Pelakon, Sharifah Sakinah memaklumkan dirinya kini telah selamat dan menjalani kehidupan baru di Sweden.

Difahamkan, Sakinah kini berada dinegara tersebut untuk menjalani rawatan penyakit mental yang dialaminya.

Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired,31, ketika dihubungi MH memaklumkan, kehidupannya kini bertambah lebih baik.

Malah dia kini masih dalam fasa menyesuaikan diri di negara berkenaan.

“Alhamdulilah, semuanya baik-baik sahaja di sini. Tak ada apa yang beza pun sangat, cuma sekarang rasa lebih tenang. Rasa selesa.

“Pada masa sama, rutin berpuasa saya di sini sama juga kalau di Malaysia, tak ada beza sangat.

IKLAN

“Tapi agak susah untuk cari makanan seperti di negara sendiri. Sekarang ni pun dah mula rindu nak makan rendang,” katanya.

“Nak Kata Rindu Malaysia Tu Tak Ada Lah Sangat, Cuma…,” – Sharifah Sakinah ‘Update’ Perkembangan Di Sweden, Teringat Anak

Dalam pada itu, bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut menyatakan rasa rindu terhadap anaknya, Anais Adha yang kini dibawah jagaan bekas suami, Aliff Adha.

IKLAN

“Nak kata rindu Malaysia tu tak ada lah sangat, cuma rindu dekat anak sahaja,” katanya ringkas.

“Nak Kata Rindu Malaysia Tu Tak Ada Lah Sangat, Cuma…,” – Sharifah Sakinah ‘Update’ Perkembangan Di Sweden, Teringat Anak

Sakinah kini sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan yang juga warga Sweden, Michael Hansen.

IKLAN

Sebelum ini, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anais Adha berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, Sakinah memaklumkan rumah tangganya bersama suami telah berakhir pada Mei tahun lalu.

“Nak Kata Rindu Malaysia Tu Tak Ada Lah Sangat, Cuma…,” – Sharifah Sakinah ‘Update’ Perkembangan Di Sweden, Teringat Anak “Nak Kata Rindu Malaysia Tu Tak Ada Lah Sangat, Cuma…,” – Sharifah Sakinah ‘Update’ Perkembangan Di Sweden, Teringat Anak “Nak Kata Rindu Malaysia Tu Tak Ada Lah Sangat, Cuma…,” – Sharifah Sakinah ‘Update’ Perkembangan Di Sweden, Teringat Anak

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI