Kumpulan popular, K-Clique, kini menjalin kerjasama dengan syarikat jenama tempatan yang semakin meningkat naik, Todak yang sekali gus melakar sejarah tersendiri.
K-Clique, kumpulan hip hop Malaysia yang dianggotai lapan orang anak muda dari Kota Kinabalu Sabah itu telah ditubuhkan sejak dari tahun 2014.
MK, Noki, Tuju, SoMean, K-Deaf, FareedPF, GNello dan NastyNas optimis terhadap kerjaya dan mulai mendapat perhatian meluas pencinta muzik melalui single keenam berjudul Mimpi.
Lalu, fenomena luar biasa yang dicetuskan kumpulan ini telah menarik minat Todak untuk menjalinkan kerjasama bersama kumpulan berkenaan.
Kolaborasi di antara Todak dan K-Clique ini merupakan satu inisiatif baru dalam mempromosikan produk Todak di dalam arena muzik tempatan.
Jenama Todak yang turut menaungi beberapa anak syarikat memberi fokus yang berlainan seperti Todak Culture (Produk), Todak Studios (Pembangunan Permainan), Todak Fusion (Hiburan dan Pengurusan Acara) dan Todak Academy (Pembelajaran Kontemporari).
Ads
Syarikat ini pada masa sama turut aktif di dalam membangunkan komuniti-komuniti di Malaysia seperti komuniti sukan permotoran, sukan ekstrem, E-sukan, Kereta RC, berbasikal dan sebagainya.
Menurut pengasas Todak Encik Khairul Azlan, impak yang diberikan oleh K-Clique terhadap industri muzik tempatan merupakan satu fenomena dan berharap kerjasama yang terjalin diantara mereka akan menjadi kebanggaan bersama kelak.
“Melalui pemerhatian yang rapi, kami lihat K-Clique dan Todak memiliki sinergi yang kuat dan ia membuatkan usaha dan kerjasama ini sepadan. Besar harapan kami agar kerjasama dan persefahaman yang dimiliki pada hari ini dapat menjadi batu loncatan bagi kedua-dua jenama untuk terus maju ke hadapan”, ujarnya.
Ads
Tambah Khairul Azlan lagi, dia melihat imej kumpulan K-Clique mempunyai keserasian dengan produk-produk dari Todak.
Ini bakal dirasai oleh oleh peminat Todak terutama dari penggemar ‘Streetwear’ apabila Todak bakal melancarkan butik cawangannya di SS15 Subang Jaya tidak lama lagi.
“Selain mempromosikan produk Todak, K-Clique juga akan bekerjasama dengan Todak Music dalam menerbitkan lagu terbaru untuk tahun ini termasuklah penghasilan muzik video.
Ads
“Pembikinan lagu dan muzik video ini seiring dengan revolusi yang ingin dibawa oleh Todak menerusi kepelbagaian platfom penstriman digital.
”Ini bakal dilihat melalui gabungan kolaborasi idea kreatif dari kedua pihak dalam membawa impak besar kepada industri penjenamaan produk tempatan sekaligus membawa jenama Todak ke peringkat global dengan lebih efektif.
“Kita sudah melalui pelbagai perbincangan sejak dari tahun lepas namun terhenti akibat dari kesan Pandemik Covid -19.
”Kita mensasarkan suku ketiga (Julai 2021) tahun ini bakal membawa fenomena baru buat peminat Todak dan juga K- Clique,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music, Ikmal Fareeq.
Todak juga berhasrat dengan ikatan persefahaman ini dapat meluaskan lagi penguasaan kedua-dua jenama ini agar berada di peringkat yang lebih tinggi dan menjadikan kedua jenama ini lebih berkembang pada masa depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tampil membuat kenyataan berkaitan kontroversi membabitkan kakaknya, Oktavia Manrose dan sahabat baik, Bella Astillah yang diperkatakan sejak semalam, Aprena Manrose menjelaskan, dia tersepit.
Memuat naik perkongsian di Insta Story beberapa jam lalu, ulas Aprena, dia serba salah apabila kemelut melanda individu yang rapat dengannya. Namun, menegaskan tidak berhak untuk masuk campur urusan rumahtangga orang lain.
“Bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Saya Aprena Manrose juga berdepan rasa serba salah di antara kemelut yang membabitkan kakak, Oktavia Manrose dan sahabat baik, Bella Astillah.
Bagaimanapun saya sejujurnya tidak berhak mencampuri urusan ini. Tambahan pula, kedua-duanya sangat rapat dengan saya,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, dia mengakui salah tetap salah dan tidak pernah mempertahankan kakaknya.
“Cuma yang salah tetap salah. Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Malah, dia sendiri sudah memohon maaf atas keterlanjuran. Saya sendiri sebagai wanita dan isteri memahami getaran hati Bella saat ditimpa musibah ini,” tambahnya lagi.
Berdoa agar kemelut yang melanda dapat diselesaikan secepat mungkin dan secara aman oleh kedua-dua pihak.
“Cuma pada akhirnya, saya harap mereka berdua dapat memilih jalan damai dan bersemuka depan mata tanpa perlu berbalas pendirian di laman sosial.
“Saya harap akan ada penamat yang baik antara mereka. Saya sayangkan mereka sangat.”
Tegas Aprena, Aliff sebagai lelaki seharusnya mengambil tanggungjawab meleraikan kekusutan.
“Untuk Aliff sendiri yang saya turut akrab, ambillah tanggungjawab ini untuk berdepan secara budiman meleraikan segala gala kekusutan,” ulasnya memohon agar netizen tidak terus menghukum.
Hubungan rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah sekali lagi dilanda ombak apabila pelakon lelaki ini buat sekian kalinya didakwa berlaku curang. Aliff sebelum ini pernah dikaitkan dengan Afifah Nasir, adik kepada Anzalna Nasir.
Foto : Aprena Manrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Haziq Rosbee menerusi Instagram ada memaklumkan berita gembira apabila isterinya, Maisarah Mohd Sidki selamat bersalin anak lelaki kedua mereka, awal semalam.
Bekas pelajar Akademi Fantasia musim keempat itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Another boy, another Zidane..syukur YaAllah & terima kasih kepada semua yg mendoakan.
“Baby & mama dalam condition yg sangat bagus..insyaAllah esok dah boleh jalan2 klcc,” tulisnya lantas disusuli dengan ucapan tahniah dari peminat dan rakan selebriti.
Sementara itu ketika menanti detik bersalin si isteri, Haziq sempat memuat naik beberapa keping foto menerusi Insta Stories miliknya.
Haziq dan isteri sebelum ini sudah pun mempunyai seorang cahaya mata lelaki yang dilahirkan kira-kira empat tahun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada September 2015.
Foto: Instagram Haziq Rosebi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Awal semalam, pelakon, Luqman Hafidz ada memuat naik foto bermakna buat dirinya apabila dapat bertemu dengan bekas pemain bola sepak England yang popular, Michael Owen.
Pertemuan yang diatur itu tentunya menjadi kenangan paling manis buat pelakon filem Ola Bola itu yang memang menggemari sukan bola sepak.
Lebih manis, bintang bola sepak itu turut memuji cara permainan pelakon muda itu.
“One with Legendary Liverpool’s Number 10, @themichaelowen. He said to me “you are a very good player, keep on playing and you’ll never walk alone”. Yes i allowed myself to be one of The Reds that night because its freaking Michael Owen on the pitch!!
“Thank you @cadbury_my for making this dream come true. You really made something good happen for me that night.
#MakeSomethingGoodHappen with #cadburyfc,” tulisnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Luqman baru sahaja selesai membuat persembahan OlaBola The Musical Returns! terbitan Enfiniti Productions dan Istana Budaya yang telah kembali dipentaskan di IB bermula 18 Februari sehingga 8 Mac lalu.
Foto: Instagram Luqman Hafidz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...