Penyanyi dan pelakon, Dafi menafikan dakwaan pemilihannya sebagai salah seorang pelakon didalam filem Malbatt Misi Bakara adalah untuk memanfaatkan statusnya sebagai anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Dafi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai hubungan baik bersama pengarah, Adrian Teh sejak berkerjasama menerusi filem Ada Hantu.
“Adrian sebelum ini pernah menghasilkan filem Paskal. Jadi, dia memang sudah ada hubungan yang baik dengan tentera Malaysia. Ini bukan fasal ambil kesempatan.
“Saya ditawarkan watak ini sebab saya pernah bekerja dengan Adrian untuk filem Ada Hantu. Itu merupakan projek pertama saya dengan Adrian.
“Hubungan kerjasama itu memang sudah lama wujud. Mungkin dia melihat saya sesuai denagn watak ini dan boleh memberikan komitmen penuh. Sebab itu dia panggil saya lagi,” katanya kepada Media Hiburan.
Ads
Bagaimanapun, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-5 ini mendedahkan dia tidak boleh menolak sekiranya ada pihak yang ingin memberikan layanan istimewa terhadap dirinya.
“Saya harap orang tak salah anggap apa yang ingin saya perkatakan ini. Saya tak pernah rasa yang saya ini punyai apa-apa keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri.
“Namun, kalau ada pihak yang ingin memberikan peluang atau layanan istimewa tanpa saya minta, saya akan terima sahaja. Saya tak patut nafikan perkara itu sebaliknya saya harus bersyukur.
“Terima kasih kepada ayah saya kerana bekerja keras. Saya pandang dari sudut positif. Saya tumpang sikit sahaja dan yang penting saya tidak meminta-minta,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem tersebut pada Sabtu.
Ads
Tambah penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu lagi, dia juga seronok saat menjalani latihan di kem tentera, Port Dickson sebagai persiapan bagi menjayakan filem ini.
“Terus terang saya cakap, sewaktu awal-awal mendapat tawaran ini, saya berfikir panjang juga. Nak melakonkan watak askar ini pun bukan mudah dan saya juga tak nak mencacatkan filem orang.
“Adrian dan Hairul Azreen pun selalu memberikan-kata-kata semangat. Saya juga turut jalani latihan di kem askar di Port Dickson. Orang luar mungkin tak tahu, saya sebenarnya suka buat aktiviti luar ini.
“Sewaktu latihan, saya kena belajar untuk membawa APC, menembak dan mempelajari pengetahuan asas mengenai tentera. Saya langsung tak stres kerana ia pengalaman baru buat saya.
Ads
“Sepanjang 15 tahun di dalam industri, saya tak pernah terfikir pun akan membawakan watak askar. Bila dapat peluang ini, ia merupakan sesuatu yang berbeza,” akhirinya.
Filem yang mengangkat kisah benar tentang perjuangan tentera Malaysia ini telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.
Selain Dafi, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Hairul Azreen dan ramai lagi.
Malbatt Misi Bakara dijangkan bakal ditayangkan bersempena Bulan Kemerdekaan pada tahun hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Elfira Loy menerusi entri terkini di Instagram ada memuat naik foto bersama bakal suami, Faris Khairol Anuar di atas kapal terbang, untuk bercuti keTianjin, China untuk bercuti.
Lebih menarik, El turut memaklumkan pemergiannya ke Tanah Besar China itu turut disertai para pengapit lelaki dan perempuan, bridesmaid dan ‘dulang boy’ suaminya.
“I thought its just the two of us but it is not! so happy to see the dulang boys and my bridesmaids ada dekat sini jugak. We’re gonna conquer Tianjin !,” tulis El.
Pada masa sama, pelakon dan pengacara ini turut memuat naik foto sekitar percutian menerusi Insta Stories, selain gambar ‘my girls’, dipercayai bakal pengiringnya di majlis bersejarah itu nanti.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 2 September lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan.
Boleh dikatakan salah seorang selebriti kacak yang sentiasa menjadi tumpuan ramai peminat perempuan, apa sahaja gerak-geri yang dilakukan MK K-Clique pantas meraih perhatian ramai.
Sebelum ini tular mengenai video MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, yang dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita kini dikatakan rapat dengannya yang dikenali sebagai Hajar Siti.
Mengulas mengenai isu tersebut, MK berkata dia bukan sengaja mahu memegang tangan wanita tersebut sebaliknya pada ketika itu mereka sedang mengejar masa untuk menghadiri jemputan rumah terbuka Aidilfitri.
“Isu pegang tangan ini sebenarnya ada sesetengah berpendapat salah. Kita faham… tetapi dalam keadaan itu, keadaan yang huru-hara, kelam kabut.. kami dah lambat. Kami nak cepat. Benda itu automatik (pegang tangan).
“Depan saya ada kakak, tepi adik beradik saya. Nak tunjuk mesra, (kami) belum boleh mesra,” katanya kepada MH.
MK ditemui pada majlis tayangan filem 7 Minggu Sebelum Kahwin yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, MK enggan mengulas lanjut mengenai status dirinya kini namun berjanji tidak akan berahsia dengan pihak media dan peminat sekiranya sudah sampai masa untuk mendirikan rumah tangga.
“Tidak la, saya tak akan diam-diam.Benda ini (kahwin) kena uar-uarkan.
“InsyaAllah dah sampai masa, saya dah bersedia (akan dikongsi),” katanya lagi.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, MK kini tampil dengan filem terbaharu berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin bergandingan dengan Nora Danish.
Selain MK dan Nora, filem yang akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 7 Julai depan itu turut dibintangi Alya Iman, Sham Visa, Yassin Yahya, Ropie dan Vanessa Reynauld.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram MK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit sihat tidak pakai solekan sembarangan
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Amalkan petua tradisional untuk perawatan wajah?
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Jenama produk penjagaan kulit yang Amira gunakan sekarang?
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Produk suplemen kecantikan wajah yang digunakan?
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Jenis solekan pilihan Amira saat bercuti atau melancong?
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Kekerapan Amira melakukan sesi rawatan wajah di spa?
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Produk kecantikan yang wajib ada di dalam tas tangan?
Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Definisi cantik buat Amira?
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/2025 bakal membuka tirai hujung minggu ini dengan perlawanan tumpuan ‘Super Sunday’ antara dua gergasi, Manchester United dan Arsenal.