Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham ada membuat kejutan bersempena dengan hari lahir anak tirinya, Cataleya Humairah.
Jelas Issey, meskipun kasih sayangnya tidak akan setanding dengan bapa kandung anak-anak tersebut, namun dia tetap akan menyayangi mereka seperti darah dagingnya sendiri.
“17 april: Bithday Umai. Daddy sayang semua amanah Allah untuk daddy jaga ni.
“Mungkin daddy tak sehebat arwah papa. Tapi daddy janji, daddy akan sayang semua macam darah daging daddy,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Issey turut memohon maaf kerana menyifatkan dirinya kurang mempunyai masa buat keluarga sejak akhir-akhir ini.
“Daddy mintak maaf sayang, dengan jadual daddy yang agak sibuk ni.
“Sibuk macam mana pun,tak pernah setitik pun kasih n sayang daddy berkurang. Love all kids,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menitipkan ucapan hari lahir selain turut mendoakan semoga keluarga Issey akan bahagia sampai bila-bila.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.
Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup bersama arwah suami.
Sumber: Instagram Issey Fazlisham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendakwa ibu mentuanya, Siti Hafizah Sheikh Mohamad cuba mempengaruhi minda anak lelakinya, Ayden Adrean sewaktu membuat panggilan video, baru-baru ini.
Dakwa Bella, perkara seperti itu yang membuatkan dirinya trauma dan berharap agar keluarga mentua dapat memberikan ruang buat dirinya dan anak-anak.
“Buat sementara waktu ini, berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian. Cukup video call hari itu buat pertama kalinya menjadikan saya takut sebab mak mertua cakap apa pada Ayden ketika video call?
“‘Allahu, bang tengok muka ayden tu kesiannya muka dia risaukan daddy dia, muka dia tertekan. Ayden sayang jangan risaukan daddy ya, dia okay. Ayden hanya perlu doakan daddy je’.
“Saya ada rakam video sewaktu video call. Inilah antara sebabnya kerana ayat-ayat macam ni hanya akan menganggu fikiran budak kecil walhal dia tiada pun fikiran sebegitu,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Bella menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dakwa penyanyi lagu Bermanja-Manja ini, anak-anaknya kini berada dalam keadaan baik dan sudah terbiasa dengan ketiadaan bapa mereka di sisi.
Katanya lagi, agak sukar untuk keadaan kembali seperti dahulu.
“Kalau nak tahu, Alhamdulillah mereka happy sahaja sebab sudah terbiasa memang selalu dengan saya.
“Saya yang banyak uruskan mereka dari baby sehingga pemilihan sekolah, daftar sekolah semuanya saya. Bukan mudah untuk semuanya kembali seperti tiada apa-apa berlaku.
“Sedangkan mama dan umi semua sudah sepakat, jika ada perbalahan antara saya dan Aliff kalian tidak akan masuk campur supaya mudah untuk kedua belah pihak di masa kedepannya bagi menguruskan soal cucu.
“Tapi berlaku sebaliknya, Puan Fiza sudah musnahkan semuanya,” dakwanya lagi.
Dalam pada itu, Bella turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya cuba untuk menjauhkan anak-anak daripada bekas suami, Aliff Aziz.
“Terakhir sekali, saya merayu jangan cakap saya gunakan anak-anak sebagai alasan. Saya menjaga mental health dan ketenangan anak anak untuk membesar dengan baik dan positif.
“Saya pernah gunakan anak-anak dulu pun bekas suami tetap tak balik rumah. Jangan risau, anak-anak tetap kenal bapa mereka.
“Saya juga tahu soal hukum memisahkan anak dengan bapa. Saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka. Saya cuma cakap buat masa ini. Insya-Allah, satu hari nanti pasti akan baik baik sahaja,” akhirinya.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Walau bagaimanapun, kontroversi rumah tangga mereka mula tercetus apabila pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Aliff dan Bella kemudiannya sah bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas sukses sebagai Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-36 bersama komposer dan penulis lirik, penyanyi Marsha Milan mengakui dia berasa sedikit tertekan untuk mencari material lagu terbaik selepas ini.
Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Marsha Milan Londoh, 37, ini dia bersyukur kerana bakatnya kini semakin diterima ramai selepas hampir dua dekad menceburi bidang seni.
“Melihat perkembangan kerjaya yang semakin rancak selepas AJL36, saya mula rasakan satu peningkatan dalam portfolio kerjaya saya. Ini membuktikan segala usaha kerasa saya selama ini berbaloi.
“Saya sudah ada hala tuju sendiri dalam muzik dan tidak mahu lari jauh dari lagu Cinta kerana itulah pilihan saya.
“Saya bukan sahaja risau perlu mencapai aras pencapaian sendiri, namun saya juga takut dengan pandangan orang terhadap lagu yang bakal saya keluarkan nanti.
“Disebabkan itu saya agak memilih dan tidak ambil mudah dalam mencari material lagu baharu. Saya kumpul dahulu beberapa buah lagu daripada beberapa orang komposer sebelum membuat pilihan,” katanya kepada Media Hiburan.
Menerusi AJL36 yang diadakan pada 6 Mac lalu, lagu Cinta nyanyian Marsha yang cipta oleh Akim Ahmad dan isteri, Stacy berjaya meraih tempat kedua pertandingan tersebut.
Malah, persembahan dan penghayatan emosi Marsha pada malam itu turut melayakkannya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik hasil undian daripada peminat.
Sementara itu, dalam bidang lakonan, Marsha kini tampil dengan drama terbaharu berjudul Seribu Nina yang kini ditayangkan menerusi aplikasi Viu.
Bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Adriana Adnan, Marsha berharap selepas ini akan ada lebih ramai penerbit dapat melihat sisi bakat lakonannya pula selain daripada nyanyian.
“Saya harap drama Seribu Nina ini dapat menjadi platform agar portfolio kerjaya menjadi lebih besar selepas ini.
“Untuk drama ini, ketika mula-mula dapat skrip saya ada rasa ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri. Tapi saya gembira sebab pihak produksi turut menyediakan kelas latihan supaya setiap pelakon boleh mendalami watak mereka,” katanya yang membawakan watak seorang pemburu dari dimensi lain yang ditugaskan untuk ‘menculik’ Nina lakonan Adriana Adnan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Marsha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berderau darah pelakon Datin Elvina Mohamad apabila anak lelakinya, Karl Mateen, 4, terlibat dalam kemalangan ketika sedang berbasikal sehingga terjatuh ke dalam longkang pada Isnin.
Perkara itu dikongsikan Elvina atau Norzalina Mohamad, 28, menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Ya Allah, macam nak tercabut jantung ni semalam. Panik gila semalam tengok darah penuh di mulut dan hidung.
“Karl accident masuk longkang main basikal.Dan… nasib baik sebelum main tu, daddy dia paksa suruh pakai helmet dulu, baru boleh main basikal.
“Betullah orang kata instinct ibu bapa ni kuat, kalau tak pakai helmet tak tahulah apa jadi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pengurus kepada pelakon Wanna Ali yang dikenali sebagai Yaya tampil menjelaskan mengenai hantaran terkini Wanna bersama aktor Fattah Amin di Instagram yang telah mencetuskan kemarahan segelintir pihak pada Jumaat.