Tular baru-baru ini apabila seorang pengguna laman sosial Twitter, yang menggunakan akaun Isskndar Ariffin berkongsi satu rakaman video pendek yang merakamkan aksi seorang wanita yang terkejut dan hampir rebah selepas menerima kejutan istimewa.

Menerusi tinjauan, anak kepada wanita terbabit membuat kejutan berupa sebuah rumah banglo buat ibu tersayang.

Kagum dengan tindakan si anak buat ibu, individu tersebut turut menyatakan rasa terharu atas pengorbanan yang dilakukan.

“Rasa nak menangis aku rasa petang-petang macam ni bila tengok video yang dia hadiahkan mak dia sebijik rumah banglo.

“Sampai rebahlah mak weh dia! Betullah orang cakap, kalau kita dah berjaya jangan sesekali kita lupa asal-usul kita. Jangan lupa balas jasa mak ayah kita,” tulis Isskndar.

Video tersebut turut mendapat perhatian pengguna lainnya dan ada yang mendedahkan wanita yang menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo itu rupa-rupanya seorang usahawan yang turut dikenali dikenali di kalangan selebriti tempatan, Juzailah Shriff.

Juzailah juga merupakan pengasas kepada produk kecantikan, Seri Lady.

Malah menerusi satu posting yang dimuat naiknya menerusi Instagram, Juzaulah mengakui usahanya di dalam membangunkan jenama Seri Lady lebih empat tahun lalu akhirnya berbaloi selepas berjaya menghadiahkan sebuah rumah buat ibu yang dipanggil Ummi.

Malah tulisnya lagi, kejutan yang diberikan juga membuatkan ibunya hampir rebah, sekali gus membuatkan dirinya panik mengenangkan si ibu mempunyai penyakit jantung.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juzailah Shariff (@juzailahshariff)

“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah penat lelah selama hampir 4 tahun membina empayar Seri Lady terbalas, apabila dapat membelikan rumah yang lebih selesa buat ummi dari rumah skrg.

“Minggu lepas saya dan adik, Jeaa (juga rakan kongsi Seri Lady) sempat membuat kejutan secara sederhana untuk ummi. Nak bawa ummi duduk rumah baru sebelum Ramadhan, InsyaAllah.

“Kami ambil ummi di rumahnya di Flat Bandaraya Sri Perak Sentul, dimana rumah berkeluasan 400 kaki itulah tempat kami empat beradik dibesarkan oleh seorang itu tunggal yg sgt cekal.

“Berkat ketabahan, kesabaran redha dan doa Ummi lah pendorong kejayaan kami hari ini.
Terima kasih ummi.

“Cuma apa yang buatkan saya sebak sampai sekarang tiap kali teringat kejutan tempoh hari, kejutan yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan bertukar menjadi panik!

IKLAN

“Mula-mula Ummi happy, tiba-tiba masuk rumah dia nak rebah lemah. Ummi pula ada sakit jantung, jantung pakai bateri dan darah tinggi Ya Allah bayangkan mcm mana berderau ada saya!

“Tak tentu arah Jea lari amik air. Tak pernah tengok Jeaa sepanik itu! Bila ummi dah stabil sikit petang tu, saya tanya kenapa ummi smp nak rebah lemah tadi?

“Ummi jawab ‘bersyukur sgt pada Allah macam tak percaya Allah SWT bagi rezeki dkt anak-anak ummi, dpt menumpang hidup duduk rumah selesa’.

“Ummi cakap lagi, kalau tak belikan rumah baru ni untuk dia pun tak apa dia bahagia duduk dkt flat sbb ramai kwn2, senang nak gi terawih dan mengaji,” tulisnya.

Juzailah turut menambah, dia kini lega kerana kediamannya juga tidak jauh dengan rumah baru yang bakal didiami ibu.

IKLAN

“Yelah saya faham, rumah ummi memang dekat dengan semua benda. Surau dekat pasar dekat! Lagipun rumah itu terlalu banyak memori dan kenangan.

“Cuma skrg ummi dah berusia dan kesihatan x seberapa.. jadi saya dan adik beradik nak ummi ada depan mata kami dekat dgn kami dan kami boleh menjalani kehidupan bersama2 selepas ini.

“Moga Allah bagi kesempatan untuk kami jaga ummi pula.. Walaupun apa yang kami buat ini sbnrnya belum cukup untuk balas jasa dan pengorbanan ummi.

“Ju harap ummi bangga dgn pencapaian anak2 ummi skrg dan in shaa Allah kami akan terus berusaha lagi.. Kita dulu org susah. Susah sangat! Ju masih ingat semua tu.

“Terima kasih ummi selalu mendoakan kami dan tak pernah kenal erti penat cari rezeki untuk kami. Ju harap ummi suka rumah baru kita ni, iya hadiah buat ummi.

“Kami anak4 ummi syg ummi dunia akhirat. Semoga yg lihat video dan baca akan dpt manfaat dan akan buat yg sama untuk ubah kehidupan mereka dan ibubapa serta family mereka.

“P/S: Impian saya nak bantu sesiapa yg ingin ubah kehidupan mereka.. terutama stokis, agent dan dropship Seri Lady realisasikan impian mereka. Mungkin mereka ada simpan hasrat dan impian yang sama,” tulisnya panjang lebar.

Sehingga kini, video yang dimuat naik itu sudah pun menerima hampir 10,000 tontonan.

Foto: Instagram Juzailah Shariff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI