Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai satu foto tular melibatkan pendakwah dan penceramah bebas, Pencutus Ummah (PU) Amin bersama wanita yang berpakaian mencolok mata di dalam sebuah majlis.

Cakna mengenai insiden tersebut, Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim kemudiannya memuat naik kenyataan berhubung isu berkenaan menerusi laman Facebook miliknya.

Isu Foto Bersama Wanita Seksi: PU Amin Sifatkan Dakwah Bukan Hanya Di Masjid, Banyak Ambil Inspirasi Daripada Ebit Liew

Terbaru, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula juga dilihat ada mengeluarkan satu lagi kenyataan menjelaskan tugas dakwah bukan hanya tertumpu di kawasan masjid semata-mata tetapi di jalanan juga harus diambil kira lebih-lebih lagi di tempat yang berlakunya maksiat.

Katanya lagi, teguran secara lantang di media sosial tidak akan pernah cukup dan para pendakwah hendaklah meluangkan masa untuk turun ke lapangan.

Isu Foto Bersama Wanita Seksi: PU Amin Sifatkan Dakwah Bukan Hanya Di Masjid, Banyak Ambil Inspirasi Daripada Ebit Liew

“Dakwah mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Dari dewan masjid surau hinggalah ke lorong lorong, kelab malam, dan pusat pusat kumpul mereka. #streetsdakwah

IKLAN

“Lantang, tegas dan garang di Media sosial tak mencukupi, kita wajib turun berdepan dan menyampaikan dakwah pada mereka walau satu ayat.

“Saya dah buat cara tegas, maka kali ini kita guna cara santun dan berdepan. Kita bukan sekadar keybord warrior,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan oleh PU Amin menerusi entri terkini di laman Facebook miliknya.

Isu Foto Bersama Wanita Seksi: PU Amin Sifatkan Dakwah Bukan Hanya Di Masjid, Banyak Ambil Inspirasi Daripada Ebit Liew Isu Foto Bersama Wanita Seksi: PU Amin Sifatkan Dakwah Bukan Hanya Di Masjid, Banyak Ambil Inspirasi Daripada Ebit Liew

Dalam pada itu, PU Amin turut mendedahkan usahawan dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew merupakan antara pendorong buatnya untuk terus bersemangat di dalam kerja-kerja dakwah.

IKLAN

“Inspirasi ini saya ambil dari Al Fadhil Kekanda Ustaz Ebit Lew. Tidak pelik, sebab sejak 2019 beliau dah turun berjumpa berdepan mereka.

“Waktu tu pun Ustaz Ebit Lew teruk kena kecam. Tapi hasil nya ramai pondan maknyah gay lesbian pelacur bertaubat.

“Saya buat perkara yang sama untuk mengajak mereka ke Syurga walau saya belum tentu ahli syurga.

“Kita lakukan dakwah ini untuk anak keturunan kita. Kalau kita tak mulakan dakwah ini maka hancurlah generasi kita,” katanya lagi.

IKLAN

Isu Foto Bersama Wanita Seksi: PU Amin Sifatkan Dakwah Bukan Hanya Di Masjid, Banyak Ambil Inspirasi Daripada Ebit Liew Isu Foto Bersama Wanita Seksi: PU Amin Sifatkan Dakwah Bukan Hanya Di Masjid, Banyak Ambil Inspirasi Daripada Ebit Liew

Dikesempatan itu juga, PU Amin yang juga merupakan salah seorang peserta bagi program Gema Lawak Superstar turut dilihat sekali lagi membuat permohonan maaf berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

“Maafkan saya atas isu yang berlaku. Ramadhan tak patut dihiasi dengan caci maki yang buruk.

“Saya bersyukur, ujian jni buat saya lebih bersemangat untuk turun berdakwah bertemu masyarakat. Maafkan saya, terima kasih & Move On!,” katanya.

Terdahulu, PU Amin juga ada meminta wanita itu untuk memadam foto tersebut.

Sumber: Facebook PU Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI