Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi khabar duka apabila mendedahkan dia baharu sahaja mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik pada Selasa.

“Sebenarnya saya baru tahu pregnant… tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam, doktor sahkan yang kandungan saya terbantut… tak berkembang.

“Sepatutnya semalam saya buat pemeriksaan untuk degupan jantung tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan,” katanya kepada MH.

“Syeriv Pun Dah Teruja, Selalu Cium Perut Saya,” – Belum Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Dedah Keguguran Selepas 8 Minggu

IKLAN

Isteri kepada aktor Shahiezy Sam itu ditemui ketika majlis pelancaran LB Creuset X Syatillah Melvin Nasi Daging Telentang, di Eastin Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.

“Syeriv Pun Dah Teruja, Selalu Cium Perut Saya,” – Belum Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Dedah Keguguran Selepas 8 Minggu

“Syeriv Pun Dah Teruja, Selalu Cium Perut Saya,” – Belum Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Dedah Keguguran Selepas 8 MingguDalam pada itu, bekas bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/10 ini turut mengakui dirinya berasa agak sedih memandangkan dia dan suami sudah pun bersedia untuk menimang anak ketiga namun menganggap ia bukan rezekinya lagi.

IKLAN

Malah, Syatilla yang juga usahawan berjaya mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.

“Memang la sedih sebab saya pun dah bersedia untuk anak ketiga… tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Bila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap. Tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.

IKLAN

“Sebenarnya, ini merupakan kali ketiga saya alami keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua… sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri… kalau tidak, saya akan lalui proses mencuci rahim,” ujarnya.

“Syeriv Pun Dah Teruja, Selalu Cium Perut Saya,” – Belum Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Dedah Keguguran Selepas 8 Minggu “Syeriv Pun Dah Teruja, Selalu Cium Perut Saya,” – Belum Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Dedah Keguguran Selepas 8 Minggu

Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada tanggal 8 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 3 Tahun.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI