Memasuki tanggal 15 April 2021, maka genaplah usia pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang ke-37.
Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizan dilihat ada menitipkan ucapan buat dirinya sendiri bersempena dengan hari istimewa itu.
Dalam ucapan tersebut, pelakon filem Polis Evo ini turut menyelitkan doa semoga Allah sentiasa memberikannya kekuatan dalam segala hal termasuklah ketika menghiburkan hati semua orang.
Tidak dapat dinafikan, doa seorang ibu merupakan azimat dan doa yang terbaik kepada kejayaan anak di dunia mahupun di akhirat.
Menerusi entri terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza ada menitipkan kata nasihat kepada pengikutnya.
Di samping meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menasihati agar orang ramai untuk sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.
“Alahai… rindu mak Jauh di mata selalu dihati Posted @withregram • @telekunghiqmah Doa Ibu Itu Ikhlas. Suci Tanpa Sedikitpun Cemburu Akan Dirimu
“Pagi tadi sambil sahur, tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Macam manalah keadaan kita ini yang berjaya ini tanpa azimat dari Ibu.
“Siapalah kita yang menjadi orang besar ini tanpa sentuhan seorang Ibu. Tanpa keredhaan Doa ibu entah kita dimana hari ini?
“Jom kita bersunyi sebentar di Subuh hari sementara menunggu mentari terbit mengenang tangisan doa ibu yang kita tak nampak. Yang dimana dia tahu dia tidak sebijak anak yang dilahirkan ini. Tetapi dia senyap-senyap berdoa untuk kejayaan dunia dan akhirat kita.
“Kepada yang masih ada ibu, Ucapkan terima kasih atas doa-doa mereka. Tanpa mereka siapa kita ini.Bagi yang tidak lagi punya ibu, Al-Fatihah dan amal soleh adalah sebaik-baik sedekah dari anak yang soleh dan solehah.#TelekungHiqmah #PastiAdaHiqmah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Memey mendirikan rumah tangga bersama pelakon Norman Hakim pada 24 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semenjak bermulanya tanyangan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang di saluran Astro First, nama pelakon, Bell Ngasri kembali menjadi sebutan gara-gara watak yang dimainkannya di dalam filem tersebut.
Membawa watak sebagai Pak Barkoba, yang sinonim dengan tabiatnya yang suka ponteng puasa, lakonan Bell pada kali ini sekali lagi telah mencuit hati ramai pihak.
Masakan tidak, sehingga hari ini, bila bercakap sahaja mengenai ‘Geng Plastik Hitam’, nama Bell pasti antara yang terlintas di dalam fikiran.
Terdahulu, memetik laporan Utusan Online, Bell mendedahkan dirinya langsung tidak tersinggung seandainya namanya sering kali dijadikan bahan jenaka lebih-lebih lagi mengenai tabiat ponteng puasa.
Jelas Bell, dia sebaliknya berasa sangat gembira kerana watak tersebut diterima ramai oleh para penonton dan juga masyarakat.
“Walaupun asal bulan Ramadhan ada sahaja yang menjadikan wajah saya sebagai jenaka geng plastik hitam, tapi saya okey sahaja, tak ada masalah pun tentang itu.
“Bagi saya, watak itu berjayalah, orang suka. Kalau ada yang cakap saya tak puasa, itu Barkoba atau Ngasrilah. Saya masih berpuasa ya!” katanya seperti yang dipetik.
Katanya lagi, kekuatan watak tersebut sebenarnya telah dibina sejak enam tahun yang lalu menerusi drama 16 Puasa yang sebenarnya menjalani sesi pengambaran ketika bulan Ramadan
“Cuba tengok betul-betul, saya makan ke tidak dalam babak-babak yang dipertontonkan dalam drama itu (16 Puasa)? Saya tak makan sebab waktu itu saya berpuasa.
“Saya sebenarnya tak sangka walaupun drama itu sudah lama, tetapi naskhah Mamat Khalid ini ada kelompok peminatnya tersendiri. Tak sangka juga dapat perhatian sebab saya ini buat sahaja kerja sebagai pelakon.
“Kalau nampak macam betul tak puasa itu, maknanya saya berjayalah buat penonton percaya dengan hasil kerja saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang telah pun meraih hasil kutipan berjumlah RM 1 juta meskipun baru tiga hari ia ditayangkan.
Malah, Bell turut meluahkan rasa syukur diatas pencapaian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Semalam, portal Mstar ada berkongsi sebuah kisah mengenai seorang usahawan yang telah menghadiahkan wang tunai berjumlah RM25,000 bersempena dengan hari lahir ibunya.
Berita tersebut kemudiannya tular dan menerima komen pelabagai daripada warga maya.
Antara yang turut sama memberikan reaksi terhadap video tular ini adalah pelakon, Idris Khan.
Jelas Idris, menggembirakan hati ibu bapa sememangnya menjadi idaman setiap anak-anak namun tidak semua dapat melakukan perkara yang sama kerana rezeki setiap orang itu adalah berbeza.
Jelasnya lagi, adalah lebih baik sekiranya perbuatan tersebut secara sembunyi dan tidak menunjuk-nunjuk.
“Rasanya ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka, tetapi tidak semua murah rezeki-nya sebegini.
“Jadi sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kanan tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi cash.
“Simpan untuk diri sendiri cukup. Allah tahu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh Idris menerusi ruangan komen di Instagram Mstar.
Malah, pelakon drama Asal Dia Bahagia ini turut berharap agar trend suka menunjuk ini dapat dihentikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Idris malah ada juga yang memberikn reaksi sebaliknya.
“Totally agree bro. Tiada anak dI dunia ni yang taknak buat begini. Everyone wish to give the best tapi tak semua orang mmpunyai rezeki sebegini,” luah seorang individu.
“Dan paling tak best ada parents yang cuba compare anak sendiri dengan orang yang boleh hadiahkan parents mereka kereta, bagi duit kepok-kepok. Apa-apa pun moga dipermudahkan rezeki kita semua. Aamiin,” komen individu lain pula.
Sumber: Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!