Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memprosikan aktiviti perjudian bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Video berdurasi hampir dua minit itu nyata menimbulkan kemarahan ramai pihak terutamanya umat Islam di negara ini yang menyifatkan video berkenaan sebagai biadap dan tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, pelakon, Ashraf Muslim turut meluahkan rasa kesal sebaik sahaja menonton video tersebut.

Jelas Ashraf, manusia ketika ini dilihat seperti tidak mempunyai rasa takut untuk mengajak manusia lain membuat kemungkaran secara terang-terangan lebih-lebih lagi di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

“Kurang Ajar! Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa.

IKLAN

“Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tengok ni telah merosakkan bulan yang suci ini.

“KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa! JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni!,” tulisnya.

Rasa kesal itu dikongsikan oleh pelakon filem, Bukan Cinta Malaikat itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.

“Kalaulah Korang Ni Islam, Menjawablah Dengan Allah,” – Tular Video Promosi Aktiviti Judi Sempena Hari Raya, Ashraf Muslim Kesal “Kalaulah Korang Ni Islam, Menjawablah Dengan Allah,” – Tular Video Promosi Aktiviti Judi Sempena Hari Raya, Ashraf Muslim Kesal

IKLAN

Malah, Ashraf turut menyifatkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pembikinan video ini sebagai tidak berfikir panjang dan sengaja ingin merosakkan akidah umat Islam

“Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila  buat semua ni. Pastu berani pulak nak promosi macam ni. Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah swt.

“Aku post video ni bukan untuk korang main judi atau nak promote bisnes diorang tapi nak bagitahu kepada masyarakat, ini adalah cara-cara anasir-anasir yang ingin merosakkan Islam secara halus.

“Dan media sosial adalah tempat yg mudah untuk mereka sampaikan. Video ni adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH! Berani kerana benar,” katanya lagi.

IKLAN

“Kalaulah Korang Ni Islam, Menjawablah Dengan Allah,” – Tular Video Promosi Aktiviti Judi Sempena Hari Raya, Ashraf Muslim Kesal “Kalaulah Korang Ni Islam, Menjawablah Dengan Allah,” – Tular Video Promosi Aktiviti Judi Sempena Hari Raya, Ashraf Muslim Kesal

Lantaran itu, Ashraf turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kesemua individu yang terlibat didalam pembikinan video ini supaya ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yg terlibat dalam video ini. Daripada yang buat idea, klien yang terlibat, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi dan krew dan mereka yang terlibat dengan video ini.

“Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat islam. Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang Islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi,” akhirinya.

Sumber: Instagram Ashraf Muslim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI