Risteena Belum Hamil, Sebenarnya Kuat Makan; “Kalau Ada Rezeki, Kenapa Saya Tak beritahu Kepada Semua?”

Pelakon Nur Risteena mendedahkan dia masih belum mengandung sekaligus mengakui selera makannya juga bertambah selepas mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu.

Risteena atau nama lengkapnya, Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 33, menerusi Melodi pada Ahad menjawab persoalan ramai susulan dakwaan perubahan tubuh badan sekaligus dikatakan hamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

“Tak berisi (hamil) pun. Sebenarnya, saya kuat makan. Selepas kahwin selera makan saya kuat. Mungkin berat badan saya naik.

“Saya belum hamil, saya mungkin berisi sekarang sebab saya ada selera makan yang banyak,” katanya.

IKLAN

Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Ruhainies akan berkongsi berita gembira itu sekiranya mendapat perkhabaran baik itu.

“Memiliki anak adalah impian bagi setiap isteri, jadi kalau ada rezeki tu, kenapa saya tak beritahu kepada semua?

“Insya-Allah, saya akan kongsikan berita baik itu kepada semua, tetapi buat masa sekarang, hanya berat badan sahaja yang naik. Saya kuat selera makan dan suami saya pun tak mengadu mengenai perkara itu,” katanya lagi.

Risteena menerusi temubual sama juga tidak terkilan apabila sesetengah wargamaya mempertikaikan kebahagian di samping suami tercinta, pelakon Isa Khan.

“Sejujurnya saya tidak terkilan, saya tidak terasa, saya tidak simpan hati dengan sesiapa pun. Setiap orang ada hak untuk tidak suka sesiapa ataupun suka sesiapa. Saya tiada hak untuk paksa orang untuk suka saya.

IKLAN

“Kalau mereka tak suka saya, saya minta maaf, kalau ada kesilapan dari kami yang menyebabkan ada pihak yang tersinggung, sebenarnya saya hanya nikmati hidup bahagia saya bersama suami,” katanya lagi.

Sekadar infiormasi, Risteena mendirikan rumah tangga bersama Isa pada 12 Mac 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ™ عيسى خان (@theisakhan)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.