Meski sudah menginjak usia separuh abad, pelakon Zamarul Hisham bersyukur kerana namanya masih lagi menjadi antara pilihan pengarah untuk membawakan watak utama.
Menurut Zamarul, sebagai pelakon, dia tidak pernah mengambil mudah dalam setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan.
“Sejujurnya saya akui memang agak mencabar untuk membawakan watak utama pada usia 51 tahun. Ada kalanya, saya terfikir yang diri ini dah berumur sangat.
“Bagaimanapun, bila diberikan peluang seperti ini, saya bersyukur kerana Allah masih memberi rezeki dan pihak stesen TV pun masih memberi peluang untuk mengembangkan lagi bakat saya.
“Jadi, saya tak rasa peluang ini seperti ‘makanan’ atau kerja mudah tapi saya anggap ia sebagai tanggungjawab yang besar.
“Umur hanyalah sekadar angka. Mungkin bakat saya masih lagi diperlukan. Selagi diberikan kepercayaan, saya akan sentiasa berikan yang terbaik. Segalanya dengan bantuan dan izin Allah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, peluang seperti ini bukanlah tiket untuk membangga diri, sebaliknya ia merupakan cabaran untuk sentiasa memberikan yang terbaik.
Ads
“Dalam drama ini, saya akur dengan karakter yang dituntut pengarah. Saya bukan nak menunjukkan diri ini sebagai pelakon ‘otai’ cuma mungkin ketekunan dan kesungguhan saya dalam menghayati skrip serta watak membuatkan saya relavan.
“Daripada dulu lagi saya dah amalkan untuk sentiasa buat yang terbaik. Bila dapat skrip, saya bukan orang yang sambil lewa.
“Kalau skrip itu baik, saya akan improvised jadi lagi baik. Saya juga ikhlas ketika bekerja kerana saya berkerja untuk isteri dan anak-anak.
Ads
“Mungkin ini juga antara yang boleh dicontohi oleh para pelakon baru. Pelakon lama dan baru bagi saya sama sahaja. Yang membezakan hanyalah pengalaman,” kongsinya lagi.
Zamarul berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media drama Aku Tanpa Cintamu pada Selasa.
Pada masa sama, suami kepada pelakon dan penyanyi, Diana Rafar ini juga sempat menitipkan nasihat buat para pelakon baru.
Ads
“Kedatangan mereka ini amat dialu-alukan sebab mereka yang akan memeriahkan industri kita. Takkanlah kita nak tengok muka sama sahaja.
“Perbezaan diantara pelakon lama dan baru mungkin kami ini sudah dididik supaya menghargai tanggungjawab dan bidang yang kita pilih. Kita kena sayang pekerjaan ini dan buat kerana Allah.
“Ikhlas juga penting dan bukan hanya sekadar mengejar glamour dan nama. Nasihat saya, bila orang dah suka dengan lakonan kita, jangan sesekali lupa asal usul,” ujarnya lagi.
Menerusi drama Aku Tanpa Cintamu ini, Zamarul membawakan watak Adam yang juga merupakan pengarah terkenal yang terjatuh hati kepada Nuha yang dilakonkan oleh Bella Astillah.
Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Belum lagi reda isu pembantu rumah arwah ibu Nirina Zubir mencuri sijil tanah bernilai lebih RM4.9 juta, Nirina Zubir turut berkokngsi yang pembantu rumah yang dikenali dengan nama Riri Khasmita itu turut memperdayakan ibunya dengan mencuri hasil rumah sewa dan bilik asrama selama ini.
Bintang filem Ali & Ratu-Ratu Queens itu berkongsi yang selama ini dia tidak mengambil tahu mengenai bilik asrama dan juga rumah sewa milik ibunya kerana melihat Riri sebagai pembantu yang membantu menguruskan segala perniagaan ibunya yang ada.
Menceritakan tentang penipuan itu menerusi laman YouTube Kompas, dia berkata, “Wang hasil bilik asrama dan juga wang sewa rumah milik ibu turut diambilnya. Sejujurnya sebelum ini kami tidak berfikiran buruk sedikitpun.”
Perkara itu terbongkar seiring dengan penemuan tentang penipuan enam sijil tanah milik ibunya yang telah dijual dan digadai.
Nirina ketika sidang media, pesalah Riri Khasmita dan dua lagi berada dibelakang dengan tangan digari.
Apabila saudara mara Nirina menguruskan bilik asrama dan rumah sewa setelah kematian ibunya, dari detik itu mereka mendapati yang penghuni di bilik sewa sewa itu merupakan pekerja-pekerja bisnes milik Riri.
Mereka tinggal disitu secara percuma dan bayaran rumah sewa turut dimanipulasi.
Jelas Nirina, “Bilik-bilik itu dipenuhi dengan pekerja-pekerjanya. Mereka tidak perlu membayar wang dengan alasan bil elektrik adalah bayaran rata. Sama juga dengan rumah sewa, dengan kami Riri menyatakan pembayaran adalah sekian-sekian namun apabila ditanya kepada penyewa jumlah bayaran yang mereka beri kepada Riri jauh lebih tinggi.”
Keluarga Nirina bersama arwah ibunya, Cut Indria Marzuki.
Pembongkaran jenayah yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut menjadi bualan hangat dan mengejutkan ramai pihak terutamanya tentang isu mafia tanah yang memanipulasikan orang untuk menjual tanah mereka melalui penipuan.
Berehat sebentar daripada aktiviti seni, pelakon Nabila Huda mengambil kesempatan itu dengan bercuti di Bandung, Indonesia bersama suami, Izwan Johar serta anak tunggalnya, Keisha Laila.
Berkongsi pelbagai aktiviti menarik mereka di sana di laman Instagram miliknya, rata-rata peminat dan rakan artis terhibur dan menyukai ‘bonding’ di antara Nabila, 38, bersama anaknya, Keisha yang kini sudah berusia 13 tahun.
Antaranya penyanyi Ernie Zakri yang tidak sabar untuk mempunyai momen manis bersama anaknya, Nur Khawla Soleha seperti mana hubungan akrab bak kawan baik seperti digambarkan menerusi Nabila dan Keisha.
“Bestnya dah jadi BFF (Bestfriend Forever). Tak sabar,” tulis Ernie di ruangan komen.
Nabila kemudiannya membalas, “Soon Ernie!! Kejap je tu dah besar nanti.”
Sekadar info, Nabila Huda berkahwin Izwan pada bulan Disember 2015.Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidy Zailani pada 2008 namun bercerai tiga tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan, aktres popular itu dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila.
Manakala, Ernie pula mempunyai seorang anak perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia lapan bulan, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi Syamel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabila Huda, Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lagu ‘Ala Joget Raya’ yang menampilkan Razak A’ai, Khaleesi dan Mortal Rhyme bukan sekadar lagu raya biasa, tetapi sebuah usaha untuk menghidupkan semula elemen...