Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berharap agar semua pihak dapat memberikannya ruang untuk menyelesai isu berbangkit berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis pernikahannya serta urusan kerjanya sewaktu di Langkawi baru-baru ini.
Jelas Neelofa, dia sebolehnya mahu menyelesaikan isu ini secara profesional bersama pihak berwajib.
“Saya hormati dengan tugasan para pihak media. Saya tahu semua orang mahu tanya soalan yang sama.
“Tapi saya juga ingin meminta kepada semua pihak media yang saya pun dah kenal lama untuk memberikan saya ruang supaya saya boleh selesaikan hal ini secara professional bersama pihak berkenaan.
“Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana ia akan memudaratkan lagi keadaan dan berilah saya ruang untuk selesaikan isu ini dengan pihak terlibat,” katanya kepada MH.
Bekas pengacara Meletop ini berkata sedemikan sewaktu ditemui di majlis sidang media Memorandum Persefahaman (MOU) di antara jenama selipar popular, Fipper bersama aplikasi, The Noor yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Ads
Katanya lagi, dia enggan mengulas perkara tersebut dengan lebih lanjut kerana bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya nak selesaikan isu ini dengan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan.
“Biar saya selesaikan dengan cara saya sendiri. Saya tak perlu nak jelas secara terperinci kepada orang di luar sana. Biar saya selesaikan dengan pihak berkenaan sahaja,” katanya lagi.
Ads
Ditanya mengenai lawatan kerjanya sewaktu di Langkawi, Neelofa menjelaskan urusan tersebut sebenarnya telah pun dirancang lebih awal.
“Berkaitan dengan urusan kerja saya, saya ada perancangan yang telah pun dibuat dalam masa sebulan atau lebih.
Ads
“Bukannya saya buat semuanya on the spot,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi laporan Mstar pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihak polis akan memanggil Neelofa dan suami, PU Riz berdasarkan video dan foto yang dikongsikan di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.
“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral, ” katanya.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, difahamkan terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal. Turut sama ialah suaminya, Haris Ismail, 26.
Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin menitipkan nukilan istimewa sempena kelahiran cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada tanggal 30 September lalu.
Dalam nukilan tersebut, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberinya peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu.
“Terima kasih anakku kerana hadirmu, Tuhan meletakkan syurga pada telapak kakiku,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Syifa turut menyifatkan kehadiran dua insan istimewa iaitu suami dan anak telah melangkapkan kehidupannya saat ini.
“Terima Kasih Tuhanku telah hadirkan dua orang manusia yang menyempurnakan perananku di dunia ini.
“Menjadi bidadari bumi dengan gelar ibu dan isteri,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Syifa dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Selepas suaminya, Aidil Aziz ada berkongsi mengenai berita gembira, kini si empunya badan, Fasha Sandha pula akhirnya berkongsi kegembiraan selepas disahkan hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan aktor berkenaan.
Dedikasi panjang lebar itu disampaikan Fasha, menerusi Instagram sebentar tadi.
Kongsinya, berita perihal kehamilan membuatkan suaminya telah mengalirkan air mata buat kali kedua.
“Syukur Alhamdulillah. Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami). Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil. Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian,” kongsi Fasha.
Lalu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu memberitahu, segalanya berlaku kerana ‘doa’, diiringi usaha.
“Saya ingin kongsi pada semua, jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
“Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang.
“Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat.
“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambahkan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.
“Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya,” jelas Fasha lagi.
“Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal.
“Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.
“Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.
“Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography . Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis.
“I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat .. kenangan manis.
“Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita). Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur,” tulisnya panjang lebar sambil diiringi tanda palang #aidilfasha.
Untuk rekod, Fasha selamat bergelar isteri kepada Aidil dengan sekali lafaz pada 30 Mac 2019 di kampung halaman aktres berkenaan di Perlis.
Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kedua untuk Fasha. Sebelum ini, aktres itu pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.
Tahniah buat pasangan ini dari MH.
Foto: Instagram Fasha & Aidil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Erry Putra ada meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan status kesihatan kakaknya, ketika ini.
Atas dugaan yang menimpan, Erry atau nama sebenarnya Mohd Razlan Hamzah turut menitip doa agar kesihatan kakaknya kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.
“Ya Allah aku da tak kuat lagi. Sembuhkanlah kakak aku dari sakitnya yg serius, walau aku tahu harapan untuknya berat, tapi hanya Allah saja yg bole sembuhkan dia..,” tulisnya.
Selain itu, pelakon berusia 42 tahun ini turut berkongsi cerita mengenai ujian kehidupan yang sering berlaku pada dirinya.
“Berat sungguh duggan aku kali ni. Dah jatuh ditimpa tangga. Kenapa smua dtg sekali gus dugaan.
“Aku da tak mampu, Biar aku je yg mati,” tulisnya lagi.
Pelakon terkenal Indonesia, Dimas Anggara mengaku menampar pelakon muda, Kiesha Alvaro ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri Jalinan Terlarang, baru-baru ini.Dimas tampil membuat permohonan...