Isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal arwah Abam Bocey iaitu Nor Hidayah ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.

Menerusi foto berkenaan, Hidayah berkongsi foto ketika bersama-sama menunaikan ibadah umrah dengan arwah Abam di tanah suci Mekah, kira-kira 2 tahun yang lalu.

Difahamkan, ini merupakan tahun kedua Hidayah menjalani ibadah puasa sebagai seorang yang berstatus ibu tunggal.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengharapkan bulan Ramadan tahun ini dilimpahi rahmat serta kerberkatan dari Yang Maha Esa.

“Sentiasa Mencintaimu Cinta Syurgaku,” – Tahun Kedua Sambut Puasa Tanpa Suami, Hidayah Imbau Foto Bersama Arwah Abam “Sentiasa Mencintaimu Cinta Syurgaku,” – Tahun Kedua Sambut Puasa Tanpa Suami, Hidayah Imbau Foto Bersama Arwah Abam

IKLAN

“Sentiasa mencintaimu CINTA SYURGA ku selalu doaku disetiap sujudku (Al-fatihah Suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar)..

“Xlama lagi Kita Menyambut Bulan Ramadhan, bulan Ramadhan telah datang rasa bahagia dan bersyukur sentiasa terasa bagi setiap umat muslimin di seluruh penjuru dunia. Bulan penuh kebaikan, keberkahan, bulan yang mulia dan penuh keampunan.

“Bulan Ramadhan adalah kesempatan terbaik yang Allah anugerahkan untuk kita semua, dimana bulan Ramadhan adalah moment terbaik untuk kita kembali kepada Allah s.w.t.

IKLAN

“Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan Selamat Menunaikan Ibadah PUASA kepada semua,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam)

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.

IKLAN

Jenazah Abam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“Sentiasa Mencintaimu Cinta Syurgaku,” – Tahun Kedua Sambut Puasa Tanpa Suami, Hidayah Imbau Foto Bersama Arwah Abam “Sentiasa Mencintaimu Cinta Syurgaku,” – Tahun Kedua Sambut Puasa Tanpa Suami, Hidayah Imbau Foto Bersama Arwah Abam

Foto: Instagram Nor Hidayah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI