Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memberi kenyataan membabitkan dia bersama suami serta ahli keluarga yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinannya selain merentas negeri.

Berhubung Kompaun RM60k: “Saya Menerima Dengan Hati Terbuka Dan Menjadikan Kompaun Sebagai Pengajaran…,” – Neelofa Bekas hos program MeleTOP ini tampil menjelaskan, dia telah dimaklumkan mengenai perkara terbabit dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Dia pada masa sama turut menjadikan ia sebagai pengajaran dan peringatan.

IKLAN

“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya serta semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” katanya menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media.

IKLAN

Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama dengan baik di dalam menguruskan kesnya.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya.

IKLAN

“Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian,” katanya lagi.

Berhubung Kompaun RM60k: “Saya Menerima Dengan Hati Terbuka Dan Menjadikan Kompaun Sebagai Pengajaran…,” – Neelofa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI