“Kat Mana Gambar Ni Mengaibkan? Takda Nama Sesiapa Pun,” -‘Up’ Foto Berendam Dengan Isteri, Fadzil Zahari Nafi Posting Bersifat Perli

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah posting yang dimuat naik oleh pelakon, Fadzil Zahari menerusi laman Instagram miliknya.

Foto yang telah disunting itu memaparkan Fadzil bersama isterinya yang juga merupakan pelakon, Yana Samsudin sedang berendam di dalam sebuah besen berisi air.

“Nak romantik di pantai takleh rentas negeri, rai sekadar mampu. Air haruman lavender bancuh sendiri,” tulisnya.

Lantaran itu, foto tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak malah ada juga yang mendakwa Fadzil seperti mahu mempersenda rakan artis, Nonny Nadhirah yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi gara-gara foto berendamnya di Instagram.

“Kesian Nonny maybe gambar dia tu semua superimpose je. Didoakan semoga dia tabah dengan ujian dan dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang individu.

“Benda tak lawak bro. Padam la,” ujar seorang pengguna Instagram.

IKLAN

“Kalau Nonny tengok mesti dia delete dia punya IG,” respon seorang individu.

Enggan perkara tersebut dibiar berpanjangan, Fadzil dilihat ada memberikan reaksi balasnya berhubung dakwaan tersebut di ruangan komen.

Jelasnya, foto tersebut bukanlah bertujuan untuk mengaibkan malah dia juga tidak menyebut nama mana-mana pihak.

“Salam Jumaat semua… Kat mana gambar ni mengaibkan orang? Takda aurat sesiapa pun dalam gambar ni.

“Takda nama sesiapa pun kat sini,” jelasnya lagi.

IKLAN

Respon tersebut nyata menerima reaksi pelbagai daripada netizen.

Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah sering kali menjadi perhatian selepas beberapa foto seksi yang melibatkan bekas bintang Akedemi Fantasia musim ke-5 ini tular di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi penjelasan yang dibuat oleh mana-mana pihak berhubung isu perubahan drastik itu.

Malah, rakan-rakan artis juga turut menzahirkan rasa khuatir selain turut berharap agar Nonny berada dalam keadaan yang baik.

Sumber: Instagram Fadzil Zahari