Adik kepada pelakon Uqasha Senrose, Raysha Rizrose menyatakan rasa sebak selepas kakaknya itu telah pun selamat dirisik, hari ini.
Menerusi majlis yang dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka dengan dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak, Uqasha Senrose, 29, dirisik kekasihnya juga pelakon, Kamal Adli, 35.
Raysha, 25, turut sebak dan dalam masa sama gembira apabila kakaknya bakal melangkah ke alam perkahwinan.
“Kamal bersama ibu bapa dan keluarganya baru datang merisik. Belum bertunang lagi. Sebagai adik, alhamdulillah, satu langkah sudah selesai.
Ads
“Sebelum ini hanya persiapan saja, apabila sudah merisik dan bakal ke fasa seterusnya, sudah tentu membuatkan saya sebak dan dalam masa sama gembira.
“Harapnya semua yang dirancang berjalan lancar. Mereka buat banyak majlis nanti, jadi kami siap sedialah akan sibuk,” katanya.
Ads
Juara Dewi Remaja 2015 turut mendedahkan, kegembiran pada wajah kakak tersayang jelas terpancar sejak menjalin hubungan dengan Kamal.
Ads
“Sebelum ini kakak melalui banyak dugaan bercinta. Apabila dia sudah jumpa jodoh sebenar, saya gembira tengok dia.
“Malah, memang jelas kelihatan wajah kegembiraan kakak apabila dengan Kamal. Dia juga sudah bersedia untuk menjadi isteri dan melayari bahtera perkahwinan,” katanya.
Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) pada Disember tahun lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Media sebelum ini ada melaporkan mengenai pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart yang diusahakan pelakon Putra Amaris telah dipecah masuk yang seterusnya menyebabkan operasi perniagaan terganggu selain ada pekerja yang berhenti.
Menurut Amaris, 36, ia menjadi antara ujiannya di dalam melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 hingga 20 April ini, seiring dengan sambutan bulan Ramadan tahun ini.
Pemilik nama sebenar, Amran Ismail berkata, dia menganggap setiap cabaran yang dilalui adalah ujian yang akan digantikan dengan sebuah kemanisan oleh Allah SWT.
“Nak buat perkara baik memang akan ada saja ujian. Macam saya buat Infaq Ramadan ini, pekerja berhenti dua hari sebelum program berlangsung.
“Itu belum lagi pejabat dan kiosk jualan Amaris My Tart dipecah masuk. Malah, kami punya operasi jualan dalam masa dua bulan ini terganggu untuk ejen, pasukan dan stok.
“Ujian yang datang ini pada saya Allah nak beri lebih baik selepas ini. Saya juga anggap setiap ujian adalah satu kemanisan. Jadi, kalau nak cakap mengenai ujian ada banyak. Saya yakin ini semua ujian Allah.
“Disebabkan itu, dalam melaksanakan program ini, saya yakin Allah bantu. InsyaAllah, perkara baik Allah mudahkan urusan,” katanya.
Memberi sasaran untuk memberikan bantuan kepada kira-kira 500 keluarga asnaf, rumah anak-anak yatim dan rumah anak-anak tahfiz sepanjang 11 hari program dijalankan, Amaris bagaimanapun tetap optimis di dalam menerusi misi murni ini.
“Selain itu, kami juga pergi ke rumah penjagaan orang tua membabitkan kelainan upaya (OKU) dan gelandangan. Tapi fokus utama sepanjang Ramadan ini adalah golongan asnaf di mana kami akan pergi rumah ke rumah. Sasaran kami di sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang, Shah Alam dan Klang.
“Alhamdulillah, setakat ini sumbangan untuk 500 rumah itu sudah cukup dari segi wang ringgit, makanan dan barang keperluan harian. Cuma perlukan lebih lagi untuk teruskan bantuan. Kalau ada lebih lagi, lagi bagus dan boleh berikan lebih lagi.
“Sebenarnya kita pun tak tahu apa mereka perlukan. Apabila sampai ke tempat mereka, ada barang yang penting diperlukan. Jadi, itu antara barang tambahan yang perlu diberikan. Lebih banyak yang menyumbang dan menginfaq, lebih banyak penerima manfaat terima,” katanya.
Sementara itu bagi Naib Presiden, Operasi, Penjualan & Latihan Penyet Penyet.com Nurul Fakri Arshaf berkata, pihaknya berlapang dada dan terbuka bekerjasama dalam program Infaq Ramadan Putra Amaris kerana ingin berkongsi rezeki.
“Kami sudah buat infaq ini sejak beberapa bulan lalu. Alasannya sebab nak berkongsi rezeki dengan semua orang. Sebelum ini kami memberi fokus kepada badan kebajikan, jadi bulan Ramadan ini nak menyasarkan untuk mencapai 1500 pek makanan sehari untuk diedarkan selama 26 hari termasuk dalam program ini.
“Jadi, kita mengharapkan pengedaran yang dibuat dalam program ini mampu bekongsi rezeki. Kita harapkan bahawa, sumbangan yang dapat daripada orang ramai, syarikat swasta dan orang perseorangan akan disalurkan dengan cara edarkan makanan kepada mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas bersama Chef Tako, Muhammad Misyael Abd Rama pula berkata, pembabitan mereka pada program itu adalah saham akhirat bersama hampir 700 usahawan mereka.
“Terima kasih kepada Putra Amaris kerana jemput kami dalam program Infaq Ramadan ini. Pembabitan kami lebih kepada nak bantu memperbanyakkan lagi sumbangan. Kami adalah syarikat usahawan dan membimbing usahawan lain, jadi kami ingin menjadi penyalur kepada mereka.
“Hasil jualan mereka kami akan ambil sedikit untuk disumbangkan dalam program ini. Pendek kata ia menjadi saham akhirat untuk dikongsi. Hampir 700 usahawan kami terbabit dalam program ini di semua lakasi. Bukan saja makanan, tapi juga wang ringgit dan barang keperluan,” katanya.
Bagi yang ingin membuat infaq sepanjang Ramadan ini boleh salurkan sumbangan anda ke akaun SAMA SAMA KENYANG (562405646664 – Maybank).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn mengakui dirinya masih memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk kembali menemui kekuatannya selepas pemergian Allahyarham ibunya, Sa’diah Khamis pada tanggal 9 Mac lalu.
Menurut Linda, meskipun dia akur dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, namun, sebagai manusia biasa, dia tidak boleh lari daripada perasan sedih.
“Saya tak kuat sebenarnya. Ramai orang tanya saya kenapa tak bagi tahu yang ibu saya meninggal. Kenapa lepas tiga minggu baru nak cakap di Facebook dan Instagram? Saya sebenarnya tak kuat.
“Masa hari yang saya nak bagi tahu di Facebook dan Instagram pun saya tak kuat. Ketika itu saya tak boleh terima lagi yang ibu dah pergi.
“Saya tahu itu semua kehendak tuhan tapi diri ini hanya manusia biasa. Saya asyik bertanya kenapa. Selepas tiga minggu baru saya ada kekuatan walaupun hanya sedikit.
“Ibu adalah jiwa saya. Ditambah pula dia duduk dengan saya. Dialah teman baik, tukang komen dan macam-macam lagi saya buat dengan dia.
“Setiap hari saya ada dengan dia siang dan malam. Bila saya kehilangan dia, saya sangat terkejut. Untuk menghilangkan rasa sedih, saya banyak berdoa untuk dia,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikian sewaktu ditemui ketika sesi pengambaran MH Throwback pada Jumaat.
Jelasnya lagi, pada mulanya dia hanya menganggap ibunya itu hanya mengalami sakit biasa namun, segalanya berubah setelah ibunya menjalani pembedahan di perut.
“Pada mulanya saya ingatkan dia sakit perut sahaja, dan bila pergi ke doktor keadaan kesihatannya semua okay. Cuma ada sedikit masalah di bahagian perut dan hempedu.
“Bila dah buat pembedahan. Komplikasi lain pula yang datang. Selepas dua minggu, Allah tarik nyawa dia. Kalau ibu dah sakit lama mungkin saya bersedia.
“Sangat mudah untuk ibu pergi. Dia tak menderita cuma beberapa minggu sahaja dia tahan sakit.
“Tapi yang agak menderita ketika ialah kita yang tinggal ni. Tak tahu bila boleh hilang kesedihan,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM ini turut meluahkan rasa lega kerana sempat memenuhi segala permintaan ibu disepanjang hayatnya.
“Saya tidak terkilan apa-apa kerana semua yang ibu nak, saya dapat tunaikan. Masa dia sakit pun, dia dapat apa yang dia minta.
“Cuma hati saya rasa sedikit berat sebab saya dah rancang semuanya untuk dia balik. Dia pun minta saya masak makanan sihat je lepas ni.
“Tapi dia tak balik dan dia hanya balik sebagai jenazah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bila tibanya bulan Ramadan, kebanyakan daripada kita sudah tentu ingin bergegas pulang ke rumah atau pun singgah ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka.
Insiden tersebut ada kalanya akan menyebabkan lalu lintas menjadi agak sesak sehingga memerlukan bantuan daripada pihak polis trafik.
Sedang kita mengejar waktu untuk ke destinasi yang ingin dituju, pihak polis trafik akan sentiasa memastikan keadaan jalan raya akan berjalan dengan lancar meski pun selepas waktu berbuka.
Itulah yang cuba disampaikan oleh, suami kepada pelakon, Mira Filzah, Wan Emir Astar apabila dia menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama menghargai penat lelah pihak polis traffik yang telah melaksanakan tugas mereka dengan baik lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
Kebanyakan daripada kita akan merempuh trafik jam selepas waktu bekerja. Dalam kita sibuk bergegas ke rumah/bazar Ramadan untuk berbuka puasa bersama keluarga, polis trafik akan terus bertugas untuk memudahkan pergerakan dan urusan kita.
“Kebanyakan daripada kita akan merempuh trafik jam selepas waktu bekerja.
“Dalam kita sibuk bergegas ke rumah/bazar Ramadan untuk berbuka puasa bersama keluarga, polis trafik akan terus bertugas untuk memudahkan pergerakan dan urusan kita.
“Doakan kebaikan mereka sekeluarga,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Emir menerusi entri terkini di lalam Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Emir turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga para petugas polis traffik ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Dalam perkembangan lain, Emir ada membuat penampilan khas bersama Mira untuk sebuah drama pendek terbitan sebuah jenama telefon pintar antarabangsa.
Video berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak yang teruja melihat telatah pasangan suami isteri itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar gandingan Mira dan Emir dapat diperbanyakkan lagi pada masa akan datang.
“Seriuslah, sepanjang iklan ni berlangsung, aku asyik senyum je memanjang dan baru kali ni aku menghayati iklan telefon. Good job Emir and Mira,” komen seorang individu.
“Baru kalini aku tengok iklan phone sampai habis,” tulis seorang individu pula.
“Aku sorang je ke nangis tengok ni. Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi sinar yang baharu untuk kita semua dan dapat menyambut lebaran bersama yang tersayang. In syaa Allah,” luah seorang individu di Youtube.
Sumber: Twitter Wan Emir Astar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.