
Perkara tersebut didedahkan pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu selepas wujud satu status dimuat naik di FB yang dilihat mengkritik tindakan pelakon berkenaan.
Lalu, Fasha tampil memberikan penjelasan.
“Assalamualaikum, ini gambar diambil secara curi dan Posting ni dibuat oleh SITI SARA DI FB (Mungkin akan tukar nama di FB selepas posting ini dibuat). Sejelasnya gambar ini gambar saya bersama anak sahabat saya Rita Sosilawati di depan cashier.
”First of all, terima kasih SITI SARA diatas posting ini. Ingin saya jelaskan disini, saya tak kisah pun, nak undi ke taknak undi ke, sebab saya pun dah tak kisah bab anugerah, sebab fokus utama saya adalah anak2, BUKAN UNDI ANUGERAH.
”Ingin saya jelaskan disini ya, YA SAYA MEMANG BERUBAH MENJADI SOMBONG DI SITUASI INI, DEMI KESELAMATAN SAYA DAN ANAK2. PEMINAT YANG TAK FAHAM TENTANG SAYA, SILA HADAM JAWAPAN SAYA,” tulisnya sambil memohon agar peminat tidak menggangunya berdasarkan situasi tertentu.
“Jangan GANGGU SAYA KETIKA;
1. Ketika saya bersama dengan anak2 saya, anak2 buah saya, dan dengan anak2 sahabat2 saya, kerana TANGGUNGJWB MENJAGA anak ni bukan TUGAS YANG MUDAH, seminit terleka, anak boleh HILANG!
2.Ketika di hadapan cashier atau ATM dan berurusan kewangan. , sekelip mata terlepas pandang, akan kena ragut.
3. Dikaunter tiket atau access mana2 tempat sesak dengan anak2.
4. Ketika saya sedang MENGADAP REZEKI MAKAN DENGAN KELUARGA SAYA
Ingat ya, SELEPAS SAYA MENJADI SEORANG IBU, populariti bukan KEUTAMAAN SAYA. TUGAS SAYA SEBAGAI IBU DAN ISTERI ADALAH NOMBOR SATU. ARTIS BUKAN MILIK MASYARAKAT, KAMI MILIK ALLAH DAN KELUARGA KAMI,” maklum Fasha.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meminta agar jadilah peminat yang bijak dalam menilai situasi.
”Jadilah PEMINAT YANG BIJAK, TENGOKLAH MASA SESUAI NAK MINTAK SELFIE, ORANG LAIN BERIBU2 dapat je BERSELFIE DENGAN SAYA
”MASA AWAK MINTAK NI TAK KENA MASA, LEPAS TU NAK VIRAL2 burukkan ARTIS. Hina muka saya, Hina saya pakai selipar. Apa masalahnya kalau saya pakai selipar.
”Sejujurnya AWAK TELAH FITNAH SAYA.
Saya ingat awak, sebab semalam masa awak mintak selfie, saya kata sekejap ya, saya nak settlekan anak2 saya sekejap.
”Lepas saya bayar dan lepas anak2 saya dah masuk playground tu, saya cari awak, saya siap tanya pekerja saya, mana orang nak ambil gambar saya tadi, pekerja saya kata awak dah takde. LILAHI TAALA.
”Apapun TERIMA KASIH. Saya harap penjelasan ini CLEAR, dan semoga PEMINAT DAPAT GUNA OTAK BILA MASA SESUAI NAK SELFIE DENGAN ARTIS, TERUTAMA ARTIS YANG DAH ADA RAMAI ANAK. JADILAH PEMINAT YANG BIJAK,” jelasnya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rakan artis turut sama meninggalkan reaksi selain peminat yang rata-ratanya memahami akan situasi yang dihadapi Fasha ketika itu.
Fasha sebelum ini pernah berkongsi mengenai pendiriannya untuk beri fokus dan mengawal anak-anak demi keselamatan dan privasi mereka, khasnya di tempat awam.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi merakamkan rasa syukur apabila majlis pertunangannya dengan lelaki pilihan, Mohamad Azlan dipermudahkan.
Malah kongsinya kepada MH, dia juga rasa terharu apabila masih diberukan ruang olehNya untuk rasa bahagia.
“Saya tidak sangka apa yang telah berlaku ini, saya diberikan ruang untuk bahagia. Tidak sangka anak juga diberi peluang untuk rasa apa yang sepatutnya dia rasa, begitu juga dengan bapa saya.
“Cikgu bukan sahaja berjaya ambil hati saya, malah anak dan bapa juga. Saya syukur apabila bakal suami rapat dengan insan yang saya sayangi.
“Saya tidak mahu apa-apa dah dalam hidup ini, selain kebahagiaan. Ingin dihargai dan saya nampak dia sangat bertanggjungjawab,” katanya jujur.
Ditanya mengenai mengapa sebab dirinya masih tidak mendedahkan wajah si dia kepada Umum, penyanyi lagu Bakawali ini hanya bersedia untuk berbuat demikian ketika sesi majlis berinai, setelah mendapat persetujuan bakal suami.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“InsyaAllah akan ada dua lagi majlis iaitu malam berinai dan majlis nikah. Pada malam berinai nanti, kita akan bawa cikgu (bakal suami) sebab dia pun akan berinai sama, anak saya pun akan turut serta.
“Cikgu bukan orang industri, jadi dia malu. Tidak mengapa, saya berinya ruang terlebih dahulu. Cuma saya ada beritahunya, pada malam berinai nanti kena perkenalkan diri dan dia okay.
“Sebelum ini saya ada juga bawanya menemani kalau ada sesi persembahan atau penggambaran.
“Puas juga pujuk. Habis saja kerja saya, dia ada beritahu selepas ini mama dengan kerja mama dan begitu sebaliknya. Jadi saya faham,” terangnya lagi.
Terdahulu pada majlis tunang, Elly menerima sebentuk cincin dari bakal mertua, Puan Zaiton selain lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Elly dan pasangan bakal diijabkabulkan 18 Januari 2020.
Bagi kalian yang sudah menonton drama berjudul Mingki, sudah pasti berasa sedih apabila menyaksikan jalan cerita drama ini yang penuh dengan mesej dan nasihat.
Disiarkan menerusi slot Cerekarama di TV3, Mingki mengisahkan perihal seorang warga emas iaitu Nek Mah yang dilakonkan Fauziah Nawi.
Nek Mah digambarkan sebagai seorang penyayang dan memilik seekor kucing peliharaan bernama Mingki.
Di pertengahan jalan cerita, drama ini menceritakan perihal anak-anak Nek Mah yang jarang menziarahnya di kampung.
Rata-rata penonton memberi reaksi positif mengenai drama terbabit.
Malah, ada juga yang berasa sedih apabila menonton keberkesanan watak Nek Mah ditangan ibu Fauziah Nawi.
Drama Mingki juga turut dibintangi pelakon hebat seperti Zamarul Hisham, Faradhiya, Norlia Ghani dan ramai lagi.
Video: Youtube TV3Malaysia, Instagram TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.