Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa stesen radio yang ingin menggunakan khidmatnya untuk kembali bertugas di konti.
Bagaimanapun, Fara menjelaskan dia terpaksa memikirkan mengenai pelbagai aspek lain sekiranya mahu kembali bergelar penyampai radio sepenuh masa.
“Sebenarnya masih ada. Tawaran sentiasa datang. Cuma persoalan dia sekarang adakah saya mahu kembali kepada rutin radio sepenuh masa atau tidak. Itu yang membuatkan saya berfikir panjang.
“Kalau anda semua tanya saya adakah saya masih sayangkan dunia radio, jawapan saya radio itu akan sentiasa ada dalam jiwa.
“Malah saya juga masih jadi perunding bagi stesen-stesen radio lain. Saya juga adakan kelas dan juga training untuk para penyampai radio.
Ads
“Bila orang tanya tak rindu ke nak join dunia radio balik, saya tak tahu macam mana nak rindu sebab saya masih lagi berkecimpung dengan aktiviti-aktiviti bersama orang-orang di radio,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi, dia juga kini sedang melatih para penyampai terutamanya di stesen-stesen radio kerajaan.
Ads
Ketika ditanya mengenai perkara yang paling dirindui sepanjang bergelar penyampai radio terutamanya ketika di bulan Ramadan, Fara mendedahkan ada beberapa momen yang berlaku kepada dirinya yang sehingga kini masih lagi tidak dapat dilupakan.
“Pekara yang paling saya rindu adalah bersahur di dalam konti. Itu yang paling saya nanti-nantikan. Sebelum tidur saya akan pack macam nak pergi kenduri. Padahal nak berbuka dengan suami orang je pun (Faizal Ismail, AG).
“Sepanjang 10 tahun saya bekerja di stesen radio yang terakhir, ada satu kejadian yang tidak boleh saya lupakan apabila saya terpaksa buka puasa pukul 6.30 pagi.
Ads
“Ketika itu saya seorang sahaja yang on air. Ketika saya nak mula bertugas, tiba-tiba saya tersedak kemudian saya batuk tanpa henti dan tekak saya jadi terlalu kering.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk minum air. Selepas itu, tiba-tiba elok pula suara saya. Momen itu memang tak dapat saya lupakan,” akhiri Fafau.
Foto: Instagram Fara Fauzana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Norman Hakim yang kini sedang sibuk kembali melakukan pengambaran untuk drama Gerak Khas musim terbaru.
Baru-baru ini, Norman telah memuat naik gambar beliau bersama dengan anaknya di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen ;
“30 minit yang sangat BERHARGA!! Visiting program sekolah @marissadaniaaaaa_ sekali dgn jenguk @danish.edry kat kolej dia in between my shooting’s dinner break. Minggu lepas abah,mama semua dah terjah dah,papa mummy tak available time tu”
“Dahlah boleh visit sebulan sekali je dalam salah satu Khamis malam Jumaat, kebetulan jatuh pada hari ni & kebetulan papa still on #GerakKhas shooting set. So mmg terpaksalah terjah kejap dgn uniform sbb masa sgt singkat nak salin2 baju”
“Alhamdulillah mission accomplished & already back to the shooting set. Thx again Allah s.w.t for the bless & the moment,” tulisnya.
A post shared by Backup Acc (@marissadaniaaaaa_) on
Memang ternyata anak Norman yang bernama Marissa Dania ini sangat cantik dan jelita.
Untuk rekod, selain mempunyai cahaya mata bersama isterinya, Memey, bekas finalis Hero Remaja itu juga turut dikurniakan 3 orang anak iaitu Danish Hakim, Marissa Dania dan Maria Danisha hasil daripada perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi.
Foto : Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Saya masih seorang lelaki dan masih menghormati agama saya dan sensitiviti umat Islam.
“Dah la banyak buat dosa takkan nak buat dosa lain pulak kan. Lagipun ayah saya selalu pesan, ‘Macam mana pun awak tetap lelaki jadi bila buat ibadah pakai lelaki’,” tulisnya.
Entri berkenaan dikongsikan oleh penyanyi lagu Apa Salah Syinta itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Safiey turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan keluarga yang menerimanya dan sentiasa mendoakan agar dirinya terus istiqamah untuk berubah.
“Terima kasih family yg terima saya mcm ni dan sentiasa berharap saya akan berubah secara istiqomah suatu hari nanti . Anak buah pun masih panggil saya “pakcik”.
“Walau gagal berkali-kali , saya pasti akan terus mencuba.
“Semoga mak dan ayah redha dan sayang saya,” katanya lahi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata nenitipkan ucapan positif selain turut mendoakan semoga Safiey sentiasa dibawah rahmat yang maha Esa.
Terdahulu, Safiey mendedahkan bahawa dia mahu mendapatkan rawatan dari klinik estetik bagi mengecilkan bahagian pipinya.
Ia susulan selepas ramai pihak yang menegur bahawa dia mempunyai pipi yang sangat pelik.
Sumber: Instagram Safiey Illyas
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo menerima hadiah luar biasa apabila wartawan terkemuka Arab Saudi, Ibrahim Al Faryan yang menghadiahkan seekor unta sempena meraikan...