Baru-baru ini, penampilan anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida, Cik B di sebuah acara kasut terbesar negara telah menarik perhatian ramai.

Sewaktu menghadiri acara tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah mengenakan pakaian, scarf dan kasut daripada jenama terkemuka dunia Dior yang dianggarkan berjumlah RM14,000.

Jawapan Cik B Curi Perhatian, Selepas Kena Kritik Macam Tiada ‘Taste’ Walau Harga Outfit Ribu Ringgit!

Malah, mata netizen juga turut tertumpu pada jam tangan mewah yang digayakan Cik B yang dikatakan mencecah harga setengah juta ringgit.

Kesemua harga barangan tersebut didedahkan oleh pemilik akaun Twitter Beastlab.

Bagaimanapun, pendedahan tersebut turut telah mengundang kecaman daripada segelintir warganet.

Ada diantara mereka menganggap segelintir orang kaya ini tidak memiliki citarasa yang bagus dalam soal pemilihan pakaian.

Jawapan Cik B Curi Perhatian, Selepas Kena Kritik Macam Tiada ‘Taste’ Walau Harga Outfit Ribu Ringgit!

“Memang yang kaya raya banyak wang ni tasteless ke? Serabut je mak tengok,” tulis individu tersebut.

IKLAN

Enggan berdiam diri, Cik B tampil membalas komen tersebut bagi mempertahankan dirinya.

Jawapan Cik B Curi Perhatian, Selepas Kena Kritik Macam Tiada ‘Taste’ Walau Harga Outfit Ribu Ringgit!

Jelas penyanyi lagu Tolonglah ini, dia tidak pernah mementingkan mengenai soal jenama dalam bab pemilihan pakaian kerana baginya keselesaan adalah aspek yang paling utama.

Jawapan Cik B Curi Perhatian, Selepas Kena Kritik Macam Tiada ‘Taste’ Walau Harga Outfit Ribu Ringgit!

“Baju tu beli tahun lepas tahun ni baru first time pakai. Cik B main rembat je apa dalam almari asalkan selesa.

“Bukan nak flex atau style sangat pun hehe. Kenapa semua panas? Ada masalah ke?,” katanya.

IKLAN

Katanya lagi, dia tiada masalah untuk mengenakan pakaian yang dibeli di bundle atau kedai terpakai.

Jawapan Cik B Curi Perhatian, Selepas Kena Kritik Macam Tiada ‘Taste’ Walau Harga Outfit Ribu Ringgit!

“Btw baju Cik B sebelum ni semua bundle. Kalau tak pakai baju Dior tu kang rosak pulak an terbiar dalan almari je,” kongsinya lagi.

Jawapan Cik B Curi Perhatian, Selepas Kena Kritik Macam Tiada ‘Taste’ Walau Harga Outfit Ribu Ringgit! Jawapan Cik B Curi Perhatian, Selepas Kena Kritik Macam Tiada ‘Taste’ Walau Harga Outfit Ribu Ringgit!

Artikel Berkaitan;

IKLAN

“Isu Tepuk Punggung; Sifatkan Anak-Anak Kasihan Sebab Dapat Ibu Macam Vida, Reaksi Cik B – “Saya Rasa Lebih Dari Bertuah…”

“Saya Sangat Trauma…Terus Mandi, Rasa Seperti Tak Boleh Nak Berdiri, Takut,” – Kuasa Doa, Vida Syukur Lega Cik B Bebas Covid-19

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Cik B supaya mengabaikan komen-komen negatif itu.

“Tak mengapa Cik B. Janji pakai baju, bukan telanjang. Sibuk je orag nak pakai apa.

“Mampu pakai je Cik B, jangan hirau apa diorang cakap mulut orang mana kita boleh tutup.

“Its okay Cik B. You just do you. Kisahkan apa orang nak cakap.

“Lain orang lain taste. Rambut sama hitam hati lain,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Cik B Havoc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI