Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia lebih selesa untuk berbincang terlebih dahulu bersama suaminya yang juga merupakan penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah karya.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, sebagai seorang yang bergelar isteri, ada banyak aspek yang harus difikirkan sebelum memberikan kata putus.
“Sebelum ini, saya ada terima beberapa tawaran untuk berlakon tapi bila berbincang dengan Alif, dia selalu kata saya kena teliti dahulu setiap watak dan pilih mana yang sesuai untuk saya.
“Alif juga ada bagitahu, kita tak boleh nak terima sahaja semua jenis tawaran yang diberikan kerana skrip juga memainkan peranan. Ditambah pula status saya sebagai isteri orang.
“Walaupun orang selalu cakap bila bergelar pelakon, kita kena bersikap profesional. Saya tak nafikan tapi kalau watak itu keterlaluan, saya kena fikir banyak pihak dan aspek.
“Anak saya juga sekarang dah pandai menonton tv jadi, saya kena pilih watak yang sesuai untuk tontonan umum,” katanya kepada MH.
Bella yang kini muncul menerusi drama terbaru, Aku Tanpa Cintamu akui watak yang dimainkannya ketika ini sememangnya sarat emosi dan jauh berbeza dengan naskah-naskah yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Namun, dia bersyukur kerana mendapat bimbingan penuh daripada para pelakon senior dan pengarah.
“Bila pertama kali diberikan skrip, saya agak gementar kerana sebelum ini, saya tak pernah berlakon drama berat seperti ini. Kebanyakkan drama saya bergenre komedi atau kisah cinta yang lebih santai.
“Mulanya memang berat nak terima tapi bila sampai di set, saya dapat bimbingan terus daripada para pelakon lain seperti Abang Zamarul dan Datuk Eizlan Yusof.
“Saya bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang tidak pentingkan diri sendiri. Semuanya saling membantu. Bila ada yang kena perbaiki, mereka akan tegur. Saya tak rasa keseorangan dan tak stress bila di set,” kongsi lagi.
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan komunikasinya bersama Zamarul hanya akan tertumpu ketika di set sahaja dan tidak terbawa-bawa sampai ke luar.
Katanya lagi, sekiranya dia ingin memesan sesuatu kepada Zamarul, dia akan berhubung terlebih dahulu dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Rafar.
“Sepanjang berlakon drama ini, saya dan Abang Zamarul tidak pernah berbalas mesej tentang perkara tak penting. Komunikasi kami banyak di set sahaja. Kalau belanja makan pun, semuanya bersama team produksi.
“Kalau saya harus mencari Abang Zamarul, saya akan cari Kak Diana dulu. Saya tak la cakap semua kena jadi seperti saya tapi saya harap perkara-perkara seperti ini akan dipraktikkan juga oleh pelakon-pelakon lain.
“Kita kena ada rasa hormat. Saya memang segan kalau berhubung dengan Abang Zamarul bila di luar set. Saya cuma tak nak timbulkan suasana yang tak selesa,” akhirinya.
Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, Datuk Hattan dan Hazama antara selebriti yang dilantik sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tiga selebriti popular itu turut dianugerahkan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Selain Awie, Hattan dan Hazama beberapa selebriti tempatan lain turut dilantik menggalas tugas serupa seperti Aedy Ashraf, Sara Ali, Diana Danielle, Pablo Amirul dan Khai Bahar.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 54, berkata dia berbangga dipilih sebagai salah seorang duta bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya jenayah scam yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
“Sejak kebelakangan ini kes-kes melibatkan jenayah scam semakin menjadi-jadi dan sebagai selebriti kami akan gunakan pengaruh yang ada untuk beri kesedaran kepada orang ramai.
“Kami berharap kempen ini akan dapat membuka mata orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan scammers yang tidak bertanggungjawab ini,” kata Awie.
Sementara itu, penyanyi Hazama pula berkongsi cerita ibunya pernah hampir menjadi mangsa scam.
Bagaimanapun, dia bersyukur ibunya bukan seorang yang mudah terpedaya dengan sindiket berkenaan.
“Ibu saya pernah hampir nak jadi mangsa tapi nasib baik dia cepat-cepat letak telefon bila dah rasa lain macam.
“Jadi, dengan lantikan ini saya akan terus menyebarkan mengenai jenayah scam agar tidak mudah tertipu lebih-lebih dalam kalangan warga tua,” kata Hazama.
Selain selebriti, beberapa atlet badminton juga turut dilantik seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Lee Zii Jia serta pemain beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai selebriti popular, segala tindak tanduk pelakon dan penyanyi, Nur Fazura pasti sahaja akan mendapat perhatian masyarakat.
Sama ada baik atau buruk, segala yang dipaparkan akan tetap juga diperkatakan.
Terbaru, menerusi sebuah entri yang dikongsikan di laman Instagram, tindakan Fazura yang mengaburkan gambar jenama beg tangannya nyata telah menarik perhatian netizen.
Malah, isteri kepada pelakon, Fattah Amin ini juga turut menuliskan ‘Tiada apa untuk diperlihatkan di sini’ pada ruangan kapsyen.
Meskipun foto tersebut kurang jelas, namun, netizen mendakwa ia merupakan beg tangan berjenama mewah, Hermes yang dikatakan bernilai ratusan ribu ringgit.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri ibu kepada seorang cahaya mata itu yang kurang gemar untuk menunjukkan kemewahan kepada umum.
“Why you must blur that Hermes, it’s okay sayang.
“Oh, I love how you blur them.
“I see a beautiful soul.
“Wah, ‘blurkan’ hand bag ye.
“MasyaAllah, disebabkan tak nak menunjuk, Kak Faz ‘blurkan’ beg dia. Love you more Kak Faz. Sangat merendah diri dan baik hati,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Beberapa minggu lalu, nama Fazura menjadi bualan hangat netizen selepas ada peminat mendakwa jam tangan daripada jenama Patek Philippe yang digayakannya di sebuah acara dianggarkan bernilai RM4 juta.
Terdahulu, Fazura baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-39 tahun pada Selasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.