“Dua Kali Abang Nampak Farah Dari Jauh Di Hospital Tapi…,” – Sama-Sama Sertai GV2, Ini Doa & Ucapan Takziah Farahdhiya Buat Allahyarham Nassier Wahab

Processed with VSCO with b1 preset

Dunia hiburan mendapat khabar mendukacitakan apabila penyanyi, Nassier Wahab dilaporkan telah meninggalkan dunia kira-kira jam Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, jam 12.45 tengah malam tadi.

Serentak dengan pemergiaan Allahyarham, rakan artis turut memberikan penghormatan serta sedekahkan al-Fatihah buat arwah selain ada yang mengimbas memori bersama.

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya misalnya, turut memberi dedikasi buat rakan artis kesayangan ramai itu.

“Sangat sangat sedih dan terkesan apabila menerima berita pemergian mu awal pagi tadi abangku sayang. Seorang yg terlalu baik dan mengambil berat tentang org2 sekelilingnya.

”Terlalu byk kenangan manis bersamamu sejak GV2. 3 bulan lepas 2 kali abg nampak farah dari jauh di hospital tapi takde rezeki utk berjumpa,abg cuma sempat msg dan call, itulah kali terakhir farah dgr suara abg.

”Berjanji utk jumpa,tapi Tuhan terlalu menyayangimu abg,He has better plans for u,maafkan Farah sebab tak sempat jumpa abg utk kali terakhir sebelum abg pergi.

IKLAN

”Minggu lepas baru ajak kak @haizahanafi utk melawat abg tapi tak kesampaian hajat Farah,hari ni dapat berita abg dah pergi.

”Masih lagi farah simpan msg terakhir kita dan Alhamdulillah byk gambar2 kenangan kita bersama yg akan farah simpan sampai bila2,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi Bertakhta Di Hati itu turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

“Rehatlah abg, farah tau abg penat, sakit dan seksanya buat chemo seperti mane abg tulis dlm msg terakhir abg.Ya Allah,ampunilah dia,rahmatilah dia,maafkanlah dia,tempat kan lah dia bersama org2 yg beriman,jagalah dia utk kita semua Ya Allah,aminnnnn.

”Salam takziah kepada seluruh keluarga Abg Nassier Wahab. Tenanglah dikau di negara abadi,selamat pergi abg,kita juga akan menyusul kemudian. I miss u abg Nassier. Al-Fatihah,” maklum Farahdhiya lagi.

Allahyarham Nassier Wahab dan Farahdhiya pernah menyertai program Gegar Vaganza (GV) musim kedua dan mereka sama-sama melangkah ke peringkat akhir.

Farahdhiya mendapat tempat kedua sementara Nassier, menduduki tempat keempat.

IKLAN

Jun lalu, Allahyarham dilapor pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Selepas pembedahan tersebut, penyanyi senior itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali  pulih.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Sumber/Foto: Awani, Instagram Farahdhiya