Mira Filzah Bijak Imbang Kerjaya & Jadi Duta Produk; “Sekurang-Kurangnya Orang Akan Nampak Wajah Saya Di Tepi Jalan Atau Restoran.”

Mengakui belum kembali aktif sepenuhnya dalam bidang lakonan, namun pelakon dan pengacara Mira Filzah dilihat bijak memanfaatkan peluang yang ada dengan memberi tumpuan kerja sebagai duta kepada beberapa jenama terkenal.

Menurut Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badieozaman, 29, bergelar duta kepada sesuatu produk membuatkan namanya tidak terus hilang di mata peminat.

“Bagi saya, ini adalah salah satu cara untuk saya seimbangkan karier seni.

“Disebabkan saya masih belum kembali aktif berlakon, sekurang-kurangnya orang akan nampak wajah saya di tepi jalan, majalah atau restoran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Saya masih terima tawaran berlakon. Cuma saya rasa belum tiba masanya lagi untuk kembali ke set penggambaran sebab saya tahu gerak kerja dalam lakonan macam mana, ambil masa dua ke tiga bulan, kerja pagi sampai ke malam,” katanya yang mahu memastikan ada pihak yang betul-betul boleh menjaga anaknya ketika bekerja.

IKLAN

Mira baru-baru ini dilantik menjadi duta kepada sebuah jenama kek francais popular termasuk sudah beberapa tahun bergelar wajah kepada produk pakaian terkenal dari Jepun.

Bercerita mengenai cahaya matanya, Wan Khair Amir yang kini berusia empat bulan, Mira berkata buat masa ini masih menunggu lampu hijau daripada suami tercinta, Wan Emir Astar sebelum dapat berkongsikan wajah penuh anak mereka kepada umum.

Menurut Mira, tiada sebab untuk dirinya menyembunyikan wajah putera hatinya kerana lambat-laun orang tetap akan nampak juga.

“Kenapa nak sorok? Kalau kita keluar rumah nanti, orang tetap akan nampak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

“Saya tidak ada masalah untuk tunjuk wajah anak tetapi sebelum buat sebarang keputusan saya perlu berbincang dengan suami.

“Kalau sudah tiba waktu yang sesuai, kami akan paparkan wajahnya di Instagram,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

IKLAN

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 32, yang merupakan seorang arkitek pada 3 September 2020.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Khair Amir yang dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Mira Filzah